Tuesday, June 30, 2015

Alkisah Kerana Jaundis - Part 1



Hadoi.... Bersawang dah blog ibu. Punyalah takde masa nak hupdate citer baru. Huhuhuhu. Poyo sungguh bunyiknye, kan? Kofkofkof.
Lepas bersalin aritu, ibu dah boleh balik petang tu. Tapi atas nasihat kawan2 ayah baby, ibu disuruh stay kat sepital tu satu malam lagi. Yelah, diorang risau ibu naik turun tangga apartment tu nanti. Takut bentan katanya. So ibu pon dengan rela hatinya duduk la satu malam lagi. Yelah, sepital swasta kan tu. Makan minum dihantar. Baby dijaga. Tapi satu je tak suka. Babyku sayang sampai melecet punggung dikerjakan dek nurse kat situ. Stress betul. Mujur tak tahu dari awal2 lagi. Dah balik rumah baru tau kenapa baby kuat nangis bila dia membuang. Heeeee!!! Geram tau!! Kalau tau, ibu ngadu dengan dokter tu.
Sambung balik citer. So, anak ibu pon dibawak balik ke kampung. Yeyyyy!!! Seronoknye.... Malamnye tu baru ibu tau kenapa anak ibu suka nangis. Sebab melecet tu la yang menyebabkan dia suka nangis. Nasib baik pihak sepital bagi Nappy Rash. So ibu sapu pelan2 kat punggung baby yang merah melecet tu. Dan, sekali lagi. Nasib baik, krim nappy rash yang sepital bagi tu sangat berkesan pada baby. Jadi, sapu beberapa kali dah baik. Disebabkan anak ibu ni suka berak malam. Jadi, setiap 2 jam ibu tersedar yang anak ibu poo poo. Bila poo poo je dia nangis. Suaranye dah la nyaring yang amat. Jadi, sebelum dia terus nyaring, ibu kena cepat2 cucikan poo poo dia. Lepas tu cepat2 sapukan Nappy Rash kat dia. Cepatla dia diam. Jadi,setiap kali ibu mandikan, cucikan poo poo dia, ibu terus sapu Nappy Rash tu. Dalam 2 hari dah baik dah melecet tu. Syukur Alhamdulillah....
Jadi, nak dikisahkan, ari ke3 kat kampung, ibu bawak sayang ibu pergi berurut. Bidan tu kata macam ada harapan nak kena kuning, Ibu dah risau dah ni. So, mak bidan tu bagi ibu kurma. So, ibu buatlah air perahan kurma. Tetibe atok kata, kurma ni panas untuk baby. Alamak!!! Ibu terus stopkan makan air kurma sebab kesian kat baby asek berak2 je. Nangis je tak selesa.
Genap hari ke5 baby lahir, ibu bawak baby pergi hospital. Untuk pemeriksaan la kononnya. Sekali tu pegi cek, anak ibu kena kuning daaaa..... Ibu terus stress. Darah ibu terus naik serta merta. Waaaaa!!! Rasa nak nangis lagi bila dokter kata kena pegi sepital Batu Pahat. Waaaawaaaawaaaa... Ibu dah nangis dalam hati sebab dah tau dah, baby mesti kena cucuk punyer ni. Ari tu jugak atok hantar baby ngan ibu ke sepital. Masa tu semua orang dah rasa resah gelisah. Yelah, takut baby kena tahan kat sepital. Huhuhuhu. Memang kena admit pun. Abes tu, nak wat caner...??? Ibu nangis dalam hati tak sudah.
Baby kena daftar macam biasa. Dan admit hari tu jugak. Ibu sempat tanya dengan staff kat situ. Pakai baju Kementerian Kesihatan. "Kalau anak saya admit ni, saya boleh ke duduk hospital sekali? Sebab, baby memang susu badan..." Dia kata,"Eh, jangan risau. Kita memang galakkan ibu2 duduk sekali dengan anak2 supaya kuning baby cepat sembuh..." Legalah sikit ibu dengar jawapan staff tu. So, ibu pun naik naik wad yang sepatutnya. Kat situ, ada dokter2 lain yang cek baby pulak. Ada sorang dokter tu, ibu rasa dokter pelatih. Tapi cakap dengan ibu sopan je.
