Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

Saturday, October 21, 2017

Selamat Ulangtahun Sayang



So, pada 11.10.2017 adalah tarikh Ammar genap setahun. Ammar ni siapa? Hehehe.
Ammar ialah anak CJN yang nombor dua. 


Yup!!! Ini picer dia. Dah pandai macam2.

Pergi klinik baru ni kena injek pon, relax jek dia. Nurse kata, ada certain budak kena injek setahun, boleh demam. Tapi Ammar. Tak demam pon. Relax2 je dia. Asyik keje nak tido je lah.

Umur setahun, Ammar dah pandai buat apa?

Oleh kerana setiap anak ni, lain2 perkembangannya, CJN nak bagi beberapa fakta tentang Ammar yang dah genap setahun. Dulu masa Wafi, CJN buat karangan sepanjang 1000 patah perkataan untuk cerita pasal perkembangan dia. Hahahahaaa... Ye ke 1000 patah perkataan, CJN? tak yah nak membongak ye. Hehehe. Lebih kuranglah derrrr.... Hahaha.

Okey, takyah lari jauh nau. Jom usha perkembangan budak umur setahun secara umum.

1. Dah pandai duduk, merangkak, berdiri sendiri. Ada certain budak dah jalan taw. Tapi, Ammar belum lagik. Dia baru memapah2 sepanjang dinding.
2. Dah pandai pegang barang dan campak barang yang dia pegang tu. Kadang boleh masuk mulut ye. Hati2 bagi mainan kat dia, okey. Ammar macam tu lah.
3. Pandai main cak baaaa. Ewah2.... Comel sangat kan? Ammar dengan pampers pon boleh main cak baaa... Hihihi.
4. Pandai sebut mama, tata, dede, nene. Ada yang lagi advance sebab dah pandai sebut cicak. Hahaha, Ammar belom lagi. Paling kuat perkataan yang dia sebut pon ayah. Hermmm. 
5. Dah boleh babai orang. Haaa.... Betul kan? Cer try kat anak korang. Mesti dah pandai.
6. Dah pandai melawan abang dia balik. Kalau abang dia pukul, dia lawan balik. Hermmm.... Tak sempat ku ajar. dah pandai siap2 melawan abangnya. Bukan tu je. Dah pandai berebut menan lagi tuh!!! Haaa... Hebat hebat.
7. Gigi dah tumbuh 6 batang. Siap dah nak rosak pulak. Stress CJN. Walhal, CJN gosok gigi mereka setiap kali mandi. Caner nak buat tah ni.
8. Dah pandai cakap kat hp. Maksudnya dia dah tau kegunaan telefon. Kalau ayahnya telefon dah pandai jawab. "Aaaa.... Aaaaa..." Kihkihkih.
9. Dia dah pandai jugak naik atas benda beroda. Nanti CJN upload gambar dia. Dah pandai naik. Pastu tolak ke depan ke belakang. Comel sungguh budak2 ni buat macam tu... 


Inilah mainannya. Dia dah pandai naik sendiri dah tu. Masuk walker sekejap je. Lepastu semak perut tak nak naik dah. Lagi suka main benda beroda yang ni dari masuk walker. Ammar, Ammar. Ok je lah. Asalkan awak tak buat perangai cukuplah.
10. Ammar ni budak yang tak banyak sangat kelakunya. Cuma masalahnya, dia tak suka kena tinggal. Suka orang dukung. Mana larat hoiiii!!! Pastu tak nak ikut ayah dia pulak tu. Adehhhh!!! Letihhh!! 😉😉😉
11. Ammar ni kiranya, dah boleh main sendiri. Tu pon bila dia tak perasan yang dia kena tinggal. Main sorang2. Explore rumah. Main bawah meja. Tinggi meja makan tu pon dah sama dengan dia. Tumbesaran Ammar ni kira sejajar dengan perkembangan kanak2 normal. Alhamdulillah....
12. Dah pandai memanjat benda2 yang rendah. Berdiri atau duduk atas tempat yang dia panjat tu. Huuuiiiii!!! Bahaya taw. Kena alert dah waktu ni.

Rasanya tu je la kot yang boleh dikupas serba sedikit. Maybe ada jugak yang lain2 tapi CJN tak perasan. Atau tak teringat masa tengah update blog ni.

So, kesimpulannya. Happy Birthday, Ammar Amnan. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada agama ye Ammar. Ibu sayang awak berdua, soooooooo much that word cant describe!!! 
😍😍😍😍

Sekian, tu saje.





