Tuesday, January 31, 2017

GIVEAWAY SAMPLE COLLAGEN SOAP NURRAYSA BEAUTY

GIVEAWAY SAMPLE COLLAGEN SOAP NURRAYSA BEAUTY

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Follow blog ini

2. Follow google +

3. like fanpage BLOG WANI SUKARNO


4. copy paste info di bawah ke dalam entri anda

KOLAGEN MARIN ASLI- mengandungi mineral, asid amino, beta karotein, serta protein yang membantu mengekalkan kolagen dalam kulit

MINYAK ZAITUN - berkesan membersih dengan mendalam tanpa menyumbat pori - pori dan telah digunakan secara meluas dalam industri kecantikan di barat kerana kandungan vitamin E yang tinggi yang boleh merawat kulit muka serta anti penuaan yang sangat dipercayai

SUSU KAMBING- mengandungi selenium dan vitamin A iaitu makanan penting untuk kulit yang cantik menawan. Kaya dengan asid laktik yang berupaya membuang sel kulit mati yang degil di kulit, melembabkan serta mencerah kembali kulit yang kusam. Barat menggelarkan ia sbg 'healing miracle'

*Herba terpilih
*Habbatussauda'

Inginkan kulit anda mendapat manfaat dari bahan-bahan hebat di atas? 

Sabun ini juga sesuai untuk:
✔ Bayi seawal baru lahir
✔ Kaum lelaki & wanita yg mempunyai masalah kulit
✔ Eczema, gatal serta kurap
✔ Boleh guna satu badan

5.copy gambar di atas dan buat satu entri dengan tajuk GIVEAWAY SAMPLE COLLAGEN SOAP NURRAYSA BEAUTY..

6.hantarkan link tersebut ke dalam ruangan komen ini sahaja

TARIKH TUTUP PENYERTAAN BILA -BILA MASA.. AKAN DIUMUMKAN.
CEPAT-CEPAT JANGAN TERLAMBAT

Good luck semua!! All the best!!

Giveaway Sephia by Nik Ainaa



CARA-CARA SERTAI GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA:



1- FOLLOW instagram Nik Ainaa (@nfa.nikainaa)

2- LIKE FB Page 'Ainaa Azlan Page'

3- FOLLOW blog Nik Ainaa

4- Buat satu entry dengan tajuk "GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA" dan letak banner kat atas (jangan lupa back link banner ke ENTRY INI)

5- Tinggalkan LINK ENTRY di ruangan komen sahaja.



CARA PEMILIHAN PEMENANG:


Pemenang di pilih berdasarkan TOP REFERRAL dan sekiranya penyertaan melebihi 100 peserta, Ainaa akan tambah seorang lagi pemenang berdasarkan RANDOM.ORG

Good luck semua!! All the best!!

Thursday, January 26, 2017

GIVEAWAY: JOM BACA BUKU - NOVEL PERCUMA!!!

