Wednesday, July 1, 2015

Alkisah Kerana Jaundis - Part 2



Sambungan....
Ibu pun pelan2 tengok anak ibu yang kecil kat bawah lampu. Siannye anak ibu. Dengan tubuh badan yang sangat kecil, lahir dengan 2.17kg, dibogelkan di bawah lampu, dalam keadaan yang sangat sejuk... Ibu tak mampu nak tengok. Tetibe anak ibu merengek2. Sebelum baby menangis, ibu terus amik anak ibu dari bawah lampu tu. Ibu cium pelan2. Bagi susu. Banyakkkkk sangat sayang ibu ni minum. Haus yeee.... Siannnnn....
Lepas ibu susukan, ibu try letak anak ibu dalam inkubutor semula. Anak ibu menangis tak mau. Ibu tau baby tak mau sebab duduk bawah lampu tu bukan panas. Tapi sejuk. Lampu sayang ibu tak sama macam orang lain. Jadi, dia sejuk tapi kuat powernye untuk hilangkan kuning anak ibu. Macam mana nak buat ni ye. Ibu selubung anak ibu dengan blanket. Sambil tu ibu terus pura2 susukan baby. Tengah ibu buat macam tu, nurse datang nak cek tekanan darah ibu. Terpaksa ibu letak baby sementara. Dan, yang bestnye tetibe baby tak nangis pulak. Fuhhhh!!! Lega ibu. 
Sempat jugak ibu tanya dekat nurse tu, berapa bacaan kuning anak ibu. Masa masuk tadi petang bacaannya 19. Tapi malam ni ibu tak tau lagi. Nurse tu selak2 buku kat tempat baby. Bacaannya 16 katanya. Ibu angguk2. Turun.... Alhamdulillah.... Lepas tu cek tekanan darah ibu, semakin turun. Lega juga ibu.
Elok je nurse tu gerak ke katil sebelah, anak ibu merengek. Hehehe. Macam tau2 je anak ibu ni. Ibu terus dukung dan susukan baby. Sampai tertido2 ibu susukan dia. Tapi bila letak je dalam inkubutor, tak sampai setengah jam, baby nangis. Aduhai.... Ibu dah susah hati dah ni. Macam mana nak buat ni. Sayang ibu tak nak langsung duduk dalam inkubutor tu. Macam mana nak hilangkan kuning kalau macam ni? Fenin sekejap ibu dibuatnya. Sampai pukul 6 pagi ibu tak tidur. Risaukan anak ibu yang takleh tidur dalam kesejukan. 
Last2 ibu selimutkan baby, ibu peluk baby dan walaaaaaa!!! Kami tertidur sampai pukul 8 pagi!!! Ohsem kan?!!!! Hahaha. Bangun2 je sekumpulan dokter tengah cek pesakit dari katil ke katil. Ibu terus terjaga. Nurse yang semalam tu lalu depan ibu. 
"Puan, minta tolong letak baby bawah lampu ye... Kita nak suruh baby cepat sembuh, kan?" katanya. Ibu angguk2 je. Lepas tu ibu pergi toilet dan tinggalkan baby sekejap sebab nenek datang bawak breakfast.
Rupe2nye anak ibu ni menangis masa ibu keluar jumpa nenek. Alahai... Sian anak ibu. Oh, lupa pulak. Sebelum tidur pukul 6 tu, baby diambil oleh nurse kat situ untuk amik darah lagi. Ibu dah pasrah je lah. Sebab tu ibu tidur peluk baby kuat2 supaya baby boleh tidur lena dan hasilnya pukul 8 kami masih tidur.