Giveaway Besar Besaran By Intan Saffyna

Hai koranggggg!!!!! Dah join lom GA ni??? 
Jom join jom. 
CJN salah sorang sponsor dia tawwww!!!! Meh bagi support kat CJN. 
Kalau sambutan hangat dan memberansangkan CJN nak try plak buat GA secara solo gitewww. Hihihi.
Pape pon good luck untuk semua yang join ye.... Cepat taw join. Due date dah nak dekat dah tu.
Love,

Thursday, October 5, 2017

1 Year-To-Be

Gambar Hasil Carian Abang Google
Alhamdulillah.... Ammar Amnan hampir setahun. Belum setahun lagi. Ada lagi 5 hari dia genap setahun. Tak tahulah kenapa. Hati ni rasa berdebar2 pulak dia nak ke setahun. Hahaha...
Aduhai.... Kenapa ye...? Dari hari tu lagi rasa berdebar. Macam nak bersalin gamaknye dia punya debaran tu. Mungkim inilah yang dikatakan Debaran Cinta tu ye....? Hehe.
Mungkin sebab dia nak kena injek? Atau mungkin nak tengok apakah dia berkembang sebagaimana yang sepatutnya? Ataupon, ataupon, ataupon.... Arghhhhh!!! Tah apa tah agaknya yang menyebabkan debaran yang tah apa2 ni agaknya.
Ibu pon tak paham!!! 😂😂😂
Apa2pon, Ammar Amnan bakal meningkat usia. Setahun dia dah hidup bersama ayah, ibu dan abang. Memang ibu akui, Ammar banyak bersama nenek. Mandi, tidur, makan. Sebab, ibu kena melayan karenah abang yang dah pandai macam2 yang macam2 ragamnya.
Jadi, adik macam terabai sikit. Sorry, Ammar. Pastu, Ammar pulak more independent dari abang. So, mungkin ibu take it for granted dengan perangai awak yang satu tu. 
Sebenarnya, macam mana pon perangai awak berdua, awak berdua tetap kesayangan ibu. Sampai bila2 pon. Sampai bila2, sampai ibu takde dalam dunia. Sampai ibu tutup mata kelak. 
Terima kasih Allah sebab memberikan ibu nikmat yang sangat banyak. Sangat sangat banyak. Tak ternilai dengan harta kekayaan dunia ni. Sememangnya, ibu rasa tak layak untuk rasa sebahagia ini. Tapi, Allah bagi nikmat kebahagiaan tu jugak kepada ibu. Ibu rasa sangat bersyukur. Syukur Alhamdulillah.
Semoga awak berdua membesar dengan jayanya. Jadi anak yang soleh dan berguna kepada agama Allah. Insyaallah. Aamiin.
Itu saje coretan dan nukilan hati untuk hari ni. Ammar pon dah mula nak menaip sekali ni. Terpaksalah ibu tutup lappy ni. 
Wasalam.

First Giveaway By Blog Buku Pinky!


Klik banner untuk sertai bersama kami!!

Welkem Oktober!!!! 

Dah lama sangat cjn tak join segmen. Malam ni macam ada senang sikit. Saje jalan2 kat blog. 

Nampak pulak segmen ni.

Eh!! Tarikh tutup dia arini (5/10/17) tau takkk!!! 😱😱😱

Takpelah. Cjn redo je la. Kalau ada rezeki tu tak ke mana gitu. Muehehehe.

Jom!!! Sape yang belum join tu. Kita join jom!!!!

Klik banner je uolsss... Senang je.

Until then, tata titi tutu. 😊😊😊



Saturday, August 12, 2017

Review The Purge : Election Year



Malam ni tertarik nak tengok citer The Purge ni. Sape penah tengok kat wayang mungkin tahu la kot citer The Purge ni. 

CJN kebetulan pulak anakanda2 tak buat hal dan baik2 aje malam ni. So, CJN dengan jayanya menekun tengok citer ni. CJN kategorikan sebagai 18PL la kot. Ganas dan ada kisah politik. 

Mengisahkan seorang Senator berjiwa rakyat. Dia menjadi saksi pembunuhan tragis keluarga dia masa kecik. Sebab tu dia cuba bertanding untuk jadi Presiden. Untuk hapuskan amalan purge ni. Setiap tahun sebelum election, akan ada satu malam yang mana semua orang di Amerika boleh membunuh tak kira apa sebabnya. Takkan ada anggota keselamatan akan bertugas waktu malam tu. Diorang gelarkan malam tu The Purge. Semua orang akan duduk kat rumah masa ni dalam masa 12 jam. 

