Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Saturday, October 21, 2017

Selamat Ulangtahun Sayang



So, pada 11.10.2017 adalah tarikh Ammar genap setahun. Ammar ni siapa? Hehehe.
Ammar ialah anak CJN yang nombor dua. 


Yup!!! Ini picer dia. Dah pandai macam2.

Pergi klinik baru ni kena injek pon, relax jek dia. Nurse kata, ada certain budak kena injek setahun, boleh demam. Tapi Ammar. Tak demam pon. Relax2 je dia. Asyik keje nak tido je lah.

Umur setahun, Ammar dah pandai buat apa?

Oleh kerana setiap anak ni, lain2 perkembangannya, CJN nak bagi beberapa fakta tentang Ammar yang dah genap setahun. Dulu masa Wafi, CJN buat karangan sepanjang 1000 patah perkataan untuk cerita pasal perkembangan dia. Hahahahaaa... Ye ke 1000 patah perkataan, CJN? tak yah nak membongak ye. Hehehe. Lebih kuranglah derrrr.... Hahaha.

Okey, takyah lari jauh nau. Jom usha perkembangan budak umur setahun secara umum.

1. Dah pandai duduk, merangkak, berdiri sendiri. Ada certain budak dah jalan taw. Tapi, Ammar belum lagik. Dia baru memapah2 sepanjang dinding.
2. Dah pandai pegang barang dan campak barang yang dia pegang tu. Kadang boleh masuk mulut ye. Hati2 bagi mainan kat dia, okey. Ammar macam tu lah.
3. Pandai main cak baaaa. Ewah2.... Comel sangat kan? Ammar dengan pampers pon boleh main cak baaa... Hihihi.
4. Pandai sebut mama, tata, dede, nene. Ada yang lagi advance sebab dah pandai sebut cicak. Hahaha, Ammar belom lagi. Paling kuat perkataan yang dia sebut pon ayah. Hermmm. 
5. Dah boleh babai orang. Haaa.... Betul kan? Cer try kat anak korang. Mesti dah pandai.
6. Dah pandai melawan abang dia balik. Kalau abang dia pukul, dia lawan balik. Hermmm.... Tak sempat ku ajar. dah pandai siap2 melawan abangnya. Bukan tu je. Dah pandai berebut menan lagi tuh!!! Haaa... Hebat hebat.
7. Gigi dah tumbuh 6 batang. Siap dah nak rosak pulak. Stress CJN. Walhal, CJN gosok gigi mereka setiap kali mandi. Caner nak buat tah ni.
8. Dah pandai cakap kat hp. Maksudnya dia dah tau kegunaan telefon. Kalau ayahnya telefon dah pandai jawab. "Aaaa.... Aaaaa..." Kihkihkih.
9. Dia dah pandai jugak naik atas benda beroda. Nanti CJN upload gambar dia. Dah pandai naik. Pastu tolak ke depan ke belakang. Comel sungguh budak2 ni buat macam tu... 


Inilah mainannya. Dia dah pandai naik sendiri dah tu. Masuk walker sekejap je. Lepastu semak perut tak nak naik dah. Lagi suka main benda beroda yang ni dari masuk walker. Ammar, Ammar. Ok je lah. Asalkan awak tak buat perangai cukuplah.
10. Ammar ni budak yang tak banyak sangat kelakunya. Cuma masalahnya, dia tak suka kena tinggal. Suka orang dukung. Mana larat hoiiii!!! Pastu tak nak ikut ayah dia pulak tu. Adehhhh!!! Letihhh!! 😉😉😉
11. Ammar ni kiranya, dah boleh main sendiri. Tu pon bila dia tak perasan yang dia kena tinggal. Main sorang2. Explore rumah. Main bawah meja. Tinggi meja makan tu pon dah sama dengan dia. Tumbesaran Ammar ni kira sejajar dengan perkembangan kanak2 normal. Alhamdulillah....
12. Dah pandai memanjat benda2 yang rendah. Berdiri atau duduk atas tempat yang dia panjat tu. Huuuiiiii!!! Bahaya taw. Kena alert dah waktu ni.

Rasanya tu je la kot yang boleh dikupas serba sedikit. Maybe ada jugak yang lain2 tapi CJN tak perasan. Atau tak teringat masa tengah update blog ni.

So, kesimpulannya. Happy Birthday, Ammar Amnan. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada agama ye Ammar. Ibu sayang awak berdua, soooooooo much that word cant describe!!! 
😍😍😍😍

Sekian, tu saje.





Thursday, October 5, 2017

1 Year-To-Be

Gambar Hasil Carian Abang Google
Alhamdulillah.... Ammar Amnan hampir setahun. Belum setahun lagi. Ada lagi 5 hari dia genap setahun. Tak tahulah kenapa. Hati ni rasa berdebar2 pulak dia nak ke setahun. Hahaha...
Aduhai.... Kenapa ye...? Dari hari tu lagi rasa berdebar. Macam nak bersalin gamaknye dia punya debaran tu. Mungkim inilah yang dikatakan Debaran Cinta tu ye....? Hehe.
Mungkin sebab dia nak kena injek? Atau mungkin nak tengok apakah dia berkembang sebagaimana yang sepatutnya? Ataupon, ataupon, ataupon.... Arghhhhh!!! Tah apa tah agaknya yang menyebabkan debaran yang tah apa2 ni agaknya.
Ibu pon tak paham!!! 😂😂😂
Apa2pon, Ammar Amnan bakal meningkat usia. Setahun dia dah hidup bersama ayah, ibu dan abang. Memang ibu akui, Ammar banyak bersama nenek. Mandi, tidur, makan. Sebab, ibu kena melayan karenah abang yang dah pandai macam2 yang macam2 ragamnya.
Jadi, adik macam terabai sikit. Sorry, Ammar. Pastu, Ammar pulak more independent dari abang. So, mungkin ibu take it for granted dengan perangai awak yang satu tu. 
Sebenarnya, macam mana pon perangai awak berdua, awak berdua tetap kesayangan ibu. Sampai bila2 pon. Sampai bila2, sampai ibu takde dalam dunia. Sampai ibu tutup mata kelak. 
Terima kasih Allah sebab memberikan ibu nikmat yang sangat banyak. Sangat sangat banyak. Tak ternilai dengan harta kekayaan dunia ni. Sememangnya, ibu rasa tak layak untuk rasa sebahagia ini. Tapi, Allah bagi nikmat kebahagiaan tu jugak kepada ibu. Ibu rasa sangat bersyukur. Syukur Alhamdulillah.
Semoga awak berdua membesar dengan jayanya. Jadi anak yang soleh dan berguna kepada agama Allah. Insyaallah. Aamiin.
Itu saje coretan dan nukilan hati untuk hari ni. Ammar pon dah mula nak menaip sekali ni. Terpaksalah ibu tutup lappy ni. 
Wasalam.

Friday, August 11, 2017

Semakin Besar Semakin Banyak Ragam


Saje je malam ni nak citer pasal anakanda berdua yang dah start pandai macam2... Sebenarnya, tak de apa sangat yang menarik. Tapi as a mum, perkembangan dorang sentiasa menarik. Sentiasa nak CJN rakamkan sebagai momen indah dalam hidup. Yelah, dorang membesar cuma sekali ni je. Setiap momen yang berlaku tu pon berlaku once in a lifetime. Esok2 bila dah besar, dah takde dah momen2 indah macam ni. Masa tu of kos lah momen indah yang lain pulak. Kan?

Picer dia atas diamabil masa umur Wafi 2 tahun 4 bulan. Ammar pulak 9 bulan. Tengoklah gambar acah2 sweet dorang ni kan... Ingat senang nak amik gambar jadik cenggini... Ibu sungguh berusaha hokeyyyy....😂😂😂
Amirul Wafi
Haaa.... Nampak tak. Dia dah pandai berjalan. Dah pandai memberontak. Dah pandai bermain. Picer ni di ambil kat BP Mall. Sebenarnya saje bagi main kat tempat macam ni supaya dia lupa sekejap dengan henpon. Sebagai mak2 yang sangat prihatin terhadap anak, bermain henpon sangat2 membuatkan mak2 jadi jem. Pening tengokkan. Walaupon dia belom kira addict tahap gaban, tapi, bila tengok dia main henpon yang beria2 tu menjadikan mak2 ni risau. Huhuhuhuhu. Pening kepala memikiokan.