Klik Banner untuk join
Dah lama pulak rasa tak join GA.
Hari ni terasa nak join pulak.
 Sebenarnya aritu dah nak join dah GA yang ni. Sebab CJN dulunya pon hantu novel jugak. Ehehehe. Tapi, sebab jalan cerita novel picisan ni sama jek. Macam tak berkembang pulak otak (habislah CJN kena banned lepas ni), jadi CJN dah tak jadi hantu novel dah. Tapi, skang ni macam banyak sangat novel menarik yang keluar kat kedai2 buku. Macam best pulak. Hehehe. 
Back to GA. Hari tu dah nak join dah GA ni. Lepas tu gara2 internet slow bangaet, tak dapatlah CJN nak join. Sentap tau sebab lambat loading. 
Buku Yang CJN pernah baca iaitu ORANG KETIGA
Pada CJN novel ni sangat menarik. 
Ceritanya mengisahkan seorang peguam (CJN tak ingat nama dia sebab dah lama, jadi nama watak dia CJN bubuh ikut suka hati la ye. Tapi jalan cerita dia masih sama. Aci tak, tuan tanah? Huhuhu). 
Peguam ni bernama Anis. Dia berkawan dengan seorang lelaki di firma guaman yang sama yang mana, lelaki ni jugak merangkap boifren dia. CJN namakan sebagai Azrul. Si Azrul ni dah berkahwin tapi belum ada anak. Anis ni tau, tapi dia tak kisah. Jadi, dia sanggup jadi pemuas nafsu si Azrul ni setiap malam. Setiap malam pulak, si Azrul ni menipu isterinya dengan alasan berjogging pada waktu malam. Sampailah satu hari, akhirnya kantoi. Maka, mereka berdua bermikah secara baik. Tapi, Isteri Si Azrul diceraikan. Si isteri ni dalam cerita ni cool je. Takde meroyan apa2. Dalam cerita ni. Dia tak tonjolkan sangat watak isteri Azrul. So, baru beberapa tahun berkahwin, Anis ni perasan yang Azrul selalu keluar malam dan berjogging. Sama macam dia buat kat isteri dia dulu!! So, Anis ni syak yang Azrul ada perempuan lain. Sebab apa syak? Sebab, alasannya berjogging. Tapi bila balik rumah, badan semerbak wangi bau perfume perempuan. Kau rasa?! Hiihihi.
Dalam masa yang sama, Anis & Azrul ni ada kawan baik bernama Nasrul. Nasrul ni, dioarang perhatikan sangat romantis dengan isterinya. Tapi, satu hari, Nasrul mati!! Tau sebab apa? Kena bunuh dengan isteri Nasrul tu sendiri!! Anis kaget, Kenapa jadi macam ni? Apa sebabnya? Bukan ke Nasrul ni romantis?? Rupanya bila disiasat, Nasrul sebenarnya kaki dera. Dia suka dera isteri dia waima kesalahan yang isteri dia buat tu sebesar kuman je. Dia punya dera macam salah besar je, 
Haaaaa.... Menarik tak cerita dia? Menarik, kan? Kesudahan dia? Anis bercerai dengan Azrul. Isteri Nasrul didapati tidak bersalah. Dan Azrul kembali ke perangai lama dia. 
Sekian dulu.
So, sape yang belum baca boleh beli buku ni. Cuma masalah dia, CJN dah tak tau mana nak cari novel ni. Hehehe. 
Ok lah, Pada sesapa yang lom join tu marilah kita bersama2 memriahkan GA ni.
Good luck and all the best ya!!
💖💖💖

Sunday, January 22, 2017

Segmen Bloglist Februari by SyazHarzaysMinme


Klik Banner untuk join😊

Jom join GA ni kengkawan sekalian!!

Syarat-syaratnya adalah :

  • Follow blog ni pada yang belum follow di SINI
  • Follow g+ di SINI
  • Follow instagram di SINI
  • Like smule di SINI. ( bagi yang ada smule ja ) boleh la nyanyi sama nanti. haha :P
  • Selepas itu, buat satu entri ringkas yang bertajuk SEGMEN BLOGLIST FEBRUARI BY SYAZHARZAYSMINME
  • Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini.
  • Lastly, tinggalkan link entri korang di ruangan komen.
  • Siap.

Senang je kot syaratnya kan... So, segmen bermula sekarang, 22/01/2017 hingga 30/01.2017 (pukul 12 malam). Syaz akan pilih 20 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama sebulan.... Penyertaan kurang dari 10, automatik semua akan masuk dalam bloglist. Pemilihan akan dibuat secara rawak menggunakan khidmat random.org. Korang digalakkan blogwalking sesama sendiri jugak.... ^_^

So, apa lagi... Meh meh join cepat... I hope your support... Oklah, sekian dulu... Selamat bersegmen korang....

Terima kasih.... wassalam....

💖💖


Nak Buat GA atau Segmen Tapi....


Sebenarnya, lepas tengok rerakan blog buat GA dan bloglist segmen, CJN pon teringin jugak nak buat. Maklumlah, sambil kenal2, boleh tambah follower. Macam sekarang ni banyak dah blog CJN follow. Dan sebenarnya, ramai yang bagi good info pasal dunia di sekeliling CJN. Tak tau pon jadi tau. Banyak citer2 menarik yang blogger2 kongsikan yang CJN rasa takdenya la korang nak share kat fb citer pepanjang ni, kan? 😁😁😁

Tapi, CJN ada masalah iaitu tak konpiden. Tak konpiden sebab apa? Sebab, takot takde sape join segmen kita or GA kita. 😅😅😅

Sekian saja update bloh hari ni. Hahahaha. Selamat membaca. Kikiki.