So, sebagai Senator yang baik, beliau dikehendaki duduk kat dalam rumah diam2. Tapi, dengan tak disangka2, pesaing beliau ni nak dia mati. Maka, terjadilah episod dia melarikan diri dengan guard dia yang sangat setia. Orang lain, abes dah khianati dia. Tinggal sorang je mamat ni yang bertugas untuk jadi ala2 macam body guard dia jugak la. Leo kalau tak salah nama dia. Start dari situ diorang jadi pelarian. Melarikan diri dari pesaing yang nak membunuh Senator, penjarah yang memang nak bunuh orang. Best of all, nak survive satu malam ni untuk teruskan hidup esok. 

Kalau ikut CJN boleh bagi 4 bintang dari 5. 

Pengakhiran citer tu memang kita dah jangka yang Senator dan Leo ni akan berjaya harungi malam purge ni. Dan seterusnya, beliau berjaya menjadi Presiden. Macam biasalah.

CJN tengok citer ni dan sempat berfikir dalam kepala otak ni.

Ya Allah, jauhkan negara aku jadi macam ni. Dahlah ramai penjenayah. Dapat pulak satu malam free untuk membunuh. Polis tak bekerja. Hospital tak amik orang. Bomba cuti. Kiranya, pegawai keselamatan negara takde. Tak wujud malam tu. Perompak berluasa merompak dan bunuh. Perogol merogol dan bunuh. Penyamun menyamun dan bunuh. Pencuri mencuri dan membunuh. Penyangak menyangak dan bunuh. Ko rasa??!! Memang menakutkan dan minta dijauhkan. 

Na'uzubilahi min zalik.... Allahu Akbar. 

Sape tengok citer ni dan berfikir benda yang sama macam CJN, kita genggg!!!! 😖😖😖

Pada pendapat CJN, sape yang amalkan tradisi ni, yang bagi idea untuk purge ni, layak dibunuh. Orang yang cadangkan purge ni lah yang wajib di bunuh dulu sebelum orang lain terbunuh dan membunuh. Ada ke cadangan yang bukan2 dibuatnya....

Cubalah buat satu hari selama 12 jam tu, amalan bersedekah kepada fakir miskin ke, mengaji al Quran beramai2 ke, semua organisasi besar yang untung billion2 tu bagi makan free kat staff ke, penduduk tempatan ke. Tu TM tu cuba bagi free kol pada semua pelanggan ke, free wifi ke. Ada lah jugak pekdah. Ini membunuh pulak. Suka2 hati je nak amik nyawa anak orang. Dia tak tahu ke yang mak bapak bela anak2 diorang bukan untuk dibunuh. Herrmmmm....

Ok, itu jelah yang CJN nak luahkan perasaan. CJN doakan kesejahteraan negara kita berkekalan jangan sampai jadi macam tu. InsyaAllah. Aamiinnn. Semoga jumpa lagi. 

Tataaaaa. 💖💖💖

Love,

Friday, August 11, 2017

Semakin Besar Semakin Banyak Ragam


Saje je malam ni nak citer pasal anakanda berdua yang dah start pandai macam2... Sebenarnya, tak de apa sangat yang menarik. Tapi as a mum, perkembangan dorang sentiasa menarik. Sentiasa nak CJN rakamkan sebagai momen indah dalam hidup. Yelah, dorang membesar cuma sekali ni je. Setiap momen yang berlaku tu pon berlaku once in a lifetime. Esok2 bila dah besar, dah takde dah momen2 indah macam ni. Masa tu of kos lah momen indah yang lain pulak. Kan?

Picer dia atas diamabil masa umur Wafi 2 tahun 4 bulan. Ammar pulak 9 bulan. Tengoklah gambar acah2 sweet dorang ni kan... Ingat senang nak amik gambar jadik cenggini... Ibu sungguh berusaha hokeyyyy....😂😂😂
Amirul Wafi
Haaa.... Nampak tak. Dia dah pandai berjalan. Dah pandai memberontak. Dah pandai bermain. Picer ni di ambil kat BP Mall. Sebenarnya saje bagi main kat tempat macam ni supaya dia lupa sekejap dengan henpon. Sebagai mak2 yang sangat prihatin terhadap anak, bermain henpon sangat2 membuatkan mak2 jadi jem. Pening tengokkan. Walaupon dia belom kira addict tahap gaban, tapi, bila tengok dia main henpon yang beria2 tu menjadikan mak2 ni risau. Huhuhuhuhu. Pening kepala memikiokan.

