Saturday, August 12, 2017

Review The Purge : Election Year



Malam ni tertarik nak tengok citer The Purge ni. Sape penah tengok kat wayang mungkin tahu la kot citer The Purge ni. 

CJN kebetulan pulak anakanda2 tak buat hal dan baik2 aje malam ni. So, CJN dengan jayanya menekun tengok citer ni. CJN kategorikan sebagai 18PL la kot. Ganas dan ada kisah politik. 

Mengisahkan seorang Senator berjiwa rakyat. Dia menjadi saksi pembunuhan tragis keluarga dia masa kecik. Sebab tu dia cuba bertanding untuk jadi Presiden. Untuk hapuskan amalan purge ni. Setiap tahun sebelum election, akan ada satu malam yang mana semua orang di Amerika boleh membunuh tak kira apa sebabnya. Takkan ada anggota keselamatan akan bertugas waktu malam tu. Diorang gelarkan malam tu The Purge. Semua orang akan duduk kat rumah masa ni dalam masa 12 jam. 

So, sebagai Senator yang baik, beliau dikehendaki duduk kat dalam rumah diam2. Tapi, dengan tak disangka2, pesaing beliau ni nak dia mati. Maka, terjadilah episod dia melarikan diri dengan guard dia yang sangat setia. Orang lain, abes dah khianati dia. Tinggal sorang je mamat ni yang bertugas untuk jadi ala2 macam body guard dia jugak la. Leo kalau tak salah nama dia. Start dari situ diorang jadi pelarian. Melarikan diri dari pesaing yang nak membunuh Senator, penjarah yang memang nak bunuh orang. Best of all, nak survive satu malam ni untuk teruskan hidup esok. 

Kalau ikut CJN boleh bagi 4 bintang dari 5. 

Pengakhiran citer tu memang kita dah jangka yang Senator dan Leo ni akan berjaya harungi malam purge ni. Dan seterusnya, beliau berjaya menjadi Presiden. Macam biasalah.

CJN tengok citer ni dan sempat berfikir dalam kepala otak ni.

Ya Allah, jauhkan negara aku jadi macam ni. Dahlah ramai penjenayah. Dapat pulak satu malam free untuk membunuh. Polis tak bekerja. Hospital tak amik orang. Bomba cuti. Kiranya, pegawai keselamatan negara takde. Tak wujud malam tu. Perompak berluasa merompak dan bunuh. Perogol merogol dan bunuh. Penyamun menyamun dan bunuh. Pencuri mencuri dan membunuh. Penyangak menyangak dan bunuh. Ko rasa??!! Memang menakutkan dan minta dijauhkan. 

Na'uzubilahi min zalik.... Allahu Akbar. 

Sape tengok citer ni dan berfikir benda yang sama macam CJN, kita genggg!!!! 😖😖😖

Pada pendapat CJN, sape yang amalkan tradisi ni, yang bagi idea untuk purge ni, layak dibunuh. Orang yang cadangkan purge ni lah yang wajib di bunuh dulu sebelum orang lain terbunuh dan membunuh. Ada ke cadangan yang bukan2 dibuatnya....

Cubalah buat satu hari selama 12 jam tu, amalan bersedekah kepada fakir miskin ke, mengaji al Quran beramai2 ke, semua organisasi besar yang untung billion2 tu bagi makan free kat staff ke, penduduk tempatan ke. Tu TM tu cuba bagi free kol pada semua pelanggan ke, free wifi ke. Ada lah jugak pekdah. Ini membunuh pulak. Suka2 hati je nak amik nyawa anak orang. Dia tak tahu ke yang mak bapak bela anak2 diorang bukan untuk dibunuh. Herrmmmm....

Ok, itu jelah yang CJN nak luahkan perasaan. CJN doakan kesejahteraan negara kita berkekalan jangan sampai jadi macam tu. InsyaAllah. Aamiinnn. Semoga jumpa lagi. 

Tataaaaa. 💖💖💖

Love,

Friday, August 11, 2017

Semakin Besar Semakin Banyak Ragam


Saje je malam ni nak citer pasal anakanda berdua yang dah start pandai macam2... Sebenarnya, tak de apa sangat yang menarik. Tapi as a mum, perkembangan dorang sentiasa menarik. Sentiasa nak CJN rakamkan sebagai momen indah dalam hidup. Yelah, dorang membesar cuma sekali ni je. Setiap momen yang berlaku tu pon berlaku once in a lifetime. Esok2 bila dah besar, dah takde dah momen2 indah macam ni. Masa tu of kos lah momen indah yang lain pulak. Kan?

Picer dia atas diamabil masa umur Wafi 2 tahun 4 bulan. Ammar pulak 9 bulan. Tengoklah gambar acah2 sweet dorang ni kan... Ingat senang nak amik gambar jadik cenggini... Ibu sungguh berusaha hokeyyyy....😂😂😂
Amirul Wafi
Haaa.... Nampak tak. Dia dah pandai berjalan. Dah pandai memberontak. Dah pandai bermain. Picer ni di ambil kat BP Mall. Sebenarnya saje bagi main kat tempat macam ni supaya dia lupa sekejap dengan henpon. Sebagai mak2 yang sangat prihatin terhadap anak, bermain henpon sangat2 membuatkan mak2 jadi jem. Pening tengokkan. Walaupon dia belom kira addict tahap gaban, tapi, bila tengok dia main henpon yang beria2 tu menjadikan mak2 ni risau. Huhuhuhuhu. Pening kepala memikiokan.

