Wednesday, November 30, 2016

Sedapnya, Wondermilk!!!

Sebelum bersalinkan Ammar aritu, daku teringin nak makan cupcake dari Wondermilk ni. Terasa2 kat lidah akan kesedapan cupcake ni. Huhuhu. Try la korang klik kat gambar atas tu. Ada review dari seorang perempuan pasal Wondermilk ni. 
Pada aku, Wondermilk ni sangay sedap. Kita boleh makan cupcake instead of sandwich dia.
Amenda la yang aku merepek pasal Wondermilk ni kan? Sebenarnya, Wondermilk ni ialah sebuah restoran ala2 cafe. Makanan dia terdiri daripada cupcake dan western food. Tapi bukanlah makanan berat tu. Makanan ringan je. Nak tahu lebih lanjut pasal Wondermilk ni, korang klik la ni.
Gambar kat atas ni gambar aku amik dari blogger. Klik kat gambar then korang tahulah sape blogger tu. 

So, kat bawah ni adalah paras rupa cupcake yang menjadi poojaan hatiku bila pergi makan kat Wondermilk. Mak aiiiii.... Sedapnya lahai tengok paras rupa korang masing2. Bila nak balik Puchong ni!!!! 

Kiss Cheese

Cookies & Cream Dream

Foxy Red Velvet
Antara ketiga2nya di atas ni, aku paling suka Kiss Cheese tu. Yang ni memang cupcake wajib aku. Yang lagi dua ni pulak sunat muakad gitu kalau makan kat situ. Hehehe. Banyak lagi cupcake yang sedap kat sana. Kalau pergi sana konfem rambang mata. 

Satu lagi makanan yang aku suka kat situ ialah sandwich dia yang diberi nama Beef Rashes. Ughhhh!!!! Sedap gila!!! kenapakah kau buat entri makanan malam2 ni wahai, Juliana Nida? Hahaha. Sila stress sekarang. 😂😂😂.

Actually, tau pasal cafe ni beberapa tahun lepas. Anak ex bos aku kata ada satu kedai kek sedap. Katanya, owner kedai kek tu kawan dia. So, kitorang pon apa lagik!!! Terai la!! Haaaiiii.... Nasib baik baik sedap. Tak sia2 perjalanan kitorang dari Kelana Jaya ke Damansara Uptown tu. Jem tu kala2 siang. Kih3.

Kenapa aku promote? Tak... Aku tak promote. Aku cuma teringin nak makan. Sampai sekarang tak dapat makan lagi sebab kebizian Mr. A dan aku belum balik Puchong lagik. Waaaaaa😭😭😭. Kasihanilah aku seadanya!!!

Sekian dulu luahan perasaan hati aku harini. Hukhukhuk.

3 Days Giveaway ( Part 1 )



Jom!!! Join GA ni plak!!!

Terma & Syarat

1) Warganegara Malaysia dan tinggal di Malaysia serta mempunyai blog.

2) Wajib follow blog HANIS dan add Google+ di sidebar blog ini .

3) Wajib follow instagram @hanismasturina dan @ajhaircare

4) Wajib buat entri dengan sertakan banner, hadiah dan testimoni serta backlinekan ke entri ini

5) Letak link entri anda diruangan komen DIBAWAH




HADIAH




Hasil carian imej untuk novel kenapa aku


TOP REFERRAL (1) : 1 set trial AJ HAIR CARE (shampoo,conditioner,serum) + 1 NOVEL

TOP REFERRAL (2) : 1 set trial AJ HAIR CARE (shampoo,conditioner,serum) + 1 PERFUME PEN

RANDOM 3 PESERTA : 1 PERFUME PEN + 2 Trial AJ HAIR SHAMPOO


Testimoni AJ HAIR CARE



Sesiapa nak trial AJ HAIR CARE percuma boleh usahakan untuk jadi TOP REFERRAL !!! CEPAT GIVEAWAY INI BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI SAHAJA ! Jangan lepaskan peluang ini !

Jom join!!!

Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

Jom korang!!! Kita join segmen ni pulak!!!
Salam perkenalan semua!!
Tataaaa.😘

Tuesday, November 22, 2016

Adik Baby Dah Ada Nama!!!