Waktu ni, Wafi kira dah pandai jugak lah main kat taman permainan.
Dia jugak, dah pandai sebut 1,2, 3. Kira masa ni dia dah kenal nombor. Huruf belum lagi. Part paling best iaiah, dia dah pandai humming lagu or zikir kat tv. 
Cute je rasa....😍😍😍

Pastu, dia dah kenal warna. Sebenarnya banyak lagi kena ajar dia. Tapi, slow2 ye ibu. Adehhhh!!!!
Cjn tengok ada anak member tu dah pandai baca alif ba ta. 😅😅😅
Wafi lom pandai lagi. Padahal sebaya tu. Rasa macam ketinggalan pulak kat situ. Tapi, CJN selalu pesan kat dalam hati yang bebudak ni lain2 perkembangannya. Bertabah ye CJN....
Wafi sekarang ni dah pandai buli adik dia. Kadang tak pasal adik kena tepuk. Kena pukul. Aishhh!!! Wafi, Wafi. Sabor je la ibu... Kadang ibu mengamuk juga dekat Wafi. Tapi, lepas tu ibu selalu minta maaf sebab kadang rasa garang beno dengan Wafi.

Ammar Amnan & Ibu
Yang ini manja ibu ni.... Baru 9 bulan dah pandai nak berdiri sendiri. Selalu sangat dah dia tergolek bila lepas tangan dari kerusi meja. Ammar ni pulak berani sangat. Kalau dia main sorang2 tu memang kena tengok2kan selalu. Dia dah pandai main sorang2 tapi, kadang tu bila dia pandai2 berdiri sendiri tanpa pengawasan, tu yang jadi tergolek tu. Dia suka lepas tangan. Rasanya, sebab dia konpiden dia dah boleh berdiri. Ammar, Ammar. Comel sangat sayang ibu yang ini ni.....😍😍😍

Time gini dah pandai berebut sudu dengan ibu masa makan. Dah pandai melawan bila kita marah dia. Dah pandai mengamuk bila ibu hilang dari pandangan. Dah pandai makan macam orang dewasa. Suka makan, kuat nyusu. Tapi, still tak nak susu botol lagi. Suka usik abang masa tidur. Suka sakat abang dia. 

Perangai dia pulak more independent dari abangnya. Rasa macam lebih dewasa dan cepat matang sikit dari abang. Alahai, Ammar. Janganlah cepat membesar. Ibu belum puas gomol2 awak, tawwwwww!!!!!

Ekceli, awak berdua kesayangan ibu ni. Janganlah cepat sangat membesar. Ibu belum puas gomol awak berdua. Masih rindu bila awak berdua tidor. Sunyi bila awak berdua tidur. Geram bila awak berdua mengamuk. Terngiang2 suara awak berdua ketawa, senyuman yang manis untuk ibu. Gelagat awak berdua lepas mandi. Main kejar2 dengan awak. Kepandaian masing2 yang sentiasa mencuit hati ibu. Perangai awak berdua yang kadang buat ibu pening bila berebut nak menyusu. Aduhai, anak..... Betapalah ibu sayangkan awak berdua.💖💖💖💖💖

Ibu nak simpan rapat2 momen indah ibu dengan awak berdua. Sebab, cepat sangat membesar. Apa yang jadi hari ni, takkan berulang lagi esok. Yang paling penting sekali. Ibu sayang sangat dekat awak berdua. 💜💜💜💜💜

Love,

Sunday, January 15, 2017

Kenapa Suka Menilai Anak Orang?

My Love. My Life. My World

Entri kali ni agak syahdu kisahnya. Bukanlah syahdu sangat tapi, sebagai ibu yang baru nak belajar parenting ni, semangat dan tunjuk ajar dari orang di sekeliling sangat CJN hargai. CJN tak kisah sangat kalau ada yang bagitahu CJN cara2 nak atasi anak kembung. Cara nak hindari anak demam. Macam mana nak bagi baby tak menangis waktu malam. Dan macam2 lagi petua tunjuk ajar yang CJN boleh praktikkan untuk anak2.

Tapi, CJN paling pantang kalau orang compare anak dia dengan anak orang lain. Compare tu kalau baik takpe jugak. Yang ni, compare anak dia dengan anak orang. Pastu bagitau kat semua manusia kat mukabumi ni, anak dia lagi bagus dari orang yang dia compare tadi. WT..??!!!

Baiklah. Biar CJN terus terang je.

Wafi ni baru umur 1 tahun 10 bulan. Perangai budak setahun tu, cuba korang bayangkan macam mana rupa dia. Betapalah Wafi ni sangat aktf dan nakal. Semua benda dia nak buat. Semua orang dia buli. Semua orang kena dengar cakap dia. 

Ke, cuma anak CJN je macam tu ek?

Datanglah mak sedara Wafi, 'Cik A' ni. Dia pon anak dua orang jugak. Dua2 pompuan. Yang sulung baru jejak 4 tahun dan sorang lagi sebaya Wafi. Sama je perangai dengan Wafi. Nakal. Suka buli. Kena ikut cakap dia. Yelah, paham2 lah budak umur setahun uolsss!!!

CJN ni tak kisah sangat kalau dia nak marah Wafi. Tapi, janganlah asyik nak marah Wafi je!! 😡😡😡  Macamlah anak dia perfect sangat. Setiap kali Wafi kena marah dengan dia, CJN peratikan je apa yang Wafi buat. Kengkadang takde kaitan dengan dia pon. 😓😓😓

Yang paling takleh tahan tu, dia banding2kan anak sulung dia yang 4 tahun tu dengan perangai Wafi yang umur 1 tahun tu!!! Laaaa.... Mana sama wei anak ko dengan anak aku!!! Marah sungguh CJN dengan dia. Takleh terima betul!! Anak dari mak yang sama pon, lain perangainya. Inikan pulak anak orang lain!!! Dah lah tu, nak bandingkan budak umur setahun tu, dengan budak umur 4 tahun. Jauh beza beb!!! Jauh sangattttt!!!

So, CJN simpulkan bahawa dia mungkin tak suka Wafi kot... Yelah, Wafi kuat meragam sejak kecik. Demam sikit je, menangis abes satu rumah takleh tido. Kena gigit nyamuk pon mengamuk sampai semua orang takleh tido. Kembung pon, abes satu rumah kena sibuk cari dedaun sirih ka, kain suam2 untuk tuam kat dia.

Itu andaian CJN je la. Sebab, dari dulu lagi memang dia suka comparekan Wafi dengan anak2 dia. Anak2 dia ok. Yang dua orang tu. Dia compare dengan Wafi sorang. Ko rase??!!! Dia kata, anak dia bijak, pandai, suka belajar, cantik, tak kacau orang, tak nakal. Wafi ni pulak pada dia, susah jaga, kuat mengamuk, nakal, manja terlebih, pastu Wafi lambat berkembang, lambat jalan, tak pandai macam anak dia, tak secomel anak dia, tak murah rezeki macam anak dia, semualah yang yang tak berapa baik tu ada kat Wafi.

CJN sedih sangat bila orang compare macam tu. Yelah, dia kan mak sedara Wafi. Kita sama2 ada anak umur sebaya. Kalau Wafi nakal tu, bagitahulah macam mana cara nak bagi Wafi tu tak jadi nakal. Bagitaulah cara nak bagi Wafi jadi baik macam aak dia. Semua orang kat umah ni tak tau CJN nangis kalau ada orang marah Wafi beria2 macam Wafi bunuh orang. 😭😭😭

Sebenarnya, Wafi pon selalu kena marah dengan CJN. Bukan marah teruk2lah. Marah untuk ajar dia jadi budak baik je. Wafi ni, bukan je dah start kena marah dengan CJN. Semua orang dah start pandai marah dekat dia. Silap CJN la kot marah dia depan orang ramai. Jadi, maknanya CJN bagi chance kat orang lain untuk marah dia. Plus dia terlalu nakal agaknya.

Rasanya, CJN kena ubah sikap. CJN tak nak marah Wafi depan orang lagi. CJN tau caner rasanya. Sebab, anak2 kecik ni lagi cepat terasa dan lebih sensitif keadaannya. Marah anak depan orang ni membuatkan anak2 hilang self konfiden, jadi tambah nakal, dan tak dengar kata. Sorry, Wafi, Kengkadang tu, perangai Wafi melangkaui kesabaran ibu... Maka ibu, bertabahlah!!!

Sekian je terasa hati untuk kali ni. Agak panjang luahan hati arini. 

Wasalam. 😭😭😭 




Wednesday, January 11, 2017

Kenapa Kita Nikah?

Dicedok dari Abang Google

Bulan Disember yang lepas adalah Annivessarry CJN dengan husband yang ke-8. 