💖💖💖


Pencarian Bloglist Blog Baru

Klik Banner untuk Join

Syarat-syarat penyertaan :

1. Follow blog ni. ✅

2. Buat satu posting ringkas mengenai

   - Perjalanan sebagai seorang Blogger  ✅
  • CJN start menulis blog pada tahun 2014 je. Baru belajar. Sebelum tu dah penah ada blog tapi blog tu takde content yang menarik, isi tak cantik dan terlalu ikut emosi yang bercelaru. So, nak buat macam mana lagi. CJN buat satu emel baru yang CJN target untuk buat blog yang mempunyai isi2 yang agak cantik dan orang boleh baca dan hadam. Walaupun isi kandungan blog CJN dah melambak2 kat Malaysia ni, tapi CJN yakin, dalam sejuta mungkin ada dua tiga orang sudi baca. Dengan 2 3 orang tu lah nanti akan mengembangkan blog CJN, insyaallah. Apa2 pun CJN masih belajar dan terus belajar pasal blog ni. Insyaallah CJN akan perbaiki mana2 yang patut. 😊😊
3. Tag 3 orang blogger yang lain. ✅
  • Dengan itu, CJN nak tag 3 orang si blogger yang cantik manis ni. Iaitu :
  1. Cik Sayidah Napisah;
  2. Cik Noor Akma; dan 
  3. Kak Shuhaida Kabdy

4. Copy banner di atas & backlink ke post ni. ✅

5. Letakkan link posting di bahagian komen. ✅

Hadiah untuk penyertaan ni

Pemenang akan dipilih berdasarkan posting yang menarik.

1. Wang Tunai kepada 5 orang peserta
2. Hadiah misteri kepada 5 orang peserta

Tarikh penyertaan : 13 Januari 2017 hingga 13 Februari 2017

Good luck semua :)

CJN dah join. Korang bila lagi? Hehehe

Good luck dan salam perkenalan! 😊😊😊

Thomas Town Giveaway by Zai Zamree


Klik Banner untuk Join

"Hari ini saya ingin merasmikan Thomas Town Giveaway by Zai Zamree. Saya ingin mencari 2 pemenang.

Pemenang pertama akan memenangi hadiah giveaway berupa 2 pass masuk ke Thomas Town Puteri Harbour bernilai RM170. Pas ini valid sehingga 31 Mac 2017.

Pemenang kedua akan memenangi wang tunai RM50.

Giveaway ini akan tamat sehingga 20 Febuari 2017.

Syarat nak join ni simple je :)

1. Follow blog Zai Zamree.
2. Follow fanpage facebook Blog ZaiZamree.
3. Subscribe youtube Zai Zamree dan Cikpinz.
4. Buat entri bertajuk "Thomas Town Giveaway by Zai Zamree".
5. Tampal banner di atas di entri penyertaan dan 'backlinkkan' ke entri INI
.
6. Tinggalkan link anda di ruangan komen entri ini.
7. Siap!

Para pemenang akan dipilih oleh random.org. 

Terima kasih kerana sudi menyertai dan memeriahkan GA ini! Selamat maju jaya!'

UCAPAN DI ATAS ADALAH C&P DARI TUAN GA.

MOH LA KITA JOIN BERAMAI2!!!

💖💖💖

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Klik Banner untuk join

Jom join!!!

Good luck!!

💖💖💖

3rd Mini Giveaway By azyyatiliah.blogspot.my

Click banner to Join😊

Jom join GA ni. 

Goodluck untuk kita semua!!

💖💖💖

Thursday, January 19, 2017

Segmen BLOGLIST Februari 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my



Segmen bermula sekarang, 15 Januari 2017 hingga 31 Januari 2017 (pukul 8 malam). Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama sebulan.... Penyertaan kurang dari 10, automatik semua akan masuk dalam bloglist. Pemilihan akan dibuat secara rawak menggunakan khidmat random.org. Korang digalakkan blogwalking sesama sendiri jugak.... ^_^

So, apa lagi... Meh meh join cepat... I hope your support... Oklah, sekian dulu... Selamat bersegmen korang.... Terima kasih.... wassalam....

#copy & paste 😇😇😇

Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com


Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 17 Januari 2017 hingga 11.59 malam 31 Januari 2017Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. Senarai hadiah ada di SINI...