Sebenarnya. takde idea nak tulis apa sejak akhir2 ni. Terasa macam semangat tu menurun pulak. Bukan menurun tok bomoh tu ea... 😛😛
Cuma nak citer pasal adik baby yang sangatlah lama tak terjumpa nama2 yang seswai untuk dia. Dari awal dia lahir daku macam nak namakan dia sebagai Ammar. Tak tau kenapa nama tu melekat kat hati. Tapi, bila diingat ingat, nama tu salah satu nama anak member aku. Bestfrend pulak tu. 
Pastu, acaner ek? Takpe ke? Pikir punya pikir punya pikir. Ok lah. Cari nama lain dulu disamping Mr. A turut cari nama untuk adik baby kali ni. Entah kenapa Mr. A nak cari nama untuk adik baby kali ni. Sebelum ni, dia follow ai je. Skang tetiba plak nak turun padang cari nama sekali. Haishhh!!! Sibuk je. Dah la nanti nama dia ada sekali dengan nama anak2. Cari nama nak ikut yang dia suka pulak. Gahaha. Nampak tak protes tu?? Kakakakaka.
Jadi, masa adik baby kena demam kuning dan masuk spital aritu, si ibu ni pun sibuk la cari nama untuk si adik baby yang tak bernama ni. Dapatlah beberapa nama yang agak menarik masa tu. Senarai tu dah ada dalam buku. So, si ibu pon wassap si Mr. A. Almaklumlah, Mr. A jauh di mata katanaya. 
Esoknya, Mr. A bagi jawapan. Salah satu nama yang ok katanya, Amnan Muhammad. Tapi katanya, tak pelik ke nama Muhammad tu kendian? Aku kata, tak pelik lah. Ok jek. Kalau pelik pon bagus. Sebab orang ingat benda pelik2 ni. Benda biasa mana nak ingat. Kataku. Dia kureng setuju.
Ok, fine. Esok petang tu, dia plak bagi nama. Salah satu nama yang dia suggestkan ialah Ammar Rizqi. Aku pon belek makna. Ok jugak Ammar Rizqi. Hermmm.... Tapi aku suka nama Amnan. So, aku wassap dia semula.
Apa kata bubuh nama ni. Ammar Amnan?
Ammar = Yang memakmurkan, yang kuat iman, penerang
Amnan = Tempat yang aman, ketenangan.
Dia setuju. So, ok lah. itulah nama adik baby. Payah juga bila sang ayah sibuk jugak nak bagi nama. 😉😉😉. Padahal, kalau ibu bagi nama dah settle awal2 dah. So, adik baby ni boleh panggil Ammar. Kalau tak, bole jugak panggil Amnan. Ikut kesesuaian dan ikut senang lidah masing2. Hehehe.
Adik baby pon dah siap buat surat beranak kat JPN, Rengit. Alhamdulillah dah settle semua. So, tinggal buat check up macam biasa je lah kat KKIA. Selamat datang ke dunia, Ammar Amnan!!
Mom loves you so much!! Oh, kalau sesapa nak cari nama untuk baby, boleh pergi ke link ni. Macam2 nama dok ada tinggal nak pilih jek. 
Ok gais!!! Bubbye!!!
Sayang kalian!!

Monday, November 21, 2016

Nak Buat Menu Bar, Tapi...

Harini ada pertanyaan kepada blogger2 yang rajin melawat blog daku yang biasa2 ni.
Acaner nak buat tab menu kat atas tu? Ada baca tutorial dan dah paham. Cuma, ada masalah sikit.
Contohnya, daku ni kan ke rajin join GA skang ni. Insyaallah aku akan join lagi. Skang agak busy. Tak keruan idup jadiknya. So, aku nak buat menu tab untuk Home. Lepas tu nak ada Menu tab untuk GA sahaja. Lepas tu citer pasal life aku sahaja. Macam GA dengan life aku kan dah penah ada posting. Jadi, caner nak masukkan GA tu dalam menu tab GA?
Kalau ada sesapa boleh bantu. Mintak tolong ek. Kalau tak nak bantu pon takpe. Tolong doakan aku berjaya untuk hasilkan menu tab yang macam aku nak dah leee... Kuikuikui. 
Nak breakfast dulu. Karang online balik.
Sekian, tataaaa.

Thursday, November 17, 2016

GIVEAWAY BY CERITERAIBU.BLOGSPOT.COM

JOM KLIK SINI. TERUS BLEH JOIN!!

Terus nampak GA ni. Terus join. Bukannya apa, adiah ni boleh jugak ku bagi kat anak2. Tu pon kalau menang.🙊🙊

Okey, moh kita terjah GA ni reramai!!! Syarat dia senang jek. Meh usha blog ni. Haaaa.... Kan senang, kan? Meh la join.

Sebelum tu nak tag 3 rakan blogger daku yang kira rajin jugak join GA. 
Cik Wani Sukarno
Cik Sayidah
Cik Lea

Sekian dulu uolsss!!! Pe lagik!!! Jom join!!!