Alhamdulillah selepas menongkah arus yang kuat, amukan badai yang zalim dan menelan kata2 manusia masa awal pernikahan menjadikan pernikahan ni bertambah kuat.

Pejam celik, pejam celik. CJN tak sangka dah sebegitu lama CJN nikah. Aduhaiii!!! Rasa macam baru jek kejadian tu berlaku. Dan yang paling ketara sekali, betapa sekejapnya masa berlalu. Tak sangka CJN bole hidup bersama dengan sorang jek lelaki macam gini punya lama!! Hahaha.

Jangan salah sangka. CJN bukannya kaki lelaki. Huh!! Buruk pulak jadiknya bunyi kaki lelaki tu, kan? Hahaha. Tapi, CJN nak bagitahu yang CJN bercinta dengan ex-ex sumer tak pernah jejak 3 tahun. Like, seriuosly?!! Hahaha. I'm telling the truth!! (yang ex-ex tu pon tak sampai pon 3 orang!!! Hahaha)

Apa yang CJN dapat simpulkan sepanjang pernikahan ni, ialah sabar, tenang dan tolak ansur. Ini memang key word untuk perkahwinan. Takde salah satu, kerjanya asek berantakan je lahhh!! Kalau nak tambah lagi, saling mempercayai. Kalau yang ni takde pon payah jugak. Asek nak kena menelepon 24/7. Dah tak jadi keje gitu.

So, baru2 ni CJN terfikir satu soklan kat Mr. A. 

Kenapa dia nikahi CJN? Ramai lagi orang lain dalam Malaysia ni. Kenapa pilih CJN?

Soalan tu dijawab dengan beberapa jawapan.
Sebab, dah ditakdirkan.
Sebab, dia jatuh cinta dengan CJN.
Sebab, dia nak jaga CJN.

Tapi, jawapan paling tepat yang dia jawab ialah, dia nikahi CJN lillahi ta'ala.  Maksudnya, kerana Allah Ta'ala.

Betul ke?
 
Entahlah.

CJN pun tak tahu. Itu mungkin jawapan yang betul bagi CJN. Tapi, belum terbukti lagi. Kalau nak tau betul ke tak, kena tunggulah usia annivessarry ni 40 tahun ke, 50 tahun ke... Kalau masih sambut annivessary dengan orang yang sama, betul la tu gaknye. Hehehe.

Sebenarnya, bukan senang nak dapat jawapan "kerana Allah Ta'ala" tu.

Ramai niat orang nak kawen, sebab tengok kengkawan kawen, sebab takut bf/gf kena caras, takut long distance, takut esok tua takde orang jaga, dan macam2 la hal dunia yang saje2 kita ni cipta untuk menikah.

So, CJN harap Allah tetapkan iman kami berdua dalam mengharungi badai dalam rumahtangga. Panjang lagi laluan hidup kitorang untuk hadapi cabaran ni.

Semoga perkahwinan ni kekal hingga ke akhir hayat. Kalau boleh, sampai ke jannah.

Terima kasih Mr. A jadi suami CJN. Teruskanlah jadi seorang suami yang penyabar, bertanggungjawab, penyayang, rajin, dedikasi dan beriman. Semoga Allah lindungi dia dari kejahatan manusia. Doa CJN, semoga dia bahagia di dunia dan akhirat. Insyaallah.

Much love,
CJN💖💖💖

Friday, January 6, 2017

Cradle Cap



Haaaa.... itu dia wajah anakanda kesayangan. Abaikan bahan yang bersepah di background gambar ye... Hehehe. Jom kita berkenalan!!! Si baju biru - Wafi (abang long) dan yang baju oren tu Ammar - si adik. Dah nak sama besor dah anak den. 😅😅😅

Hari ni nak share sesuatu yang mungkin berguna kepada rakan2 blogger atau ibu2 kat luar sana. Masa CJN lahirkan Wafi, takde terjadi cradle cap kat Wafi. Tapi, Masa Ammar umur 2 bulan aritu ada pulak kejadian cradle cap ni.

Apa cradle cap tu?

Cradle cap ialah sejenis kejadian yang berlaku biasanya kepada baby yang baru lahir. Dia akan hilang secara perlahan sehingga setahun. Ianya merupakan sejenis kerak atas kepala baby. Paras rupa macam kelumumur tapi lebih besar dan berkeruping. Lekat kat kulit. Kalau rambut tipis, kita boleh nampak dengan jelas cradle cap atas kepala baby. Dalam bahasa melayu ada yang menyebutnya sebagai kerak atas kepala. Ada jugak yang gelarkan dia sebagai sawan tahi. 

Masa picture ni di ambil, Ammar sedang diserang cradle cap. Dalam gambar ni memang tak nampak sebab rambut dia agak tebal. Tapi, kalau tengok dekat2.... Huh!!!! Geramnya kat keruping2 tu. Rasa nak sikat2 je semuanya.

Mak nasihatkan CJN supaya jangan cuba2 tanggalkan keruping yang masih melekat kat kulit kepala guna sikat atau kuku. Tetapi, kedegilan CJN memang takde taranya. Sebab geram sangat, selalulah keruping tu di tenyeh2 dek ibu yang kurang sabar ni. Hasilnya, keruping tu terus merebak satu kepala.

Bila dah jadi macam tu, CJN rasa stress pulak. Untuk itu, CJN pon tanya2 dengan Dr. Google cara2 nak baikpulih keadaan ni. Kehkehkeh. Baru padan muka CJN. Buat lagi ikut sukati. 😏😏😏 

So, dalam google kata, boleh bersihkan kerak ni gunakan baby oil. Mandikan baby dengan syampu lepas tu letak baby oil. Bila kering, keruping tu keluar sendiri. Masa tu baru boleh sikat sikit2. Jangan sesekali pergi sikat kat tempat keruping yang belum tanggal ye. Luka kulit anak ko nanti.

Antara barang pureen kat umah. Baby oil takde plak.
(Gambar - Google)
So, CJN buat macam yang Dr. Google suruh buat. Malangnya, tak berhasil. Cradle cap Ammar jadi bertambah teruk dengan keruping yang lagi besar dan tebal serta dengan banyaknya membiak satu kepala. 

Geram pulak dibuatnya. Jadi, CJN pergi KKIA dan tanya acaner nak buek nih??

Nurse kata, sebelum mandi dalam setengah jam gitu, letaklah baby oil atau pon minyak masak atas kepala baby. Lepas tu baru mandikan dan syampukan dia. Lepas tu bersih2kan kerak yang tanggal nanti. Tapi, jangan sikat. Nanti jadi makin teruk. Dan dia jugak suruh CJN sapukan calamine lotion kat kulit muka Ammar. Sebab kulit muka Ammar dah ikut tercemar dengan kerak2 kat kepala. Jadi macam mana? Kulit muka Ammar jadi berkeruping keras dan menggelupas. Tak macam kulit baby langsung!!! 😭😭😭

Calamine Lotion from KKIA
So, CJN buat macam nurse tu suruh. Pon, tak menjadi jugak. Kerak kepala Ammar semakin menjadik2 pulak. Semakin berkeping2 dan tanggal2 walaupun tak bersikat. Malahan, Ammar siap rasa tak selesa pulak bila letak calamine lotion yang nurse tu bagi. Kesian dia nangis2 masa letak calamine lotion tu. Mr. A kata semakin ok dah bila jadi gitu. 😓😓😓
Entahlah, CJN pon dah tak tau nak buat caner. Dalam pada tu, redho je la.....

Tetiba satu hari tu CJN dapat ilham. Apa kata guna vaseline?

CJN pon try. Tanpa nasihat sesapa ni. 😆😆😆 . Sukati ko je kan, CJN. Kikiki. CJN buatlah lepas syampu, mandikan Ammar bersih2. Lepas tu, sapukan vaseline. Hasilnya, keruping tu jadi berkurang pulak. Amboi!!! Menjadilah experimen CJN!!!

Tanpa membuang masa terus ajak Mr. A pergi beli vaseline khas untuk Ammar jek sebab vaseline yang ada tu utuk kegunaan ibu letak dalam handbag. Kalau letak kat bag barang2 make up budak2 nanti, maunya vaseline tertinggal dalam bag ni.

Sampai kat farmasi, tetiba CJN ubah fikiran. CJN beli petroleum jelly enriched with olive oil. Macam dalam gambar ni lah yang CJN beli. Sebijik. Harga dia RM12 lebih kurang 
Cara guna, CJN mandikan Ammar macam biasa dengan syampu Pureen. Lepas mandi sapu petroleum oil ni atas kepala. Sapu rata2 ye, ibu2. Pakai dalam 2 hari je. Kepala Ammar terus jadi cantik. Hilang terus kerak2 yang berkuping2 tu. CJN sapu jugak kat kulit muka Ammar yang dah mula nak berkerak kasar2 tu. Alhamdulillah!!! Kulit Ammar sesuai pulak dengan petroleum oil yang ini. Syukur sangat. 