"Oooo.... Anak darah O ye. Ibu pon darah O ye. Ok, biasanye memang darah O ni kemungkinan untuk dapat jaundis sangat tinggi." katanya. Lembut je. Lepas tu, ibu dinasihatkan jangan bagi susu kat baby sebab ibu makan jamu katanya (ibu tak rasa ni puncanya atas sebab2 yang tertentu) selama 3 jam. Kesiannye baby. Ibu dah nak nangis dah masa tu.
So, jam 3 petang ibu admit. Dalam pukul 4 petang setel semua perkara. Ibu takde selera makan. Nasi yang hospital hidang langsung ibu tak sentuh. Mak Uda yang balik untuk jaga ibu pantang sibuk masak untuk ibu. Pukul 6 petang mak uda hantar makanan dengan atok. Thank you, Mak Uda. Thank you, Atok. Huhuhu. Baru bole telan sikit makanan yang Mak Uda bagi. Dalam pada tu, Atok bagi ibu susu kambing. Suruh ibu minum sebelum pukul 12 malam sebab tu time susu tu expired. Jadi ibu try minum dengan bersungguh2 sebab nak anak ibu cepat2 sembuh. Ibu kira2 dalam pukul 7 ibu kena pergi susukan baby. So, dalam pukul 7 tepat ibu jengah baby. Tadi sebelum pukul 7, ibu tak pasti pukul bearapa, ibu dapat dengar baby nangis dalam wad tu. Ibu pun nangis jugak kat katil ibu sebab ibu takleh susukan. Kalau baby nangis, ibu boleh buat apa? Ibu nangis sampai tertido2 sambil cium baju baby. Sadiskan? 
So, pukul 7 ibu turun dari katil ibu pergi kat wad baby. Ibu tengok anak ibu tidur. Sedih sangat ibu tengok anak ibu duduk bawah lampu tu. Siannye.... Menitik2 airmata ibu masa tu tengok baby. Dahla, orangnye kecik lagi. Pelan2, ibu pergi kat baby. Aduhaiii.... Menitik2 lagi airmata ibu bile ibu nak dukung tu, ibu rasa basah pada napkin yang buat balut badan baby. Bukannya susu, tapi itu airmata baby masa baby nangis. Ibu kesian sangat. Ibu bawak baby pergi bilik menyusu cepat2. Sambil tu ibu nangis lagi. Ibu takleh tahan tengok anak ibu macam tu. Ibu nangis lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi.
Tapi, sampai pukul 8 baby taknak menyusu. Baby tidur nyenyak sangat. Ibu cium baby banyak kali supaya anak ibu bangun. Tapi, tak mau bangun jugak. Akhirnye ibu mengalah. Lepas cium dia banyak2 kali, ibu letak baby semula kat bawah lampu. Bogel. Bahagian kemaluan je kena tutup dengan cover plastik. Ibu bagitau kat dokter yang anak ibu tak bangun untuk menyusu. Dokter kata, takpe. Maybe baby kenyang. Ibu pun duduk kat baby sekali lagi. Ibu tenung baby lama2. Tak tahulah pukul berapa baby boleh tidur sebelah ibu ni. Lama ibu berdiri kat wad baby sambik tarik nafas panjang2. Perlahan2 ibu bergerak ke katil ibu. Takpelah, takde rezeki nak susukan baby. Tiba2 datang sorang nurse. Ibu perasan nurse ni tadi duduk kat kaunter daftar wad baby. Dia senyum2 kat ibu. 
"Puan, anak puan dah boleh tidur dengan puan ye, malam ni...." Ibu senyum serta merta.
"Dalam pukul berapa ye, nurse?"