Waktu ni, Wafi kira dah pandai jugak lah main kat taman permainan.
Dia jugak, dah pandai sebut 1,2, 3. Kira masa ni dia dah kenal nombor. Huruf belum lagi. Part paling best iaiah, dia dah pandai humming lagu or zikir kat tv. 
Cute je rasa....😍😍😍

Pastu, dia dah kenal warna. Sebenarnya banyak lagi kena ajar dia. Tapi, slow2 ye ibu. Adehhhh!!!!
Cjn tengok ada anak member tu dah pandai baca alif ba ta. 😅😅😅
Wafi lom pandai lagi. Padahal sebaya tu. Rasa macam ketinggalan pulak kat situ. Tapi, CJN selalu pesan kat dalam hati yang bebudak ni lain2 perkembangannya. Bertabah ye CJN....
Wafi sekarang ni dah pandai buli adik dia. Kadang tak pasal adik kena tepuk. Kena pukul. Aishhh!!! Wafi, Wafi. Sabor je la ibu... Kadang ibu mengamuk juga dekat Wafi. Tapi, lepas tu ibu selalu minta maaf sebab kadang rasa garang beno dengan Wafi.

Ammar Amnan & Ibu
Yang ini manja ibu ni.... Baru 9 bulan dah pandai nak berdiri sendiri. Selalu sangat dah dia tergolek bila lepas tangan dari kerusi meja. Ammar ni pulak berani sangat. Kalau dia main sorang2 tu memang kena tengok2kan selalu. Dia dah pandai main sorang2 tapi, kadang tu bila dia pandai2 berdiri sendiri tanpa pengawasan, tu yang jadi tergolek tu. Dia suka lepas tangan. Rasanya, sebab dia konpiden dia dah boleh berdiri. Ammar, Ammar. Comel sangat sayang ibu yang ini ni.....😍😍😍

Time gini dah pandai berebut sudu dengan ibu masa makan. Dah pandai melawan bila kita marah dia. Dah pandai mengamuk bila ibu hilang dari pandangan. Dah pandai makan macam orang dewasa. Suka makan, kuat nyusu. Tapi, still tak nak susu botol lagi. Suka usik abang masa tidur. Suka sakat abang dia. 

Perangai dia pulak more independent dari abangnya. Rasa macam lebih dewasa dan cepat matang sikit dari abang. Alahai, Ammar. Janganlah cepat membesar. Ibu belum puas gomol2 awak, tawwwwww!!!!!

Ekceli, awak berdua kesayangan ibu ni. Janganlah cepat sangat membesar. Ibu belum puas gomol awak berdua. Masih rindu bila awak berdua tidor. Sunyi bila awak berdua tidur. Geram bila awak berdua mengamuk. Terngiang2 suara awak berdua ketawa, senyuman yang manis untuk ibu. Gelagat awak berdua lepas mandi. Main kejar2 dengan awak. Kepandaian masing2 yang sentiasa mencuit hati ibu. Perangai awak berdua yang kadang buat ibu pening bila berebut nak menyusu. Aduhai, anak..... Betapalah ibu sayangkan awak berdua.💖💖💖💖💖

Ibu nak simpan rapat2 momen indah ibu dengan awak berdua. Sebab, cepat sangat membesar. Apa yang jadi hari ni, takkan berulang lagi esok. Yang paling penting sekali. Ibu sayang sangat dekat awak berdua. 💜💜💜💜💜