Terus je hilang stress ibu bila tengok kulit yang dah cantik lembut tu.

So, kalau ada sesapa ada masalah yang sama, boleh try petroleum oil ni. Tapi, kena ingat juga, kulit baby kita ni lain2. So, kalau tak menjadi jugak, bertabahlah ibu2. Sabar dan bawak bertenanglah. Pergilah amik kunci kereta dan jumpalah dokter. Mesti ada solutionnya masing2. Insyaallah. 😉😉😉

Sekian coretan panjang berjela CJN pada hari ni.

Wasalam. 💖💖💖









Thursday, January 5, 2017

Masalah Ruam Lampin Pada Bayi


Bayi yang berumur kurang dari sebulan biasanya mengalami ruam lampin pada celah bedah diorang. Begitu jugak Ammar. Tak berkecuali. Cuma kadar ruam dia agak teruk berbanding Wafi. Ruam Ammar kalau korang tengok mesti ngeri. Sebabnya, sampai ada nanah besar dan kecik.
Bila CJN bawak pergi klinik, nurse suggestkan untuk berjumpa dengan dokter. Maklumlah, dokter kan lagi tau ubat apa nak bagi kat kanak2. Ni bukan je kanak2, malahan ini baby. Kulit baby memang sangat sensitif.
Sebelum tu, CJN nak bagitau yang masa kelahiran Wafi, ruam lampin tetap ada. Tapi, CJN gunakan Sudo Cream untuk buat ubat. Pakai beberapa kali je, dah berkesan kat Wafi. Kebetulan pulak Sudo Cream yang CJN dapat tu dari pada Colombia Asia. Maka bendanya free la. Tu pon try and error jugak. Bila tengok seswai CJN teruskan pemakaian cream tu kat Wafi.
Jadi, masa Ammar kena ruam lampin aritu, CJN gunakan cream yang sama. Malangnya, ubat tu tak seswai dengan Ammar. Ruam Ammar semakin teruk berbiji2. Kesiannya, Allah je lah yang tahu. 
Dah jadi macam tu, CJN memandai2 bagi baby oil kat bahagian ruam tadi tu. Yelah, kalau dia takleh pakai cream, maknanya dia seswai pakai minyak la kot. Lagipun, bila pakai baby oil tu, kadar najis dia melekat kat punggung sangat rendah. So, senang cuci. Bila senang cuci, ruam lampin tu takde la bertambah banyak ataupun merebak.
Tapi, beberapa hari kemudian, ruam dia surut sikit jek dari yang sebelum ni. Yang nanah2 tu still ada tak nak pulak dia hilang. Jadi, bila CJN pergi klinik, CJN tanya dengan nurse. Nurse tengok pon ala2 seram gitu. Terus dia suggest untuk jumpa dengan dokter.
Bila CJN bawak Ammar jumpa dokter, dia kata ruam ni perkara biasa. Walaupun ruam Ammar nampak macam teruk, tapi sebenarnya dia akan baik secara semulajadi. Tapi, secara semulajadinya tu lamalah nak baiknya. So, CJN tanya dokter. Tak nak bagi ubat ke kat ruam yang teruk ni? Dokter tu macam hesitate jugak nak bagi. Tapi mungkin dia tengok muka CJN macam beria nakkan ubat, dia pon bagitau CJN yang dia akan bagi ubat.
Hasilnya, CJN dapatlah ubat yang boleh dikatakan seswai dengan Ammar. Ubat tu bernama UPHASTATIN. Gambar CJN bagi sekali untuk rujukan kalian.
Gambar ni je yang ada kat google

Hasil daripada tu, ruam lampin Ammar semakin berkurang dan cantik pulak kulit kat bahagian itewww. Lega CJN nengok kejadian yang semakin pulih tu. Takdelah risau sangat. Ammar pulak jenis yang sakit ke, tak sakit ke, diam aje. Bila di agah2 tetap teruskan senyuman. Hai.... Ammar, Ammar. Ibu ni risaukan awak tau... 😅😅😅
Alhamdulillah. Sekarang kulit punggung dah cantik menawan kalbu. 😁😁😁
Terima kasih dokter sebab bagi ubat yang seswai pada Ammar. 
So, kepada ibu2 yang mengalami nasib yang sama, bolehlah try ubatan2 seperti digambar ye. Tapi, kena tengok kesesuaian kulit anak jugak. Paling senang, jumpa je lah dokter. Agak 2 3 hari tak baik, pergi je jumpa dokter lagikkk. 😂😂😂
Itu je lah nak share untuk kali ni.
Sekian. 💖💖
*P/S : Semua gambar di ambil dari Mr. Google.

Wednesday, January 4, 2017

Selamat Tinggal 2016, Selamat Datang 2017


Selamat tinggal 2016. Selamat Datang 2017.

Hari ni terasa nak citer sikit apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2016. Banyak sangat kenangan yang ditinggalkan pada tahun 2016. Ada yang pahit, manis, masin, kelat, pedas. Sumer cukup. Dah bukan 3 rasa dah tu. Ada pelbagai rasa dalam resepi 2016 tu. Hehehe.

Starting dengan Januari 2016. Setelah setahun tak bekerja kerana melahirkan Amirul Wafi, tetibe dapat kerja dengan satu syarikat Melayu yang sangat popular dengan pakaian dia yang sangat cantik dan kreatif. Lain dari yang lain. Owner dia pun bukan main lawa lagikk!! Tapi, sayangnya tak dapat bekerja lama pulak kat situ.

Bulan Februari, start rasa tak seronok bekerja dengan beliau. Ada rasa macam diabaikan dan layanan ketaksamarataan. Takpelah. Masa tu tahan jek dulu. Manalah tau, kot2 berubah. At the same time, Wafi start demam dan selsema. Agak teruk juga. Dalam seminggu tu dua tiga hari demam dan selesema. Lepas tu hari minggu je dia ok. Sampai kena amik gas kat klinik. 😓😓😓

Bulan Mac, dah betul2 rasa nak berenti kerja. Dah takde hati langsung nak bekerja. Sebabnya, bos dah nampak macam tak suka CJN jek. Tak tahu jugak apa silap CJN. Tapi, CJN pon dah takde hati, jadi CJN dah malas nak tanya apa yang buat dia tak puas hati. Cuma nak kata, sepanjang keje kat situ, CJN dah cuba buat yang terbaik. Kat sini jugaklah satu2nya tempat kerja yang CJN tak pernah ngular. Tempat lain pernah. 😉😉😉 Pada bulan Mac jugaklah, tarikh bersanding adik2 berdua dan meraikan kedatangan Wafi genap setahun. 😋😋😋

Bulan April. CJN dah nekad nak berenti. Dapat tahu pulak diri ni mengandung lagi. Yayyyyy!!! Suka campur risau. So, masa peknen ni CJN memang tak berapa sihat. Keadaan diri pon tak berapa meyakinkan. Nak tengok gajet memang tak dapatlah. Mabuk sangat. Cuma, takdelah sampai masuk sepital. Yang tu, Alhamdulillah... 😇😇😇

Bulan Mei, CJN dah berenti dan duduk kat kampung sepenuhnya. Mabuklah CJN kat kampung dengan si Wafi yang dah mula pandai berbagai2 benda. Seronok dia duduk kampung sebab atuk dan nenek manjakan dia kemain lagik!!! 😏😏😏

Bulan Jun adalah bulan yang takkan CJN lupakan. Masa ni, Wafi terpaksa masuk hospital sebab dia demam yang agak teruk. Kena amik darah dan kena masuk air. Ibu tengok dia kena amik darah pon, ibu sibuk nak nangis😩😩😩. Akhirnya, bila dah keluar dari hospital dapat pengajaran yang berguna untuk diri sendiri. Kalau anak demam, terus je pergi sepital. Takpe. Kena admit pon takpe. Admit je. Sebab, masa nilah dokter dan nurse akan pantau betul2 anak kita. CJN berterima kasih dekat doketr dan nurse HSNI. Sangat dedikasi dan bertanggungjawab pada tugas.