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
2. Wajib Like Fanpage Sponsor 

3. Wajib Follow Instagram Sponsor
4. Tambah Google Plus Sponsor
 | AerillHassan | Belogs JM |

5. Buat entri bertajuk Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

 6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

9 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 2 Februari 2017
Good Luck !!


Planner & Calendar Giveaway



Jom join GA ni jom!!!

Hadiahnya ialah 3 kalender meja MSU
1 planner MSU

Pemenang yang dicari : 4 orang
Hadiah tambahan akan ada bergantung pada penyertaan dan kegilaan tukang buat GA ini.. hehehe..

Pemilihan pemenang adalah menggunakan random.org
Tamat pada : 23.01.2017
Pengumuman pemenang : 24.01.2017
Tuntutan hadiah : 24-26.01.2017
Hadiah akan dipos pada : 27.01.2017 (Insya Allah)

💖💖💖

Sunday, January 15, 2017

Kenapa Suka Menilai Anak Orang?

My Love. My Life. My World

Entri kali ni agak syahdu kisahnya. Bukanlah syahdu sangat tapi, sebagai ibu yang baru nak belajar parenting ni, semangat dan tunjuk ajar dari orang di sekeliling sangat CJN hargai. CJN tak kisah sangat kalau ada yang bagitahu CJN cara2 nak atasi anak kembung. Cara nak hindari anak demam. Macam mana nak bagi baby tak menangis waktu malam. Dan macam2 lagi petua tunjuk ajar yang CJN boleh praktikkan untuk anak2.

Tapi, CJN paling pantang kalau orang compare anak dia dengan anak orang lain. Compare tu kalau baik takpe jugak. Yang ni, compare anak dia dengan anak orang. Pastu bagitau kat semua manusia kat mukabumi ni, anak dia lagi bagus dari orang yang dia compare tadi. WT..??!!!

Baiklah. Biar CJN terus terang je.

Wafi ni baru umur 1 tahun 10 bulan. Perangai budak setahun tu, cuba korang bayangkan macam mana rupa dia. Betapalah Wafi ni sangat aktf dan nakal. Semua benda dia nak buat. Semua orang dia buli. Semua orang kena dengar cakap dia. 

Ke, cuma anak CJN je macam tu ek?

Datanglah mak sedara Wafi, 'Cik A' ni. Dia pon anak dua orang jugak. Dua2 pompuan. Yang sulung baru jejak 4 tahun dan sorang lagi sebaya Wafi. Sama je perangai dengan Wafi. Nakal. Suka buli. Kena ikut cakap dia. Yelah, paham2 lah budak umur setahun uolsss!!!

CJN ni tak kisah sangat kalau dia nak marah Wafi. Tapi, janganlah asyik nak marah Wafi je!! 😡😡😡  Macamlah anak dia perfect sangat. Setiap kali Wafi kena marah dengan dia, CJN peratikan je apa yang Wafi buat. Kengkadang takde kaitan dengan dia pon. 😓😓😓

Yang paling takleh tahan tu, dia banding2kan anak sulung dia yang 4 tahun tu dengan perangai Wafi yang umur 1 tahun tu!!! Laaaa.... Mana sama wei anak ko dengan anak aku!!! Marah sungguh CJN dengan dia. Takleh terima betul!! Anak dari mak yang sama pon, lain perangainya. Inikan pulak anak orang lain!!! Dah lah tu, nak bandingkan budak umur setahun tu, dengan budak umur 4 tahun. Jauh beza beb!!! Jauh sangattttt!!!

So, CJN simpulkan bahawa dia mungkin tak suka Wafi kot... Yelah, Wafi kuat meragam sejak kecik. Demam sikit je, menangis abes satu rumah takleh tido. Kena gigit nyamuk pon mengamuk sampai semua orang takleh tido. Kembung pon, abes satu rumah kena sibuk cari dedaun sirih ka, kain suam2 untuk tuam kat dia.

Itu andaian CJN je la. Sebab, dari dulu lagi memang dia suka comparekan Wafi dengan anak2 dia. Anak2 dia ok. Yang dua orang tu. Dia compare dengan Wafi sorang. Ko rase??!!! Dia kata, anak dia bijak, pandai, suka belajar, cantik, tak kacau orang, tak nakal. Wafi ni pulak pada dia, susah jaga, kuat mengamuk, nakal, manja terlebih, pastu Wafi lambat berkembang, lambat jalan, tak pandai macam anak dia, tak secomel anak dia, tak murah rezeki macam anak dia, semualah yang yang tak berapa baik tu ada kat Wafi.