"Pukul 10 malam ni ye...."
"Okey. Terima kasih, nurse..." Nurse tu senyum je. 
"Kita, nak cek mak baby ni. Sebab tadi, mak baby disahkan ada darah tinggi ni..." Ibu senyum je. Dah lega bile dengar anak ibu boleh tidur dengan ibu. Nurse cek tekanan darah turun sikit. Okeylah tu, dari tak turun.
"Malam nanti kita cek lagi ye...." Katanya. Ibu okeykan je. Hati dah berbunga2.
Sementara tunggu baby, ibu minum air susu kambing bekalan atok tadi. Terima berita gumbira tu terus rasa lapo pulak perut ni. Ibu cari nasi tadi. Lapo sangat rasa. Lepas makan nasi, ibu makan pulak roti. Punyelah suka dengo baby nak tido dengan ibu malam ni. Minum air ausu kambing lagi. Susu HL lagi. Air mineral lagi. Dah kenyang baru ibu cucikan tupperware nye. 
Genap pukul 10, ibu tunggu baby datang. Sampai pukul 11 malam tak jugak sampai. Susu ibu dah bengkak2 dah. Nak kena susukan baby dh ni. Tapi baby tak sampai2 jugak. Tadi macam dengar baby nangis. Tapi bila ibu pergi rupe2 nye kena amik darah kat bilik sebelah. Rasa ngilu je hati ni dengar anak ibu nangis. Tapi ibu try buat macam xde apa2 jadi. Ibu pun patah balik ke katil ibu.
Sampai pukul 12 tengahmalam anak ibu tak dihantar lagi. Ibu jengah wad baby. Ada sorang nurse tengah siap2kan semua baby dalam wad tu. Ibu pun tanya dengan dia. 
"Nurse, anak saya sepatutnya tidur dengan saya malam ni. Dari pukul 10 td saya tunggu, tak sampai2 pun.... " Nurse tu dengan muka kerek tahap jingga pandang ibu.
"Saya takde diberitahu pun?" katanya. Ibu keluar dari bilik. Ibu nampak dia tengah bersihkan anak ibu. 
"Nurse, anak saya ni kata pukul 10 malam tadi dah boleh tidur dengan saya. Tapi sampai sekarang takde pun lagi?" Ibu tanya pulak kat kaunter depan. Kali ni nurse lain pulak jaga. Maybe ni semua nurse2 shift malam kot. 
"Oh, ada ke? Semua baby kena tukar lampin. Nanti dah siap diorang bagilah tu...." jawab nurse tu sambil ngantuk2. Ibu pergi balik wad baby.
"Sebenarnya, bila saya boleh tidur dengan baby saya, ye? Susu dah bengkak dah ni...." ibu tanya semula dekat nurse yang bersihkan baby tadi. Dah habis lembut dah nada pertanyaan tu. Sekali lagi nurse tu pandang ibu.
"Nanti dah siap, kitorang bagilah. Banyak lagi keje lain nak kena buat....." dengan nada kerek yang jelas dia jawab soalan ibu. Tersentap ibu dengar jawapan dia. Padahal tinggal ibu sorang je yang belum dapat baby lagi. Orang lain yang masuk lambat semua dah tidur dengan baby masing2. Patah hati betul ibu dengar jawapan dia. 
Nurse, tugas anda sangat mulia. Kalau tak ikhlas bekerja sebagai nurse, takyahlah keje sbg nurse. Jadi nurse memang kena banyak bersabar sebab anda kerja dengan manusia. Kalau patient tanya elok2 jawab la dengan elok. Kalau patient tanya dengan nada tinggi, seswaikan nada anda dengan situasi. Kita ni, anak sakit, hati bimbang. Dapat jawapan macam tu daripada nurse bertugas memang satu perkara yang amat mengecewakan. Penah dengar tak orang kata, kena masuk hospital, yang sihat pun jadi sakit. Yang sakit tambah sakit. Betul. Saya tak sakit masa masuk hospital. Tapi, saya lebih sakit dari apa yang nurse tengok. 