Ok, citer pasal sekumpulan dokter tu semula. Diorang berkumpul dekat katil baby beramai2 menyebabkan ibu heran sekejap. Ibu risau anak ibu ada sakit lain pulak. Dengar diorang dok sembang, katanya anak ibu ni bacaan semakin turun. Sekarang dah jadi 13 katanya sehingga pukul 6 pagi tadi. Nampak seorang lelaki India, ibu rasa tu dokter pakar kot sebab ibu terdengar dia cakap dalam bahasa omputih yang ibu dah boleh keluar hari tu. Yang penting dia kata, "13 is okey. She can go." Macam tu la lebih kurang ibu dengar. Tapi ibu blur2 masa tu sebab masih mengantuk yang amat2. Dah lepas dokter tu cakap macam tu, diorang terus blah.
Datang plak nurse yang semalam yang bagitau ibu boleh tidur dengan baby. Dia dengan tenangnya mengemas peralatan untuk cek ibu dengan baby. Sambil tersenyum dia bagitau, "Kak, baby dah boleh keluar hari ni...." Ibu pandang dia. Macam tak percaya.
"Apa dia??"
"Baby dah keluar hari ni..." katanya sambil senyum kat ibu.
"Ye ke...? Alhamdulillah...." Rasa nak lompat2 je dari satu katil ke katil yang lain. Ya Allah, lega nye rasa dalam hati ni. Nurse cek tekanan darah, serta merta tekanan darah jadi normal. Hahaha.
"Haaaa... Tengok ni," kata nurse. "Ibu kena sentiasa ceria supaya tekanan darah tak naik. Sakit kuning ni biasa kak untuk baby." Ibu senyum je.
"Haaa.... Ni dia baby comel ni..." katanya lagi.
"Minum susu ibu banyak2 tau sayang. Jangan masuk wad lagi. Sebab kuning baby ni boleh naik turun sesuka hati. Ibu jaga pemakanan. Susukan dia banyak2." Nasihatnya sambil mencuit baby.
"Amboi.... Tengok dia tidur. Lenanya bukan main lagi. Budak inilah badan kecik je. Suara kuat ni..." katanya sambil sentuh pipi baby.
Ibu senyum je lagi. Bila nurse tu nak gerak je baru teringat nak tanya.
"Nurse, saya boleh keluar pukul berapa ye?"
"Oooo... Pukul 2 petang lebih kurang. Nanti siap2kan untuk bil apa semua. Lebih kurang time tu lah...." Ibu angguk2 je. Dah seronok sangat nak balik. 
Bila difikir2 balik. Takpelah masuk hospital untuk kali ni. Pengalaman pertama masuk hospital dengan baby. Harap2 janganlah masuk lagi. Tobat nasuhaaaa. Huhuhuhu. Nasib baik dapat nurse sporting. Dan yang penting, bila anak ibu kena kuning ni, ibu banyak minum susu kambing. Sebab tu ibu rasa kuning boleh turun.
Walaupun dah seronok keluar dari hospital, anak ibu tetap jugak kena cek dengan klinik Senggarang untuk pemeriksaan kuning selanjutnya. 
Setiap hari ibu terpacak kat klinik untuk merelakan darah baby diambil. Sampailah satu tahap, Mak Uda bawak balik lampu macam kat sepital tu untuk turunkan kuning. Macam2 jugak ibu try untuk turunkan kuning. Mandikan air dari kedai sensei lah, tidur bawah lampu lah, minum susu kambing lah, minum air zam2 lah, makan kurmalah. Jadi ibu tak tau mana yang paling berkesan. Yang ibu tau, hari ke 3 pemeriksaan lanjut, dokter ada kata. Kalau kuning baby tak turun sampai bawah dari 8, ibu kena masuk sepital semula. Aduyai... Akhirnya, bacaan baby jadi 7.8 dan dia bebas dari cucuk2 darah.
Legaaaaaaaa!!!!!!!
Tapi walaupun bebas dari kena amik darah, baby tetap kena cucuk untuk injection pulak. Hohohoho. Semoga baby terus sihat ye, sayang. Ibu saaaaaaayyyyaaaanggggg sangatt kat dia.
Love you sayang. More and more and more and more.