Bulan Julai ialah bulan raya. First time beraya dengan Wafi. Yayyyy!!!! Seronok sangat. Si kecik tu pulak masa tu baru pandai makan. Makan pulak macam2. Seronok gilerrrrr!!! 😍😍😍

Bulan Ogos ialah bulan saspen sebab masa ni dah start buat kad merah yang mana CJN buat kad merah lambat. Masa tu kan, kunun2 nak buat kad kat Hospital Pantai. Lepas kena pujuk2 dengan Mr. A, barulah nak buat dekat KKIA. Nasib baiklah, KKIA Senggarang ni bagus. Kalau tak, memang tobat tak nak buat kad kat sini.😁😁😁

Bulan September pon masih sibuk2 lagi nak bersalin kat Hospital Pantai. Kunun2 takut sangat nak bersalin kat HSNI. Sekali bila pergi HP terus rasa nak pengsan tengok bil. 😝😝😝. Mahal yang bukan2. Sengajalah tu nak buat duit!! Kakakaka. 

Bulan Oktober pon tiba.... Waktu ni pon masih belum decide nak bersalin kat mana. Sampailah satu hari. CJN dan asben kena pergi Taklimat Suami Masuk Ke Kamar Bersalin kat HSNI. CJN penah citer dulu. Kalau rasa nak baca, bole tengok entri ni. Masa nurse tengah explain tu, CJN tengok dewan bersalin dia. Waaahhhh!!! Boleh tahan cantik. Boleh tahan selesa. Dari situ, CJN bagitau Mr. A yang CJN nak bersalin kat HSNI jek. Macam ok jek. Lepas tu boleh pilih dokter pompuan pulak tu!!! Ok sangatlah pada CJN. Mr. A pun, apa lagikkk!!! Yahoooo la dia!!! 😎😎😎 

Bulan November datang. Lepas je bersalinkan adik Wafi bernama Ammar, Mr. A dapat keje baru kat area Pengerang. Rezeki anak katanya. Alhamdulillah. Bermulah episod berpantang kat rumah mak ayah pulak sebagaimana pantangkan Wafi aritu. Cuma kali ni keje mak dan ayah berrtambah sebab kena jaga Wafi. Kesian mereka.... 😔😔😔

Bulan Disember pon sampai.... Penutup tahun ni takde apa yang menarik. Cuma kakak ipar CJN buat surprise party kat ayah. Dia upah orang buat kek dan hantar sampai depan rumah. Terpinga2lah ayahanda ku bila ada orang hantar barang pukul 10 malam. 😁😁😁

Begitulah cerita sepanjang tahun 2016. Kesimpulannya, walaupun ada pelbagai rasa, ianya tetap jugak berwarna warni untuk mewarnai kanvas kehidupan CJN tahun 2016. 

Untuk tahun 2017 ni, harapan CJN tak banyak. Cuma nak bawak anak2 berjalan. Mungkin boleh mulakan bisnes sebagaimana cita2 CJN sejak dulu. Dan kalau boleh nak langsaikan segala hutang2 yang dah lama menyelubungi hidup CJN. 😊😊😊

Semoga kaya dan berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga bertambah baik hubungan dengan Yang Maha Esa. Semoga bertambah kebahagiaan CJN bersama anak2 dan suami dan keluarga yang tersayang. Insyaallah. Amiinn...
 
P/S : Doa ini untuk para bloggers dan rakan2 juga. Amiinnn...

Sekian. 💖💖

Tuesday, November 22, 2016

Adik Baby Dah Ada Nama!!!

Sebenarnya. takde idea nak tulis apa sejak akhir2 ni. Terasa macam semangat tu menurun pulak. Bukan menurun tok bomoh tu ea... 😛😛
Cuma nak citer pasal adik baby yang sangatlah lama tak terjumpa nama2 yang seswai untuk dia. Dari awal dia lahir daku macam nak namakan dia sebagai Ammar. Tak tau kenapa nama tu melekat kat hati. Tapi, bila diingat ingat, nama tu salah satu nama anak member aku. Bestfrend pulak tu. 
Pastu, acaner ek? Takpe ke? Pikir punya pikir punya pikir. Ok lah. Cari nama lain dulu disamping Mr. A turut cari nama untuk adik baby kali ni. Entah kenapa Mr. A nak cari nama untuk adik baby kali ni. Sebelum ni, dia follow ai je. Skang tetiba plak nak turun padang cari nama sekali. Haishhh!!! Sibuk je. Dah la nanti nama dia ada sekali dengan nama anak2. Cari nama nak ikut yang dia suka pulak. Gahaha. Nampak tak protes tu?? Kakakakaka.
Jadi, masa adik baby kena demam kuning dan masuk spital aritu, si ibu ni pun sibuk la cari nama untuk si adik baby yang tak bernama ni. Dapatlah beberapa nama yang agak menarik masa tu. Senarai tu dah ada dalam buku. So, si ibu pon wassap si Mr. A. Almaklumlah, Mr. A jauh di mata katanaya. 
Esoknya, Mr. A bagi jawapan. Salah satu nama yang ok katanya, Amnan Muhammad. Tapi katanya, tak pelik ke nama Muhammad tu kendian? Aku kata, tak pelik lah. Ok jek. Kalau pelik pon bagus. Sebab orang ingat benda pelik2 ni. Benda biasa mana nak ingat. Kataku. Dia kureng setuju.
Ok, fine. Esok petang tu, dia plak bagi nama. Salah satu nama yang dia suggestkan ialah Ammar Rizqi. Aku pon belek makna. Ok jugak Ammar Rizqi. Hermmm.... Tapi aku suka nama Amnan. So, aku wassap dia semula.
Apa kata bubuh nama ni. Ammar Amnan?
Ammar = Yang memakmurkan, yang kuat iman, penerang
Amnan = Tempat yang aman, ketenangan.
Dia setuju. So, ok lah. itulah nama adik baby. Payah juga bila sang ayah sibuk jugak nak bagi nama. 😉😉😉. Padahal, kalau ibu bagi nama dah settle awal2 dah. So, adik baby ni boleh panggil Ammar. Kalau tak, bole jugak panggil Amnan. Ikut kesesuaian dan ikut senang lidah masing2. Hehehe.
Adik baby pon dah siap buat surat beranak kat JPN, Rengit. Alhamdulillah dah settle semua. So, tinggal buat check up macam biasa je lah kat KKIA. Selamat datang ke dunia, Ammar Amnan!!
Mom loves you so much!! Oh, kalau sesapa nak cari nama untuk baby, boleh pergi ke link ni. Macam2 nama dok ada tinggal nak pilih jek. 
Ok gais!!! Bubbye!!!
Sayang kalian!!

Wednesday, November 16, 2016

Bukaan Jantung Baby 2mm


Genap sebulan aritu adik baby kena pergi ke pakar untuk check jantung. Sebab, masa kena kuning aritu, dokter detect jantung adik baby macam ada something wrong dengan degupan jantung dia. So, bila pergi ke pakar, dokter detect ada bukaan sebanyak 2mm kat jantung baby.
Ibunya pon dah start risau. Nak nangis ada, nak rasa hampa pun ada.
Tapi, bila pergi ke KKIA, sister tu bagitau yang benda bukaan 2mm tu perkara biasa. Bukaan tu sebenarnya saluran untuk pernafasan masa dia masih dalam kandungan. Perkara ni, tak perlu nak risau sangat. Walaupun macam tu, apa2 hal pon, kena jumpa dokter dulu untuk kepastian.
Bila umur sebulan masa 10.11.16 which is jatuh masa besday daku, kitorang pergi sepital HSNI untuk kepastian yang lebih pasti.
Berdebor2 sungguh rasa ibu dia menunggu jawapan yang pasti dari pihak dokter. Lepas daftar, adik baby kena timbang berat. Berat adik baby dah jadi 4kg. Waahhhh!!! Patutlah, ibu dah mula lenguh2 bila dukung dia. Hihihihi. Lepas timbang, baby jumpa nurse. 
Masa nilah yang paling saspen sekali. Berdebor2, berdeborrrr2 menunggu si nurse ni bagi jawapan. Saje tau nurse ni buat kita saspen. Dia relax je godeh2 adik baby dengan scanner jantung tuh. Sabor je lah ibu pon!!
Dah abes scan tu, dia dengan muka selamba berkata, ok. Dah semakin mengecil ye bukaan jantung anak puan. Sekarang ni dah ajdi 1.5mm. Aduyaiiii.... Kot ye pon, tak yah la buat muka saspen masa check tadi kakak nurse. Ai is nak pengsan rasa. Hehehe.
Lepas jumpa nurse, jumpa dokter pulak. Dokter pon kata semuanya normal. Dia check degupan jantung dan perut baby. Katanya, perut baby lembut. Hmmm... Lupa nak tanya kaitan perut dan jantung kat dokter tu. Rugi betul!!! Dah la dokter pakar tu. 
So, diorang decide untuk buat echo (check up untuk degupan jantung) selang 3 bulan dari tarikh echo aritu. Date terbaru untuk check up nanti ialah 5.1.17. Masa tu insyallah bukaan akan tertutup sepenuhnya dengan izin Allah. Itu harapan ibu. Amiiinnn.
Just untuk info kita2 ni, bukaan 2mm adalah sesuatu yang tak membimbangkan. Dia boleh jadi satu kerisauan bila genap sebulan bukaan tu semakin besar. Mintalah dijauhkan, kan? 
Harap2 adik baby akan terus sembuh ye. Tolong doakan ye, kawan2. 
Sekian coretan ibu.