CJN sedih sangat bila orang compare macam tu. Yelah, dia kan mak sedara Wafi. Kita sama2 ada anak umur sebaya. Kalau Wafi nakal tu, bagitahulah macam mana cara nak bagi Wafi tu tak jadi nakal. Bagitaulah cara nak bagi Wafi jadi baik macam aak dia. Semua orang kat umah ni tak tau CJN nangis kalau ada orang marah Wafi beria2 macam Wafi bunuh orang. 😭😭😭

Sebenarnya, Wafi pon selalu kena marah dengan CJN. Bukan marah teruk2lah. Marah untuk ajar dia jadi budak baik je. Wafi ni, bukan je dah start kena marah dengan CJN. Semua orang dah start pandai marah dekat dia. Silap CJN la kot marah dia depan orang ramai. Jadi, maknanya CJN bagi chance kat orang lain untuk marah dia. Plus dia terlalu nakal agaknya.

Rasanya, CJN kena ubah sikap. CJN tak nak marah Wafi depan orang lagi. CJN tau caner rasanya. Sebab, anak2 kecik ni lagi cepat terasa dan lebih sensitif keadaannya. Marah anak depan orang ni membuatkan anak2 hilang self konfiden, jadi tambah nakal, dan tak dengar kata. Sorry, Wafi, Kengkadang tu, perangai Wafi melangkaui kesabaran ibu... Maka ibu, bertabahlah!!!

Sekian je terasa hati untuk kali ni. Agak panjang luahan hati arini. 

Wasalam. 😭😭😭 




Wednesday, January 11, 2017

Kenapa Kita Nikah?

Dicedok dari Abang Google

Bulan Disember yang lepas adalah Annivessarry CJN dengan husband yang ke-8. 

Alhamdulillah selepas menongkah arus yang kuat, amukan badai yang zalim dan menelan kata2 manusia masa awal pernikahan menjadikan pernikahan ni bertambah kuat.

Pejam celik, pejam celik. CJN tak sangka dah sebegitu lama CJN nikah. Aduhaiii!!! Rasa macam baru jek kejadian tu berlaku. Dan yang paling ketara sekali, betapa sekejapnya masa berlalu. Tak sangka CJN bole hidup bersama dengan sorang jek lelaki macam gini punya lama!! Hahaha.

Jangan salah sangka. CJN bukannya kaki lelaki. Huh!! Buruk pulak jadiknya bunyi kaki lelaki tu, kan? Hahaha. Tapi, CJN nak bagitahu yang CJN bercinta dengan ex-ex sumer tak pernah jejak 3 tahun. Like, seriuosly?!! Hahaha. I'm telling the truth!! (yang ex-ex tu pon tak sampai pon 3 orang!!! Hahaha)

Apa yang CJN dapat simpulkan sepanjang pernikahan ni, ialah sabar, tenang dan tolak ansur. Ini memang key word untuk perkahwinan. Takde salah satu, kerjanya asek berantakan je lahhh!! Kalau nak tambah lagi, saling mempercayai. Kalau yang ni takde pon payah jugak. Asek nak kena menelepon 24/7. Dah tak jadi keje gitu.

So, baru2 ni CJN terfikir satu soklan kat Mr. A. 

Kenapa dia nikahi CJN? Ramai lagi orang lain dalam Malaysia ni. Kenapa pilih CJN?

Soalan tu dijawab dengan beberapa jawapan.
Sebab, dah ditakdirkan.
Sebab, dia jatuh cinta dengan CJN.
Sebab, dia nak jaga CJN.

Tapi, jawapan paling tepat yang dia jawab ialah, dia nikahi CJN lillahi ta'ala.  Maksudnya, kerana Allah Ta'ala.

Betul ke?
 
Entahlah.

CJN pun tak tahu. Itu mungkin jawapan yang betul bagi CJN. Tapi, belum terbukti lagi. Kalau nak tau betul ke tak, kena tunggulah usia annivessarry ni 40 tahun ke, 50 tahun ke... Kalau masih sambut annivessary dengan orang yang sama, betul la tu gaknye. Hehehe.

Sebenarnya, bukan senang nak dapat jawapan "kerana Allah Ta'ala" tu.