Love,

Thursday, July 13, 2017

Dresses

First of all, CJN nak ucapkan terima kasih pada ZALORA sebab bagi peluang CJN untuk menulis pasal website ni untuk hari ni. Tak sangka sungguh CJN sebab ramai gilerrr kot kat luar nu blogger2 hebat. Tapi, dalam ramai2 tu CJN telah terpilih. Ai is terharu youuuu!!! Sob sob!!
Apa nak citer ni? Alahai... Mestilah pasal Zalora. Korang tahu tak kewujudan Zalora ni? Mestilah perasan, kan? Kalau korang pencinta fesyen/penggemar/pembeli online, konfem2 korang tahu kewujudan Zalora. 
Macam2 dok ada dalam Zalora tu, kan? Kalau tengok website dia.... Rasa macam nak beli semua outfit dia. Yang best tu, kita boleh pilih kaler yang kita nak cari. Kalau dah bukak web dia tu, nak cari baju yang kita nak pon dah mudah. Kiranya, sistem soping Zalora ni sangat sistematik. Which is ai sangat sangat like. Tak caya jom korang usha women dresses dari Zalora ni.
CJN ni memang kaki soping beb!!! So, bab2 usha baju, beli baju, pilih jenama memang antara kesukaan CJN. Malangnya kengkadang takde bajet je nak soping moping ni. Hahahahahaaaaa.
Sempena raya ni Zalora ada buat diskaun tau uols. Baik cepat korang g terjah web dia yang CJN bagi tadi tu. Seriussss!!! CJN tak tipu korang punya. 
OK. CJN nak tengok2 web Zalora jap. Hahaha. Uols semua, jom lah follow CJN cuci mata. Dah ada yang berkenan tu boleh la soping uols. Heeee.
Selamat soping uolssss!!!
Love,

Wednesday, July 12, 2017

Lama Ku Tinggal. Maafkan Daku

Dramatik gitu tajuk kita hari ni. Hehehehe. Bukannya apa. CJN dah lama tak update blog. Tak sempat nau nau nau rasanya. Ini anak baru dua orang. Belom ada 9 lagi. Kalau 9 tak tahulah caner rupa maknya ni.... Hahahahaaaa. Cita2 9 orang anak tu dah bagus dah. Masalahnya, umur dah lanjut dah nak tetambah anak. 😂😂😂😂😂
Actually, banyak sangat benda yang terjadi within this month. which is puasa, raya, Ammar, Wafi and others. Gossip hangat, suam, sejuk pon ada. 
Tapi, buat masa ni just nak bagitau yang CJN akan aktif semula berblogging. Insyaallah.
Esok, CJN cuba buat posting pasal baju pulak. Baju apa tuuuu???
Ahhaaaaa.... Tungguuuuuuu!!!!
Love, 
💗💗💗

Thursday, February 16, 2017

Blog Tambah Cun!!

Tak nak cakap banyak. Hasil tangan blog ni dihasilkan oleh Cik Mellya @ Fhatin Amelia. Bagi CJN sangat cantik dan kreatif. Menurut beliau harga akan berubah. Tak taulah jadi berapa RM, tapi kalau berubah pon CJN tak kisah untuk minta tolong dia buatkan kalau hasil nye cenggini 👍.
CJN suka tu diamond2 yang berterabur kat header tu Nampak tak? Pastu kat the author ngan kat exchange tu. Adudududu... Lawanyeeeee....
Apa2 pon terima kasih kat Cik Fhatin kita untuk hasil usaha dia yang cantik ni. Dan daripada hasil usahanya jugak, SEO naik dari 40% jadi 68%. Hehehe. Banyak lagi kena perbaiki untuk dapatkan 100%. Takpela... Pelan2 kayuh. Nanti boleh la tu jadi 100%. Nampak tak over confident kat situ? Heeee.
Oklah itu saje coretan makcik. Dah lama tak menulis kat blog, otak jadi tepu. Kena cari idea untuk dapatkan semula idea. Huhuhuh
Sekian buat masa sekarang.
CJN💖💖💖

Sunday, January 22, 2017

Nak Buat GA atau Segmen Tapi....


Sebenarnya, lepas tengok rerakan blog buat GA dan bloglist segmen, CJN pon teringin jugak nak buat. Maklumlah, sambil kenal2, boleh tambah follower. Macam sekarang ni banyak dah blog CJN follow. Dan sebenarnya, ramai yang bagi good info pasal dunia di sekeliling CJN. Tak tau pon jadi tau. Banyak citer2 menarik yang blogger2 kongsikan yang CJN rasa takdenya la korang nak share kat fb citer pepanjang ni, kan? 😁😁😁

Tapi, CJN ada masalah iaitu tak konpiden. Tak konpiden sebab apa? Sebab, takot takde sape join segmen kita or GA kita. 😅😅😅

Sekian saja update bloh hari ni. Hahahaha. Selamat membaca. Kikiki.

💖💖💖


Monday, November 21, 2016

Nak Buat Menu Bar, Tapi...