Monday, November 14, 2016

Hospital Kerajaan VS Hospital Swasta

Ok lah, back to bisnes. Ehehehe. Asek join GA jek sampai lupa dah tujuan asal berblogging. Tak baik tau!!
Sebenarnya dah lama nak update pasal tajuk ni. Sebelum2 ni penah citer jugak tapi tak sedetail ni. Kali ni, aku akan buat pos pasal tajuk ni dengan lebih detail lagi. Sebab sebelum2 ni citer pasal bersalin kat hospital swasta. Lepas tu, demam kuning, masuk hospital kerajaan. So, situasi citer dia tak sama.
Gambar di atas tak berkaitan dengan pos. Cuma, nak bagitau yang sorang tu lahir kat spital swasta, dan yang sorang lagi tu spital kerjaan. Kikiki. Aku tak kata semua spital kerajaan dan swasta macam ni. Aku akan spesifikkan spital mana yang aku bersalin aritu. Okeh!!!
Hospital kerajaan tempat aku bersalin anak kedua adalah Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat (HSNI). Spital swasta pulak ialah, Colombia Asia, Puschong (CA). Ajommm kita terjah!!!
1) Kecekapan

i. Kat Kaunter
HSNI - Sangat cekap dan pantas. Walaupun banyak soalan2 dari dokter2 pelatih, tapi masih berperikemanusiaan lagi sebab nurse kat situ tolong daftar untuk aku. Masa tu, mak dan ayah puasa. So, diorang tolong daftarkan. Terima kasih, nurse. 
CA - Walaupon berbayar, tahap kemanusiaan dia memang agak kureng. Ko bayangkanlah ko duduk kat kaunter tu dekat sejam baru dilayan. Kalau diingat2 tu geramlah jugak. Tapi sebab kesabaran sangat tinggi masa tu, so tak amik port sangat.

ii. Doktor dan Nurse

HSNI - sangat cekap. Masa daku bersalin tu, tak yah ada doktor pon. Kita berbidankan nurse je, beb!! Nurse tu pon cekap sangat!! Dari mula sampai habis dia buat sorang2. Akak salute budak tu. Cakap sangat berbahasa dan takde tinggi2 suara pun. Tapi, kat dalam wad karang kita kena buat sendiri semua benda. Cuma, baby je dia yang bersihkan. Yang lain2 tu pandai2 ko la ye. Ko nak basuh pad ke, ko nak mandi ke, lantak ko leee....
CA - sangat cekap. Tapi, kita bersalin dengan doktor. Doktor ni pulak memang doktor pakar. Sape2 yang teringin nak bersalin kat CA ni, daku sajeskan Doktor Raja Juhaidah. Sangat expert dan banyak pengalaman. Sangat cool walaupun cara cakap dia macam kerek sikit. Tapi, aku suka doktor ni. Cekap sangat!!! Nurse pun sangat okey. Melayan kita macam tuan puteri gitu. Dari A sampai Z dia buat untuk kita. Tukar pad pun dia yang buat. Hehehe. Adehhh!!! Pastu, baby kita pon dia tolong jagakan. Almaklumlah, masa ni lah na cas lebih sikit. Ye dok? Kikiki.

2) Keselesaan
HSNI - Labour room dia selesalah jugak. Suami boleh masuk temankan dan ko boleh sembang dengan laki ko sampai terbersalin. Tapi, sebelum masuk LR tu, ko kena hadiri taklimat suami masuk ke kamar bersalin. Aku pernah buat entri tu sebelum. Ni link dia. So, sape2 yang tak pergi taklimat ni, suami dia takleh masuk ke LR ye. Dan taklimat ni hanya kat HSNI. Tempat lain tak taulah pulak. 
Ok, pastu lepas bersalin tu, kena masuk wad, kan? Alaaa.... Wad spital kerajaan apa expectation ko? Takkan macam hotel 3 bintang pulak kan? Haaaa.... Kebetulan pulak dapat kelas ketiga, ko paham2 je lah acaner rupa wad kerajaan. Tapi, HSNi ni, wad dia baru sikit. So, oklah sikit. Aku tak tau kalau kelas kedua dan pertama. So, jangan tanya. Wakakakaka.
CA - Malas nak cakaplah!!! Sangat selesa lah of kosss!!! Suami bole masuk masa bersalin. Kan ke best tu?! Duduk kat LR tu pun ko bole tido dengan tenangnya. Lepas tu, masuk wad lagi2lah selesa. Kebetulan aku dapat wad untuk 2 orang. tapi, sebab pesakit sebelah tu check out, aku ala2 sorang je dalam wad tu. Bilik air dah ada sekali dalam wad. Pastu, ubat gigi dan berus gigi pakai buang memang disediakan. Sebab apa aku kata pakai buang? Sebab, sekali je ko pakai. Pastu hancur. Hahaha. Baby pulak, dia tolong jagakan. Sebenarnya, baby boleh je tidur dengan kita, tapi ibu2 yang pertama kali dapat baby biasanya susu tak keluar lagi time2 ni. Jadi, baby akan menangis lapar. Tapi, jangan bimbang sebab nanti diorang akan bagi susu kat baby kita. It's ok, mommies!! Diorang sediakan bell untuk kita panggil diorang kalau baby lapar, nak mandi, berak kencing. Semua diorang uruskan. Sementara tu, kita rehatlah dulu. 

3) Kesakitan
HSNI - Masa bersalin kat HSNI, daku diberi peluang untuk rasa sakit. Dari A sampai Z. Maksudnya, dari rasa sakit nak bersalin, hampir bersalin, nak bersalin, masa bersalin dan lepas bersalin. Secara detailnya, takde ubat bius untuk kita lupakan sakit kita masa keadaan2 ni terjadi. Kecuali masa jahit tang koyakan tu je. Koyakan dalam tu, memang dia bius sebelum jahit. Tapi masa dia jahit kulit tu memang dia tak bius. Dia jahit kita hidup2 dan kita boleh rasa acaner jarum tu menusuk2 kulit kita masa tu. Yang sakit pon tang tu jahit kulit tu je lah. Yang lain2 tu sama jek.
CA - Sakit bersalin memang dah dari rumah. Tu, memang takleh elak. Tapi masa bersalin aku tak diberi peluang untuk merasa sakit. Mungkin diorang bius aku time tu. Sebab tetiba je diorang nak bersalinkan aku secara vakum. Dahlah vakum, tak sakit pulak tu!! Kalau vakum ni lagi banyak koyakan aku rasa sebab doktor jahit koyakan aku tu agak lama berbanding bersalin normal masa kat HSNI. Tapi, buat pengetahuan korang, masa bersalin kat CA ni, tak rasa sakit langsung!! Masa jahit pon tak sakit. Benang dia pon jenis yang tebal punya. Masa cuci darah je la yang aku merasa sakitnya. Tu pon sikit jek.

4) Layanan Dari Nurse

HSNI - Layanan diorang masa kat kaunter, sangat okey. Kat LR pon sangat baik. Tetiba, bila daku kata, daku takde GL, nurse tu terus layan aku macam sampah. Cessss!!! Terus nak bebel2 kat aku kenapa aku tak suruh Mr. A tolong cucikan pad masa dalam wad. WTH?!! Sebab aku malas nak layan, aku buat dek jek. Nurse yang macam ni besenya yang jenis2 makcik2. Yang dah 40 ke 50 taon aku rasa. Sebab mana2 yang nurse2 muda ni, diorang sangat baik melayankan orang. Yang aku peratikan lah. Aku pon pelik. Patutnya, dah jadi makcik2 nilah yang lagi ok kan perangai dia? Macam2 jek manusia nih.
CA - Masa kat kaunter memang sangat teruk. Kira worse ever lah!!! Tapi, masa dalam wad, semuanya ok sangat. Lembut je melayan aku dan baby. Kalau diorang dengar je baby nangis, terus datang ke katil aku tanpa aku tekan loceng kat tepi katil tu. Ahaks2. Rasa VIP sangat, kan? Kikikiki.