Slow2 ibu pergi ke katil ibu. Memang ibu dah nak marah. Rasa membuak2 je dalam dada. Ibu sabarkan je dulu. Takpelah, nanti diorang hantar la tu. Pujuk ibu kat diri sendiri. Entah macam mana, ibu terlena sendiri. Dalam pukul 2 pagi, nurse yang kerek tadi bawa anak ibu masuk bilik ibu2 yang menunggu baby. Dengan nada yang masih sombong dia suruh ibu susukan baby. Ibu tak pandang muka dia. Ibu terus ambil baby. Cium dan susukan. Allahuakbar... Ibu suka sangat tengok anak ibu menyusu. Tengah2 ibu susukan baby, sorang nurse ke dokter ke, ibu tak pasti. Datang nak minta amik darah baby pulak. Ibu dengan berat hati bagi kat dia. Dan2 ibu dengar baby nangis. Huhuhuhu. Baru je sekejap duduk dengan ibu. Dah kena amik darah. Nangis lagi ibu dalam hati. Sejam ke 30 minit macam tu baby diberi semula kat ibu. Tidur lena. Ibu dengan sedihnya cek kaki dan tangan anak ibu. Nak tengok kat mana pulak dia cucuk. Siannye la anak ibu. Ibu cium dia perlahan2. Ibu nampak bekas luka kat tapak tangan anak ibu. Ibu telek2 kejap. Aduhai, ini luka kena kuku dia. Mungkin dia genggan tangan terlampau kuat menahan sakit amik darah tadi. Ibu nangis lagi. Siannye anak ibu. 
Semoga cepat sembuh tau sayang. Ibu kesian dengan anak ibu. Kena cucuk sana sini.
Nanti ibu sambung lagi ye. Dah mengantuk pulak.
Love you more,

Friday, June 12, 2015

Ceritera Bersalin di Minggu Ke 39 - Part 2



So, ibu sambung jek la citer ibu.
Tak sampai 5 minit ibu dah sampai Colombia Asia. Almaklumla, umah dekat je. Parking pon senang dapat. So, kitorang terus parking and terus la pegi cek in.
Sampai kat kaunter, diorang suh amik nombor. Daku dah kepelikan sebab nurse ari tu ada kata suh pergi kat kaunter dan diorang akan terus masukkan dalam wad. Ni kena amik nombor pulak. Ok lah. Mula2 amik la nombor tu. Tapinye, diorang boleh buat dek je walaupun ramai patient yang menunggu. Pelik nau Colombia Asia nih. Teruk nau sistem kaunter diorang!!! Dua tiga kali tanya ngan budak kat kaunter tu. Dia suruh tunggu jugak. Tunggulah kitorang ni dengan sopan santun lagi. Masih leh sabar walaupun perut ni dah bergelodak macam nak terkeluar segala isi perut. Dekat setengah jam tunggu, incik asben punya darah sudah naik kepala juga.... Dia dah start nak mengamuk kat depan kaunter. Yang daku ni suruh sabo lagi. Sebab masih boleh tahan lagi. Tetiba ada satu nurse datang bawak wheelchair. Dia tengah cari patient jugak tu. Dan dengan izinNya dia terpandang ke kitorang.
"Eh, puan buat apa kat sini?" Aku kerutkan dahi.
"Tengah tunggu nombor la...."
"Bukan.... Maksud saya puan dah berapa minggu? Sudah masanyakah?"
"Saya dah 39 minggu. Tapi tak taulah dah masanye ke belum..."
"Ohhhh....   Teda siapa yang entertainkah?" Aku geleng kepala.
"Dah setengah jam dah tunggu. Asek suruh ambik nombor je dari tadi. Ni dah tiga kali ambik nombor. Tak bergerak pon nombor dari tadi." Ayah baby dah start dah nak membebel. Ibu senyum je.