Ramai niat orang nak kawen, sebab tengok kengkawan kawen, sebab takut bf/gf kena caras, takut long distance, takut esok tua takde orang jaga, dan macam2 la hal dunia yang saje2 kita ni cipta untuk menikah.

So, CJN harap Allah tetapkan iman kami berdua dalam mengharungi badai dalam rumahtangga. Panjang lagi laluan hidup kitorang untuk hadapi cabaran ni.

Semoga perkahwinan ni kekal hingga ke akhir hayat. Kalau boleh, sampai ke jannah.

Terima kasih Mr. A jadi suami CJN. Teruskanlah jadi seorang suami yang penyabar, bertanggungjawab, penyayang, rajin, dedikasi dan beriman. Semoga Allah lindungi dia dari kejahatan manusia. Doa CJN, semoga dia bahagia di dunia dan akhirat. Insyaallah.

Much love,
CJN💖💖💖

GIVEAWAY NIYAZ 1ST YEAR BIRTHDAY BY DEARIESCOUPLE


Click banner to join

Sape lom join??!!!

Jom join!!! 

Klik kat banner ye.

Good luck all!!

💞💞💞

Pencarian Bloglist Januari & Februari 2017

Klik Banner Untuk Join

Ni ada lagi satu segmen yang kita leh sama2 join. Senang je. Like dan like je.

Pastu copy, backlink.

Sesenang abc jer. Hehehe.

Apa2 pon Good luck & all the best all!!

😁😁😁

Back To School Giveaway by Abam Kie


Jom join GA yang ni juga!!!

 Syarat2 penyertaan senang je. Bleh klik kat banner ye kengkawan.

Tu sajek.

Good luck and all the best!!

💖💖💖

WELCOMING 2017 GIVEAWAY

2 Pasang Kain Songket Sarawak Untuk Dimenangi

Jom join GA ni. 

Syarat2nya ialah :

1. Tolong LIKE Page Eca -- EcaDwinkyAsha Blog
2. Tarikh giveaway dijalankan : 7 Januari - 17 Januari 2017 (10hari je!)
3. Selepas dah buat entry & publish dekat blog korang, Letakkan permalink entry tersebut dalam ruangan komen je!
Pemenang akan umumkan sebelum bulan Januari berakhir.
 Good Luck and all the best all!! 😉😉😉

Friday, January 6, 2017

Cradle Cap



Haaaa.... itu dia wajah anakanda kesayangan. Abaikan bahan yang bersepah di background gambar ye... Hehehe. Jom kita berkenalan!!! Si baju biru - Wafi (abang long) dan yang baju oren tu Ammar - si adik. Dah nak sama besor dah anak den. 😅😅😅

Hari ni nak share sesuatu yang mungkin berguna kepada rakan2 blogger atau ibu2 kat luar sana. Masa CJN lahirkan Wafi, takde terjadi cradle cap kat Wafi. Tapi, Masa Ammar umur 2 bulan aritu ada pulak kejadian cradle cap ni.

Apa cradle cap tu?

Cradle cap ialah sejenis kejadian yang berlaku biasanya kepada baby yang baru lahir. Dia akan hilang secara perlahan sehingga setahun. Ianya merupakan sejenis kerak atas kepala baby. Paras rupa macam kelumumur tapi lebih besar dan berkeruping. Lekat kat kulit. Kalau rambut tipis, kita boleh nampak dengan jelas cradle cap atas kepala baby. Dalam bahasa melayu ada yang menyebutnya sebagai kerak atas kepala. Ada jugak yang gelarkan dia sebagai sawan tahi. 

Masa picture ni di ambil, Ammar sedang diserang cradle cap. Dalam gambar ni memang tak nampak sebab rambut dia agak tebal. Tapi, kalau tengok dekat2.... Huh!!!! Geramnya kat keruping2 tu. Rasa nak sikat2 je semuanya.

Mak nasihatkan CJN supaya jangan cuba2 tanggalkan keruping yang masih melekat kat kulit kepala guna sikat atau kuku. Tetapi, kedegilan CJN memang takde taranya. Sebab geram sangat, selalulah keruping tu di tenyeh2 dek ibu yang kurang sabar ni. Hasilnya, keruping tu terus merebak satu kepala.