5) Makanan Dan Minuman
Kedua2nya, HSNI dan CA lebih kurang je makanan dan minuman diorang. Tak sedap ada, sedap pun ada. Takyahla ko terfikir kalau kat CA makanan lagi sedap. Memang idok le.

6) Kos

HSNI - Masa nak keluar tu, kita kena buat bayaran, kan? Kat HSNi ni aku kena cas sebanyak RM 44 hengget sahaja bersekali dengan cek echo (dikatakan jantung baby ada bukaan sikit). Tapi, dia cuma check echo sahaja. Yang lain2 diorang tak check lagi. So, itulah amaun kena bayara kat HSNI.
CA - Jumlah kos pada masa tu ialah RM5000++. Tak ingat amaun sebenar. Tapi belum sampai 6K lagi. Masa tu yang aku ingat pecahan dia ialah, untuk ibu RM 4000++. Dan untuk anak RM1000++. Part baby, diorang dah check siap2 dengan telinga, jantung dan jugak kumpulan darah. Siap bagitau kemunginan2 yang baby akan ada kuning. Diorang minta aku alert je.
Rasanya itu je lah yang kunun2nya detail sangat tu. Ekekekeke. Korang boleh nilaikan sendiri mana yang baik untuk korang. Aku dah merasa dua2 tempat ni. Pada aku, kalau ada duit, tak nak rasa sakit, bersalinlah dekat hospital swasta yang doktornya sangat pakar. Kalau ada duit, tapi tak kisah sangat pasal sakit, bolehlah bersalin kat kerajaan. Hospital kerajaan pun bukanlah teruk pon. Ok jek. Kalau uols ada GL lagilah best. Terpulanglah kat kita mana yang kita rasa sesuai dengan poket dan jiwa kita. 
Yang penting ialah baby dan ibu selamat dan sihat. Kepada ibu2 yang tengah sarat dan sedang baca entri ni (kalau sudi), pilihlah yang terbaik. Dua2 pon okey. 
Di harap anda2 semua senang bersalin dan semoga dipermudahkan semuanya. Insyaallah. Amiinn.

Tuesday, November 8, 2016

Demam Kuning Oh! Demam Kuning

Sebagai ibu yang membawa darah O, anak2 ku tak lari dari demam kuning. Bacaan mula2 untuk baby baru adalah  8.5. Tu bacaan masa hari ke-3 aku bawak adik baby ke KKIA Senggarang. Lepas tu, bacaan kuning adik baby semakin naik dan akhrnya cecah 16 dan adik baby kena admit hospital.
Namun, berbeza dengan kali pertama masuk spital masa Wafi aritu. Kali ni, aku lebih redha gitu. Aku dapat rasa yang adik baby ni, agak lambat proses penyembuhan dia. Tak tahulah aku kenapa agaknya. Walaupun dah cuba pelbagai cara untuk turunkan kuning dia, tetap jugak naik. Kalau turun pun sangat perlahan.
Masuk sepital lebih kurang petang macam tu. Pukul 5 petang dah ada dalam wad. Oleh sebab aku takde makan jamu2 ataupun makanan pelik2, adik baby dan2 di bagi kat aku petang tu jugak. Macam biasa, adik baby kena duduk bawah lampu. Kali ni, aku rasa haba lampu tu agak kuat berbanding dengan Wafi aritu. 
Bila hangat macam tu, adik baby akan tidur lena. Bila dia tidur lena, kehendak untuk menyusu dia berkurang. Aku rasa pelik pulak bila dah jadi macam tu. Sebabnya, bila anak kena kuning, salah satu ubatnya ialah susu ibu. Kalau adik baby tidur lena macam tu, acaner nak susukan dia? Aku pun rasa agak bimbang. Jadi, aku pergi tanya dengan nurse yang examine anak ku. 
Ok. Rupa2nya, bila baby diletakkan kat bawah lampu tu, baby lebih suka tidur. Keadaan ni, tak membimbangkan sebab makin lama dia duduk bawah lampu, kuning semakin turun. Kalau nak susukan dia, ibu2 boleh susukan dalam masa 3 hingga 4 jam. Jadi, ibu2 semua bolehlah berehat seketika selepas penat push2 bersalin aritu ye... Hehehe.
Maka, aku pon relax lah sikit. Adik baby pulak, jenis tidur je. Walaupun bising ke, apa ke, dia boleh tidur dengan jayanya which is betul2 mengikut perangai family aku. Hahahaha.
Malam, adik baby kena amik darah lagik. Malam tu, kuning dia naik. Dari 16, jadi 16.7. Adududududuuuu... Risaunya aku. Tapi, aku tabahkan hati biarkan adik baby duduk bawah lampu kuning. Tu semua supaya adik baby cepat sembuh.
Esoknya, adik baby kena amik darah lagi. Dekat tengahari, kuning dia turun ke 11. Alhamdulillah... Syukurlah. Mujur ada Pamoga. Ehhhh.... Kekekeke.
So, petang tu adik baby dah bole discharge. Aku pulak, risau kalau kuning adik baby naik balik. Dan rupa2 nya, betul.
Esoknya bila pergi semula ke KKIA, kuning adik baby naik semula jadi 12. Hermmm... Sedih betul!! Dekat seminggu jugak aku ulang alik KKIA cek kuning. Turun tak banyak. Last sekali, kuning adik 10.7 dan kena pergi jumpa dokter. Masa nurse kata kena jumpa dokter tu, aku dah nak nangis dah. For sure kalau jumpa dokter, kena amik darah yang banyak tu. Katanya itu amik darah yang last. Tapi, bila memikirkan kena amik darah tu, aku kesian dekat adik baby. Dengan keyakinan yang tinggi bahawa adik baby akan sembuh dari kuning dia, aku terus bawak adik baby balik rumah. Tanpa jumpa dengan dokter. Huhuhuhu. 
Nasihat aku, jangan tiru perangai ini ye, ibu2. Anak2 kita lain2. Kang kalau tiru kang, naya je. Nasib aku agak baik sebab seminggu kemudian adik baby okey. Itu pon sebab aku letakkan dia dekat dengan lampu yang adik aku, Haja bagi pinjam. Barulah dia okey sikit. Syukur alhamdulillah. 
Genap 21 hari, adik baby kena timbang oleh nurse2 yang datang umah tu. Berat dia naik jadi 3.6kg. Jadi, kata nurse sebab berat dia naik ok dah la. Kena pergi KKIA semula untuk cek baby dan ibu 15hb nanti. Oklah. Ibu dah senang hati sikit dah ni. 
Harap2 semuanya akan kembali okey. Love all of you more and more!!!

Sunday, November 6, 2016

Hadiah Untuk Baby

Gambar dari hasil google

https://www.facebook.com/mislinda.golias?fref=ts
Hari ni nak citer pasal hadiah untuk baby 2nd daku yang baru lahir bulan lepas. Kisahnya, baby kedua ni takde apa2 barang baru untuk dia sebab banyak lagi barang2 Wafi yang masih boleh dipakai oleh si adik baby. 
Sehinggalah, satu hari daku ternampak satu pos kat fb aku. Dia pos satu crochet bootie untuk baby kat wall. Aku rasa sangatlah comel booties tu. Tetibe je daku rasa tertarik nak try mintak dia ni buatkan untuk baby aku. So, aku pon save fon nombor dia untuk aku wassap2 dia kemudian.
Mula2 aku tanya dia berapa dia amik untuk sepasang bootie. Harganya RM50. Ermmm... Agak mahal bagi sepasang bootie. Aku rasa macam tu lah. Sebab, bila aku tengok kat baby shop, harga sepasang bootie cuma RM20 ke bawah. Memang murah giler. Jauh beza dengan bootie yang aku nak suh member aku tolong buatkan. Tapi, buatan kat baby shop tu takdelah secantik yang member aku ni buat. Pada mata akulah. Jauh nau bezanya. 
So, aku amik keputusan untuk mintak tolong dia buatkan satu set booties dengan topi jek. Aku tanya dia berapa hengget? Dia kata RM60 termasuk postage. Aku pon tade pikir panjang2 dah. Aku ok kan jek lah sebab hasil kraftangan kan memang mahal. Handmade katanya.
Hasil tangan member daku

Selang beberapa mingu kemudian, dia pos kat aku hasil kerja dia. Warna purple ni hasil kerja tangan dia. Masa aku dapat ni dia bagi free gift iaitu keychain. Keychain dia bentuk bunga. Cute sangat. Takde plak dalam picer.
Yang penting sekali, aku puashati sangat dengan hasil kerja dia. Aku mintak dia buatkan booties macam gambar booties kaler biru tu. Aku minta dia buat sebijik macam tu cuma tukar kaler jadi purple. Topi tu, dia yang tolong carikan dan buat macam dalam gambar. Cantikkan?? Aku suka sangat!!!! 
So, sape2 yang terasa nak tempah hasil kait ni, boleh la tengok fb dia. Nama fb dia Mislinda Golias. Macam2 lagi sebenanya dia boleh buat. Tapi hasil kait dia kebanyakkannya ialah keychain sebab senang katanya. Kalau sape2 nak tempah hasil kait dia, korang google dulu patern macam mana. Nanti bagi contoh kat dia. Insyaallah dia akan buat. Kalau nak tempah pastu nak bagi kat orang hadiah pon okey. Hehehe. Eh, aku promote fb dia ni tak berbayo pon. Malahan, dia tak tau pon. Aku yang saje suka promote sebab aku memang puashati dengan hasil tangan dia. 
Sekian saje coretan untuk kali ni. Wassalam.