Tataaa.

GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT


Tengah rajin2 tengok blog orang kat dashboard. Nampak GA from Sis Mashitah Mamat ni. Sebelum ni terasa nak join dah MM punya GA. Tapi, rasa macam banyak nau la daku join GA. Lebih2 pulak!!! 
Tapi, akhirnya daku kecundang jua bila tengok hadiah yang menarik dari Shakelee. Daku pernah amalkan Shaklee ni. Antara supplement yang terbaik pernah daku cuba. Cuma kengkadang daku yang kureng setia ni suka cuba produk2 lain. Heh!! Tak senonoh!! Hehehe.
Tapi!!! Kalau ada rezeki kali ni, insyaallah aku akan amalkan. Hadiah dia menarik, beb!!! Seriously!!! GA ni pun lambat lagi dua date nya. So, mehla kita sama2 memeriahkan majlis.
Sekian dulu. Tataa.

Wednesday, November 16, 2016

Tahniah!!! Anda Berjaya!!

Amik dari Blog Ini

Aritu ada bagitau kan yang daku join satu segmen yang dianjurkan oleh Cik Fatina? Kan? Kan? Haaaa... Tetiba tak sangka pulak boleh menang. Nama daku masuk senarai!!!! Yayyyy!!!

Sebenarnya, nak kata Alhamdulillah. Tak sangka boleh terpilih dalam ramai2 yang join segmen tu. Terima kasih banyak2 Cik Fatina sebab pilih kita untuk jadi pemenang. Nama makcik atas sekali you!!! Sunguh2lah tak sangka!!! Ehekehekehek. (Namanya ketawa mengada).

Ni dia list pemenang. Kita copy paste je dalam blog Cik Fatina kita tu. Meh korang follow dia. Dia rajin tu buat segmen macam ni. Bolehlah kita tambah2 follower. 😊

  1. Present is Gift ðŸ‘ˆ  Ni dia nama kita!!! Yayyyyy!!!!
  2. Zafirah
  3. Erni
  4. Niqqy
  5. Unni
  6. Nurulatika
  7. Cik Onie Chan
  8. Hani Fadlina
  9. Cik Renex
  10. Mommy Cici
  11. Nuraini Munira J
  12. Lea
  13. Nana
  14. Wani Sukarno
  15. Sviors
Jom kita follow blogger2 kat list ni. Salam kenal semua dan tahniah!!!

Sekian. tataaaa.

Bukaan Jantung Baby 2mm


Genap sebulan aritu adik baby kena pergi ke pakar untuk check jantung. Sebab, masa kena kuning aritu, dokter detect jantung adik baby macam ada something wrong dengan degupan jantung dia. So, bila pergi ke pakar, dokter detect ada bukaan sebanyak 2mm kat jantung baby.
Ibunya pon dah start risau. Nak nangis ada, nak rasa hampa pun ada.
Tapi, bila pergi ke KKIA, sister tu bagitau yang benda bukaan 2mm tu perkara biasa. Bukaan tu sebenarnya saluran untuk pernafasan masa dia masih dalam kandungan. Perkara ni, tak perlu nak risau sangat. Walaupun macam tu, apa2 hal pon, kena jumpa dokter dulu untuk kepastian.
Bila umur sebulan masa 10.11.16 which is jatuh masa besday daku, kitorang pergi sepital HSNI untuk kepastian yang lebih pasti.
Berdebor2 sungguh rasa ibu dia menunggu jawapan yang pasti dari pihak dokter. Lepas daftar, adik baby kena timbang berat. Berat adik baby dah jadi 4kg. Waahhhh!!! Patutlah, ibu dah mula lenguh2 bila dukung dia. Hihihihi. Lepas timbang, baby jumpa nurse. 
Masa nilah yang paling saspen sekali. Berdebor2, berdeborrrr2 menunggu si nurse ni bagi jawapan. Saje tau nurse ni buat kita saspen. Dia relax je godeh2 adik baby dengan scanner jantung tuh. Sabor je lah ibu pon!!
Dah abes scan tu, dia dengan muka selamba berkata, ok. Dah semakin mengecil ye bukaan jantung anak puan. Sekarang ni dah ajdi 1.5mm. Aduyaiiii.... Kot ye pon, tak yah la buat muka saspen masa check tadi kakak nurse. Ai is nak pengsan rasa. Hehehe.
Lepas jumpa nurse, jumpa dokter pulak. Dokter pon kata semuanya normal. Dia check degupan jantung dan perut baby. Katanya, perut baby lembut. Hmmm... Lupa nak tanya kaitan perut dan jantung kat dokter tu. Rugi betul!!! Dah la dokter pakar tu. 
So, diorang decide untuk buat echo (check up untuk degupan jantung) selang 3 bulan dari tarikh echo aritu. Date terbaru untuk check up nanti ialah 5.1.17. Masa tu insyallah bukaan akan tertutup sepenuhnya dengan izin Allah. Itu harapan ibu. Amiiinnn.
Just untuk info kita2 ni, bukaan 2mm adalah sesuatu yang tak membimbangkan. Dia boleh jadi satu kerisauan bila genap sebulan bukaan tu semakin besar. Mintalah dijauhkan, kan? 
Harap2 adik baby akan terus sembuh ye. Tolong doakan ye, kawan2. 
Sekian coretan ibu.