Harini ada pertanyaan kepada blogger2 yang rajin melawat blog daku yang biasa2 ni.
Acaner nak buat tab menu kat atas tu? Ada baca tutorial dan dah paham. Cuma, ada masalah sikit.
Contohnya, daku ni kan ke rajin join GA skang ni. Insyaallah aku akan join lagi. Skang agak busy. Tak keruan idup jadiknya. So, aku nak buat menu tab untuk Home. Lepas tu nak ada Menu tab untuk GA sahaja. Lepas tu citer pasal life aku sahaja. Macam GA dengan life aku kan dah penah ada posting. Jadi, caner nak masukkan GA tu dalam menu tab GA?
Kalau ada sesapa boleh bantu. Mintak tolong ek. Kalau tak nak bantu pon takpe. Tolong doakan aku berjaya untuk hasilkan menu tab yang macam aku nak dah leee... Kuikuikui. 
Nak breakfast dulu. Karang online balik.
Sekian, tataaaa.

Friday, September 9, 2016

Edit Blog


Yes!!!! Kita dah buat perubahan kat blog kita. Suka sangat sebab akhirnya dapat kemaskini blog dengan wajah baru. Plus cantik pulak tu. Ahaks!!! Sangatlah like dengan hasil yang dah di berikan oleh hamba Allah tersebut. Lepas tu siap dia promote pulak blog kita. Adesss!!!! Malu kita. 

Sebenarnya, dari hari tu nak update blog, tapi masa sangat tak mengizinkan. Nak jugak bagitau kat orang, blogger yang dah mekap aku punye blog bagi cumell nih! Mesti sape2 yang tengah cari pengedit blog nak tau sape la gamaknya bloger yang daku maksudkan tuh. Blogger dia bernama Rrai. Blog yang daku maksudkan ialah bajuwarnacoklat. Walaupun dia agak bz, dia bagi free pulak kat kita cursor yang ada nama kita ni. Mestila nampak kan cursor tu menari2 depan pc or laptop iols ni. Hehehehe. Dahla dapat free, dia promote pulak blog kita. Rrai, baiknya awak. Maceh tau... Siap puji2 kita lagi. Kita malu tawww!!! Hahahaha.

Anyway, sebenar2nya nak ucap terima kasih dekat Rrai jugak sebab walaupun bz masih sudi amik oder dengan akak. Padahal blog ni tade follower pun. Yelah, blog ni just nak share apa yang kita tahu sedikit sebanyak pasal kehidupan ibu2 peknan. Kengkadang tu adalah selit luahan perasaan. Tu pun sekali sekala jek. 

Mula2 ingatkan Rrai ni garang orangnya. Yelah, kita call dia pukul 3 pagi kan? Haruslah kena marah gitu. Kikikiki. Tapi, lepas mintak maaf dan bagitau sebab2 tercall malam tu, terus Rrai ok. Nampak tak the power of the word MAAF. Tak susah nak cakap. Tapi susah nak sebut kalau ego tinggi. So, Rrai dengan senang hati jugak mohon maaf sebab marah kita yang tercall dia tu. Hehehe. Sebenarnya, kita memang tak sengaja call dia. Nak save nombor. Boleh pulak la henpon ni hang. Terus call Rrai pagi2 kala tu. Sian Rrai. Terganggu tidurnya. 

So, setat dari situ cakap dekat Rrai nak rupakan blog ni jadi acaner. Rrai pon try buat sehabis baik dan... waallllaahhhh!!! Ini dia hasilnya. Pada aku yang baru start berblogging tahun lepas (ketinggalan zaman sebab tak jumpa orang yang boleh buat blog bagi lawa!! Sian aku. Hukhukhuk.), simple macam ni better. Lagipun aku suka yang simple tapi cute. Macam Wafi la. Dia simple tapi cute. Okey, perasan jap ibu dia nih!! Kuikuikui. 

Pastu harga pon sangat affordable. RM20 je kot. So, tu yang sangat tertarik menarik kau memang de boommm tu. Pastu dah bagitau jugak dekat Rrai yang kita lepas ni akan tukar2 rupa blog ni. Basically sama je isi dia. Cuma nak tukar2 rupa sikit. Supaya tak boring. Rrai kata boleh je. Tapi tetap kena bayar. Eh... Mestila kena bayar, kan? Hasil idea orang tu... Mana ada free. Takkan buat sekali awak nak free seumur hidup, wakkk!!! Agak2 ler.... Mentang2 le Rrai baik cam tu nak amik kesempatan plak. Ish3.

Okey2. Dah lebih2 ni. So, ini lah citer untuk hari ni. Kepada Rrai, akak sangat berterima kasih.. Thanks sangat, Rrai. Jasamu akan kukenang. Semoga maju jaya ye, Rrai. Sekian saja. 

Wassalam.