Bila dah jadi macam tu, CJN rasa stress pulak. Untuk itu, CJN pon tanya2 dengan Dr. Google cara2 nak baikpulih keadaan ni. Kehkehkeh. Baru padan muka CJN. Buat lagi ikut sukati. 😏😏😏 

So, dalam google kata, boleh bersihkan kerak ni gunakan baby oil. Mandikan baby dengan syampu lepas tu letak baby oil. Bila kering, keruping tu keluar sendiri. Masa tu baru boleh sikat sikit2. Jangan sesekali pergi sikat kat tempat keruping yang belum tanggal ye. Luka kulit anak ko nanti.

Antara barang pureen kat umah. Baby oil takde plak.
(Gambar - Google)
So, CJN buat macam yang Dr. Google suruh buat. Malangnya, tak berhasil. Cradle cap Ammar jadi bertambah teruk dengan keruping yang lagi besar dan tebal serta dengan banyaknya membiak satu kepala. 

Geram pulak dibuatnya. Jadi, CJN pergi KKIA dan tanya acaner nak buek nih??

Nurse kata, sebelum mandi dalam setengah jam gitu, letaklah baby oil atau pon minyak masak atas kepala baby. Lepas tu baru mandikan dan syampukan dia. Lepas tu bersih2kan kerak yang tanggal nanti. Tapi, jangan sikat. Nanti jadi makin teruk. Dan dia jugak suruh CJN sapukan calamine lotion kat kulit muka Ammar. Sebab kulit muka Ammar dah ikut tercemar dengan kerak2 kat kepala. Jadi macam mana? Kulit muka Ammar jadi berkeruping keras dan menggelupas. Tak macam kulit baby langsung!!! 😭😭😭

Calamine Lotion from KKIA
So, CJN buat macam nurse tu suruh. Pon, tak menjadi jugak. Kerak kepala Ammar semakin menjadik2 pulak. Semakin berkeping2 dan tanggal2 walaupun tak bersikat. Malahan, Ammar siap rasa tak selesa pulak bila letak calamine lotion yang nurse tu bagi. Kesian dia nangis2 masa letak calamine lotion tu. Mr. A kata semakin ok dah bila jadi gitu. 😓😓😓
Entahlah, CJN pon dah tak tau nak buat caner. Dalam pada tu, redho je la.....

Tetiba satu hari tu CJN dapat ilham. Apa kata guna vaseline?

CJN pon try. Tanpa nasihat sesapa ni. 😆😆😆 . Sukati ko je kan, CJN. Kikiki. CJN buatlah lepas syampu, mandikan Ammar bersih2. Lepas tu, sapukan vaseline. Hasilnya, keruping tu jadi berkurang pulak. Amboi!!! Menjadilah experimen CJN!!!

Tanpa membuang masa terus ajak Mr. A pergi beli vaseline khas untuk Ammar jek sebab vaseline yang ada tu utuk kegunaan ibu letak dalam handbag. Kalau letak kat bag barang2 make up budak2 nanti, maunya vaseline tertinggal dalam bag ni.

Sampai kat farmasi, tetiba CJN ubah fikiran. CJN beli petroleum jelly enriched with olive oil. Macam dalam gambar ni lah yang CJN beli. Sebijik. Harga dia RM12 lebih kurang 
Cara guna, CJN mandikan Ammar macam biasa dengan syampu Pureen. Lepas mandi sapu petroleum oil ni atas kepala. Sapu rata2 ye, ibu2. Pakai dalam 2 hari je. Kepala Ammar terus jadi cantik. Hilang terus kerak2 yang berkuping2 tu. CJN sapu jugak kat kulit muka Ammar yang dah mula nak berkerak kasar2 tu. Alhamdulillah!!! Kulit Ammar sesuai pulak dengan petroleum oil yang ini. Syukur sangat. 

Terus je hilang stress ibu bila tengok kulit yang dah cantik lembut tu.

So, kalau ada sesapa ada masalah yang sama, boleh try petroleum oil ni. Tapi, kena ingat juga, kulit baby kita ni lain2. So, kalau tak menjadi jugak, bertabahlah ibu2. Sabar dan bawak bertenanglah. Pergilah amik kunci kereta dan jumpalah dokter. Mesti ada solutionnya masing2. Insyaallah. 😉😉😉

Sekian coretan panjang berjela CJN pada hari ni.