Waktu ni, Wafi kira dah pandai jugak lah main kat taman permainan.
Dia jugak, dah pandai sebut 1,2, 3. Kira masa ni dia dah kenal nombor. Huruf belum lagi. Part paling best iaiah, dia dah pandai humming lagu or zikir kat tv. 
Cute je rasa....😍😍😍

Pastu, dia dah kenal warna. Sebenarnya banyak lagi kena ajar dia. Tapi, slow2 ye ibu. Adehhhh!!!!
Cjn tengok ada anak member tu dah pandai baca alif ba ta. 😅😅😅
Wafi lom pandai lagi. Padahal sebaya tu. Rasa macam ketinggalan pulak kat situ. Tapi, CJN selalu pesan kat dalam hati yang bebudak ni lain2 perkembangannya. Bertabah ye CJN....
Wafi sekarang ni dah pandai buli adik dia. Kadang tak pasal adik kena tepuk. Kena pukul. Aishhh!!! Wafi, Wafi. Sabor je la ibu... Kadang ibu mengamuk juga dekat Wafi. Tapi, lepas tu ibu selalu minta maaf sebab kadang rasa garang beno dengan Wafi.

Ammar Amnan & Ibu
Yang ini manja ibu ni.... Baru 9 bulan dah pandai nak berdiri sendiri. Selalu sangat dah dia tergolek bila lepas tangan dari kerusi meja. Ammar ni pulak berani sangat. Kalau dia main sorang2 tu memang kena tengok2kan selalu. Dia dah pandai main sorang2 tapi, kadang tu bila dia pandai2 berdiri sendiri tanpa pengawasan, tu yang jadi tergolek tu. Dia suka lepas tangan. Rasanya, sebab dia konpiden dia dah boleh berdiri. Ammar, Ammar. Comel sangat sayang ibu yang ini ni.....😍😍😍

Time gini dah pandai berebut sudu dengan ibu masa makan. Dah pandai melawan bila kita marah dia. Dah pandai mengamuk bila ibu hilang dari pandangan. Dah pandai makan macam orang dewasa. Suka makan, kuat nyusu. Tapi, still tak nak susu botol lagi. Suka usik abang masa tidur. Suka sakat abang dia. 

Perangai dia pulak more independent dari abangnya. Rasa macam lebih dewasa dan cepat matang sikit dari abang. Alahai, Ammar. Janganlah cepat membesar. Ibu belum puas gomol2 awak, tawwwwww!!!!!

Ekceli, awak berdua kesayangan ibu ni. Janganlah cepat sangat membesar. Ibu belum puas gomol awak berdua. Masih rindu bila awak berdua tidor. Sunyi bila awak berdua tidur. Geram bila awak berdua mengamuk. Terngiang2 suara awak berdua ketawa, senyuman yang manis untuk ibu. Gelagat awak berdua lepas mandi. Main kejar2 dengan awak. Kepandaian masing2 yang sentiasa mencuit hati ibu. Perangai awak berdua yang kadang buat ibu pening bila berebut nak menyusu. Aduhai, anak..... Betapalah ibu sayangkan awak berdua.💖💖💖💖💖

Ibu nak simpan rapat2 momen indah ibu dengan awak berdua. Sebab, cepat sangat membesar. Apa yang jadi hari ni, takkan berulang lagi esok. Yang paling penting sekali. Ibu sayang sangat dekat awak berdua. 💜💜💜💜💜

Love,

Saturday, August 5, 2017

SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST

Klik banner to join
Taraaaaa!!!! CJN gigh ni scroll blog untuk join GA. Hehehehe.
Sape lom join??? Angkat laptop cepat!!
Kita join ramai2!!! Yeyyyy!!
Syarat2 dia pon senang je. Tak yah kena pegi kedai beli barang tau. Hihihihi.
Jom join uolsss!!!
💖💖💖

PLANNER GIVEAWAY BY EECA SHYAA

Klik banner untuk join
Jom kengkawan sekalian!!! Kita join GA ni reramai. Syarat2 dia pon mudah je. Tarikh tutup pun lambat lagi nih.
So, jom join!!!
💖💖💖

Friday, August 4, 2017

Instant Shawl Giveaway by Mamapipie

Klik The ballon to join 😊

Ini juga GA yang tersangat mudah untuk dijoin. So, setakat ni dulu CJN join yerk.

Nanti sape2 buat aktiviti tu CJN try join yerk. Kalau syarat2nya mudah je, boleh la join. Kalau tak berapa busy, CJN bole je join yang banyak2 syarat dan yang kena like banyak blog tu yerk.

Semoga CJN istiqomah untuk berblog kali ni.

😁😁😁

Orite all. Itu saje. Much love. 💖💖💖

mini stationery giveaway by mirzasyazwina

Klik banner to join
Hai semua.... Dah lama sangat CJN ni menyepi dari dunia blogging. Ya Allah!!! Bz sangat!! So, untuk start enjin ni CJN nak mulakan blogging semula dengan join segmen/contest/Ga... Tak kisah la apa hadiahnya pon. Hahahaha. 
Ada banyak benda CJN nak share pasal life. Tapi, sangat tak berkesempatan. Maafkan daku blog ku sayang. Huhuhuhuhu.
So, GA pertama ialah ini. Setakat ni je yang CJN jumpa GA yang senang dan tak banyak cekadak. Kikikiki.  
Sesapa yang lom join tu bole join reramai ek. Bagi meriah sikit GA kengkawan kita. Kan???
Thats all for now!! 
Much love!! 💖💖💖