Saturday, October 29, 2016

Bersalin Di Minggu ke-38 - Part 2


Sambungan dari part 1...
So, lepas makan dalam pukul 9.30 malam tu, aku terus di sorong ke LR yang dekat je dengan wad 9 tu. Barang2 aku kena tinggal situ sementara. Nurse suh aku bawak barang baby jek. Selimut, baju, bedung. Dia minta tuala aku bagi bedung. Ermm... bagus sangat la tuh. Kihkihkih.
Sesampai kat LR, aku disuruh baring kat atas katil. Diorang pasang lagi alat yang macam tali pinggang tu kat aku. Nama benda alah tu CTG rupenye. Baru ku tahu. Kofkofkof. Dah pasang siap tu, diorang terus masukkan air kat tangan aku. Lepas pasang semua benda tu, diorang cari Mr.A yang menghilang tah ke mana. Hermmm takpelah. Aku rasa dia g solat kejap la kot. Tak lama lepas tu diorang bawak Mr. A masuk dalam LR. Dia duduk sebelah aku sambil bersembang2 ngan aku. Start pukul 10.30 malam, aku dah start rasa sakit. Yang ni betul2 rasa sakit nak bersalin. Aku tengok jam dinding kat situ, selang 5 minit aku akan rasa sakit. Ni memang sakit nak bersalin da ni. Mr. A pon cakap benda yang sama kat aku. 

Walaupun sakit, aku sempat sembang2 lagi dengan Mr. A. Macam2 la aku merepek dengan Mr. A. Kejap2 aku mengiring ke kiri. Kejap2 duduk. Kejap2 tinggikan bantal. Kejap2 nak terbuang angin pon ada. Lebih kurang dalam pukul 11.15 malam, aku dah tak tahan. Rasa macam nak terbuang air besor sesangat. Aku mintak Mr. A panggil nurse. Tak sempat dia panggil, nurse datang. Dia tanya aku, dah ada rasa nak buang air besar tak? Aku cakap ada. Dah rasa sangat2 dah ni. Aku kata kat dia. Dia pon check jalan. Dah bukak abes ni. Katanya. Lepas tu, dia terus suruh aku teran macam nak ber*k tu. Sekuat2 hati. 

Jadi, aku pon push laaaa.... Memang rasa nak putus nafas masa push tu. Aku push tiga kali. Baby dah nampak kepala. Aku tarik nafas panjang2, aku push kuat2. Aku dengar nurse tu kata nak gunting sikit kat anu tu. Aku angguk je. Lepas tu dia kata push. Aku pun push lagi sampai habis. Kepala baby keluar. Aku dengar nurse tu kata, okey puan. Kepala dah keluar. Comel baby. Push lagi puan, lepas ni kita nak keluarkan badan baby pulak. Aku pon push sekali lagi. Dan keluarlah baby boy seberat 2.6kg tepat pukul 11.40 malam tu. Tarikhnya, 11.10.16. Nurse yang sambut siap bagi salam dekat baby. Syukur Alhamdulillah.

Lepas diorang bersihkan sikit baby tu, diorang letak baby kat atas dada aku. Selang beberapa minit kemudian, dia suh Mr. A azankan baby. Aku masih lagi pegang baby. Aku tengok dia betul2. Muka lebih kurang je dengan abang dia. Rambut je pacak2. Amboiii!! Kecik2 dah pacak rambut. Hermmm. 

Dalam 10 minit macam tu, diorang amik baby untuk bersihkan lagi sekali. Timbang berat, panjang, check jantung, mata dan entah apa lagi aku pun tak ingat. Mr. A pon kena halau keluar dengan jayanya oleh nurse2 kat situ. Pada masa yang sama, nurse datang untuk jahit anu aku yang diorang gunting tadi. Part ni memang paling ngeri sekali bersalin kat gomen nih. Yang koyak kat dalam tu, oklah. Dia bagi ubat bius. Yang jahit kat luka luar tu, memang diorang tak bius. Serius beb!! Rasa jarum tu menusuk2 kulit anu kita tuh!!! Itu je lah yang ngeri pon. Nasib aku sangat baik sebab aku dapat nurse yang dah expert. Takdelah nak kena bukak jahitan 2 3 kali. Kalau tak, mau pitam kat situ. Tu aku kata masa kat part 1 aritu. Sape bersalin kat spital gomen banyak kali memang aku salute beb!!! Rasa sakit jahit masa tak bius tu sakit. Sakit beb!!! Sakit!!!! Diulangi SAKIT!!! Hahaha. 

Lepas jahit tu, duduklah daku kat LR tu dalam sejam macam tu. Tetibe lepas bersalin tu rasa sejuk pulak. Menggigil2 badan tahan sejuk. Padahal pakai kipas je tuh. Tadi sebelum bersalin tu rasa tak cukup kipas panasnya. Sekarang rasa sejuk macam nak pergi tutup je kipas tu. Tetiba tengah layan kesejukan tu, datang sorang minah India dengan pakaian dokter. Dia datang untuk bersihkan tempat jahitan tadi tu. Sambil tu, dia cuci bagi darah habis keluar dari rahim. Darah orang bersalin memang sangat banyak. Lepas cuci tu, last sekali dia siram dengan satu air yang sangat sejuk. Lupa pulak aku nak tanya apa yang dia siram kat alat sulit aku tu. Rasa lega jek masa dia siram tu. Huhuhuhu. Dah siap bersihkan dia pakaikan aku pad. Pad orang bersalin yang kena pakai gantung tu. Tak reti aku nak pakai.

Lepas pada tu, dia biarkan aku rehat lagi dalam sejam macam tu. Pastu dia bagi baby. Suruh susukan. Aku pun susukan lah baby. Untuk makluman, aku belum putuskan susu dengan Wafi, jadi susu aku masih ada untuk baby. Ngelat sikit la. So, baby aku yang baru ni kenyang la minum susu badan aku. Lena tidonya malam tu. Hehehehe. Lepas tu, dia amik baby balik semula. Tukar pulak katil. Sekarang ni nak angkut aku pergi ke Wad 10 pulak. Sebelum gerak ke wad, diorang bagi aku minum air Milo suam2 gitu. Waduh2!!!! Sedapnye dapat minum Milo anda jadi sihat dan kuat ni!!! Rasa nak mintak nurse tu bungkuskan je tuk aku. Kikikikiki.

Dalam pukul 2.30 pagi macam tu aku ditolak masuk Wad 10. So, selesailah keje diorang hari ni. Aku pulak, excited lebih2. Takleh tido malam tu. Dekat pukul 6pagi baru aku boleh tido. Dan hari tu jugak lah aku keluar wad. Seronoknye aku. Tak sabar nak jumpakan baby dengan Abang Wafinya. Rindu sangat aku kat Wafi. 

Sekian tu je lah citer bersalin kat sepital gomen. Aku pun balik pada 12.10.16 tu dalam pukul 2 petang. Dah selamat dah aku bersalin.... Yang paling tak sangka, dah dua orang dah anak aku. Cepat betul Allah bagi rezeki kat aku. Terima kasih Allah. Banyak hikmahnya Dia bagi rezeki kat aku secepat ni.. Insyaallah.

Apa2 pun, aku sayangkan kedua2nya. Jangan bahagikan kasih sayang. Tapi kita doublekan dia. Thank you, Allah. Thank you so much!!!