"Oh, ya ka. Nda apa2. Puan tunggu di sini saya akan ambl satu lgi wheelchair. Encik boleh daftar terus di kaunter. Marah sikit pon nda apa2...." katanya sambi tersenyum jugak. Aku kira nurse ni orang Sabah dari gaya percakapannya tu. Lepas tu, dia pegi bawak patient lain masuk dalam wad.
Tak sampai 10 minit, dia datang bawak wheelchair macam yang dia janjikan tadi.
"Mari puan. Saya bawa puan ke labour room. Encik boleh teman isteri sampai labour room ya. Nanti selepas tahu bilik yang mana, encik boleh check in ya...?" Kitorang angguk. Nurse tu pun dengan secepat kilat bawak ibu ke labour room kat tingkat atas. Sampai kat labour room, diorang suh ibu tukar baju. So, ibu pon tukar baju. Ayah baby turun semula setelkan ibu punye check in untuk hari tu.
Datang sorang lagi kakak nurse. Dia senyum dekat ibu sambil ajak ibu bersembang.
"Sekejap ye, puan. Saya nak cek bukaan. Puan tarik nafas ye...." katanya. Ibu pun tarik nafas sambil dia menyeluk ibu.
"Eh, dah 5cm dah ni..." katanya. Dia terus pakaikan tali pinggang ke badan ibu. Satu untuk tengok contraction, satu lagi degupan jantung baby. Jadi, bilik tu penuh dengan bunyi jantung baby. Comel sangat.... Hehehe.
"Rasanya boleh bersalin dah malam ni." katanya lagi.
"Agak2 pukul berapa ek, nurse?"
"Pukul 10 ke 11 macam tu, insyaallah puan bersalin. Satu cm bukaan sama dengan satu jam." Ibu angguk2 je dengar dia cakap.
"Oooo.... Ok..."
"Dari pukul berapa rasa sakitnya, puan?" tanya nurse tu.
"Pagi tadi, pukul 10 pagi."
"Oooo.... Kenapa tak terus ke sini?" 
"Ingatkan sakit biasa je...." Kata ibu sambil tersengih sengih kat nurse tu.
"Kalau sakitnya sekata tu, puan dah boleh datang sini terus. Surat admission tu terus bagi dekat kaunter. Senang tak nak check in tadi?"
"Tapi tadi, budak tu suruh amik nombor je....?"
"Oooo... Yeke.... Takpela... Ni suami puan dah setelkan kat bawah. Puan ada bawak apa2 tak untuk makan?"
"Ada, bawak kurma dengan air zamzam."
"Haaaa.... Bagus tu... Banyakkan baca selawat. Insyaallah takde apa2. Doa banyak2 semoga dipermudahkan.." Kata nurse tu. Ibu cuma angguk2 kepala je la.
Pukul 6.30 petang ibu siap check in dan duduk sepital. Ayah dengan ibu berbual kejap sambil ibu sakit perut selang 5 minit. Pukul 8.30, ayah baby nak keluar makan. Ibu tak bagi sebab takut ibu terberanak. Kihkihkih. Jadi ayah baby tunggu dengan penuh kesabaran dalam bilik tu. Sambil2 tunggu tu, dia call nenek2 baby dan atok baby.
Lebih kurang pukul 10.00 malam Doktor Raja Juhaida (dokter yang merawat ibu selama ari ni) datang selepas nurse kat situ call dia. Dia datang kat ibu sambil bersembang sembang. Ekceli, esok 11.3.2015 tu patut ibu datang sepital untuk cek minggu ke-39. Tapi tercepat dek kerana baby nak keluar hari ni jugakkkk. Macam nurse yang 1st tadi, dia datang dan seluk ibu untuk tengok jalan. Katanya dah 8cm. Terus dia pecahkan ketuban guna satu benda yang ibu pon tak pasti caner nak describe. Tengok tu macam dibuat dari plastik je. Aduyaiiii.... Berdebor sungguh rasanya nak lahirkan baby. 