Wasalam. 💖💖💖









Thursday, January 5, 2017

Masalah Ruam Lampin Pada Bayi


Bayi yang berumur kurang dari sebulan biasanya mengalami ruam lampin pada celah bedah diorang. Begitu jugak Ammar. Tak berkecuali. Cuma kadar ruam dia agak teruk berbanding Wafi. Ruam Ammar kalau korang tengok mesti ngeri. Sebabnya, sampai ada nanah besar dan kecik.
Bila CJN bawak pergi klinik, nurse suggestkan untuk berjumpa dengan dokter. Maklumlah, dokter kan lagi tau ubat apa nak bagi kat kanak2. Ni bukan je kanak2, malahan ini baby. Kulit baby memang sangat sensitif.
Sebelum tu, CJN nak bagitau yang masa kelahiran Wafi, ruam lampin tetap ada. Tapi, CJN gunakan Sudo Cream untuk buat ubat. Pakai beberapa kali je, dah berkesan kat Wafi. Kebetulan pulak Sudo Cream yang CJN dapat tu dari pada Colombia Asia. Maka bendanya free la. Tu pon try and error jugak. Bila tengok seswai CJN teruskan pemakaian cream tu kat Wafi.
Jadi, masa Ammar kena ruam lampin aritu, CJN gunakan cream yang sama. Malangnya, ubat tu tak seswai dengan Ammar. Ruam Ammar semakin teruk berbiji2. Kesiannya, Allah je lah yang tahu. 
Dah jadi macam tu, CJN memandai2 bagi baby oil kat bahagian ruam tadi tu. Yelah, kalau dia takleh pakai cream, maknanya dia seswai pakai minyak la kot. Lagipun, bila pakai baby oil tu, kadar najis dia melekat kat punggung sangat rendah. So, senang cuci. Bila senang cuci, ruam lampin tu takde la bertambah banyak ataupun merebak.
Tapi, beberapa hari kemudian, ruam dia surut sikit jek dari yang sebelum ni. Yang nanah2 tu still ada tak nak pulak dia hilang. Jadi, bila CJN pergi klinik, CJN tanya dengan nurse. Nurse tengok pon ala2 seram gitu. Terus dia suggest untuk jumpa dengan dokter.
Bila CJN bawak Ammar jumpa dokter, dia kata ruam ni perkara biasa. Walaupun ruam Ammar nampak macam teruk, tapi sebenarnya dia akan baik secara semulajadi. Tapi, secara semulajadinya tu lamalah nak baiknya. So, CJN tanya dokter. Tak nak bagi ubat ke kat ruam yang teruk ni? Dokter tu macam hesitate jugak nak bagi. Tapi mungkin dia tengok muka CJN macam beria nakkan ubat, dia pon bagitau CJN yang dia akan bagi ubat.
Hasilnya, CJN dapatlah ubat yang boleh dikatakan seswai dengan Ammar. Ubat tu bernama UPHASTATIN. Gambar CJN bagi sekali untuk rujukan kalian.
Gambar ni je yang ada kat google

Hasil daripada tu, ruam lampin Ammar semakin berkurang dan cantik pulak kulit kat bahagian itewww. Lega CJN nengok kejadian yang semakin pulih tu. Takdelah risau sangat. Ammar pulak jenis yang sakit ke, tak sakit ke, diam aje. Bila di agah2 tetap teruskan senyuman. Hai.... Ammar, Ammar. Ibu ni risaukan awak tau... 😅😅😅
Alhamdulillah. Sekarang kulit punggung dah cantik menawan kalbu. 😁😁😁
Terima kasih dokter sebab bagi ubat yang seswai pada Ammar. 
So, kepada ibu2 yang mengalami nasib yang sama, bolehlah try ubatan2 seperti digambar ye. Tapi, kena tengok kesesuaian kulit anak jugak. Paling senang, jumpa je lah dokter. Agak 2 3 hari tak baik, pergi je jumpa dokter lagikkk. 😂😂😂
Itu je lah nak share untuk kali ni.
Sekian. 💖💖
*P/S : Semua gambar di ambil dari Mr. Google.

SEGMEN BLOGLIST JAN - FEB 2017



Jom ramai2 meriahkan Segmen ni. Syarat2nya sangat mudah.

Silakan klik banner kat atas untuk join yer. 

Good luck dan salam perkenalan!! 😊😊😊