Tunggu punya tunggu ibu belum rasa nak terberanak lagi. Pukul 10.30 malam dokter masukkan air dalam badan ibu. Sakit nak bersalin terus datang serta merta. Ibu terus tekan bell kat tepi katil untuk panggil nurse dan dokter.
Push punya push. Baby tak mau keluar. Lama jugak ibu push. Baby tetap tak mau keluar. Sampai nurse tu bagi gas supaya ibu tidur sekejap. Tetibe je, ibu rasa nak meneran. Ibu terus meneran. Tapi baby tetap tak nak keluar. Tetibe diorang bukak katil tu. Rupe2nye katil tu leh split jadi dua. Terus sediakan barang2 persediaan untuk bersalin. 
Sempat pulak ibu tanya, "Nak buat apa ni ye?"
"Buat persediaan, puan. Puan dah nak bersalin dah ni...."
Ibu nak tergelak pun hado. Nak termalu pon hado. Tapi lantakla. Soklan tu tetibe terlintas je dalam kepala otak ibu masa tu. Hahahaha.
Dokter datang serta merta. Nurse pun bagitau kat dokter yang ibu teran tapi takleh keluar jugak babynye. Last2, dokter kata nak guna vakum. Ibu angguk je sebab dah tak larat dah nak teran. Dahla takde tenaga. Makan McD je tadi dengan kurma 3 bijik. Caner nak meneran pun ibu dah tak tau dah. 
"Ok, mummy. you teran and dokter akan tolong you. Jangan bimbang, okey." Kata Dokter tu. Ibu angguk jek. Berpeluh2 memang tak terkira dah banyaknya. Rasa macam boleh banjir Colombia Asia tu. Huhuhuhu.
"Okey, push!!!!" kata Dokter. Ibu push, dokter pon dengan kepakaran yang ada tarik baby keluar dan akhirnya keluarlah manusia kecik dari perut ibu nih!!! Alhamdulillah.
"Okey, mummy. Ini baby you. Letak atas dada, okey." Ibu amik baby dari dokter lepas nurse kat situ hulurkan baby.
"Okey, baby lahir tepat pukul 11.10 malam ye." Ibu senyum masa dokter cakap macam tu. Itu tarikh ibu lahir ke dunia. Ibu sambut baby sambil cium sayang ibu. 
Ibu tengok baby betul2. Putih, kurus, kecik, comel, bibir merah, rambut tebal. Aduhaiii.... Comel sangat anak ibu. 
"Assalamualaikum....." Ibu bisik perlahan je kat telinga baby. Baby mula2 diam. Bila dokter start jahit ibu, baru baby nangis. Kuat suaranya. Tak padan dengan badan comel dia!!! 
"Dokter jahit ni, ada rasa sakit tak?" Tanya dokter sambil ibu pujuk baby supaya tak menangis.
"Tak...." Kata ibu dengan relaxnye. Rupe2nye, sebelum dokter jahit tu, salah sorang nurse dah g injek ubat kat peha ibu. Ibu perasan dia injek, tapi tak tau apa fungsinya injection tu. Dokter tanya tadi baru tau. Banyaklah benda yang dokter tu buat. Tarik tali pusat la, jahit la, keluarkan uri la. Semua berjalan dengan pantas.
Lepas jahit, dokter pass baby kat ayah untuk diazankan. Selesai semua, baby dimandikan. Ibu dibenarkan relax sebab ibu ada darah tinggi. Jadi diorang suggest ibu untuk berehat dulu sebelum susukan baby. Takut pengsan. Ibu hampir2 tumpah darah sebab banyak sangat darah keluar. Tapi, syukur pada Allah Yang Kuasa. Ibu sihat, takde apa2. 
Terima kasih pada dokter dan nurse yang sambut baby. 
Alhamdulillah.... Kelahiran anak ibu membawa seribu satu rahmat dan rezeki yang tak ternilai dengan kata2. 
Thank you Allah for blessing me, much more than I deserve.
Love you more, more and more.