Tuesday, November 15, 2016

PRELOVED GIVEAWAY OLEH AA

klik sini untuk join

Kali ni join lak GA yang ni. Sape2 nak join bleh klik kat atas tu.

Syarat2 dia sangat senang. Semudah ABC jek.

Jom join!!!

Segmen PENCARIAN BLOGLIST by Murni Alysa

Klik sini to join
Petang2 lepas balik dari klinik inject si adik baby, jalan2 kat blog orang. Ternampak entri ni. Terus je rasa nak join. Ahaks!!

Jom koranggg!!! Join segment ni. Tarikh tutup dia lambat lagi. 30 Nov 2016. Jom joinnn!!!

Sekian, tataaa...😄

Monday, November 14, 2016

Hospital Kerajaan VS Hospital Swasta

Ok lah, back to bisnes. Ehehehe. Asek join GA jek sampai lupa dah tujuan asal berblogging. Tak baik tau!!
Sebenarnya dah lama nak update pasal tajuk ni. Sebelum2 ni penah citer jugak tapi tak sedetail ni. Kali ni, aku akan buat pos pasal tajuk ni dengan lebih detail lagi. Sebab sebelum2 ni citer pasal bersalin kat hospital swasta. Lepas tu, demam kuning, masuk hospital kerajaan. So, situasi citer dia tak sama.
Gambar di atas tak berkaitan dengan pos. Cuma, nak bagitau yang sorang tu lahir kat spital swasta, dan yang sorang lagi tu spital kerjaan. Kikiki. Aku tak kata semua spital kerajaan dan swasta macam ni. Aku akan spesifikkan spital mana yang aku bersalin aritu. Okeh!!!
Hospital kerajaan tempat aku bersalin anak kedua adalah Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat (HSNI). Spital swasta pulak ialah, Colombia Asia, Puschong (CA). Ajommm kita terjah!!!
1) Kecekapan

i. Kat Kaunter
HSNI - Sangat cekap dan pantas. Walaupun banyak soalan2 dari dokter2 pelatih, tapi masih berperikemanusiaan lagi sebab nurse kat situ tolong daftar untuk aku. Masa tu, mak dan ayah puasa. So, diorang tolong daftarkan. Terima kasih, nurse. 
CA - Walaupon berbayar, tahap kemanusiaan dia memang agak kureng. Ko bayangkanlah ko duduk kat kaunter tu dekat sejam baru dilayan. Kalau diingat2 tu geramlah jugak. Tapi sebab kesabaran sangat tinggi masa tu, so tak amik port sangat.

ii. Doktor dan Nurse

HSNI - sangat cekap. Masa daku bersalin tu, tak yah ada doktor pon. Kita berbidankan nurse je, beb!! Nurse tu pon cekap sangat!! Dari mula sampai habis dia buat sorang2. Akak salute budak tu. Cakap sangat berbahasa dan takde tinggi2 suara pun. Tapi, kat dalam wad karang kita kena buat sendiri semua benda. Cuma, baby je dia yang bersihkan. Yang lain2 tu pandai2 ko la ye. Ko nak basuh pad ke, ko nak mandi ke, lantak ko leee....
CA - sangat cekap. Tapi, kita bersalin dengan doktor. Doktor ni pulak memang doktor pakar. Sape2 yang teringin nak bersalin kat CA ni, daku sajeskan Doktor Raja Juhaidah. Sangat expert dan banyak pengalaman. Sangat cool walaupun cara cakap dia macam kerek sikit. Tapi, aku suka doktor ni. Cekap sangat!!! Nurse pun sangat okey. Melayan kita macam tuan puteri gitu. Dari A sampai Z dia buat untuk kita. Tukar pad pun dia yang buat. Hehehe. Adehhh!!! Pastu, baby kita pon dia tolong jagakan. Almaklumlah, masa ni lah na cas lebih sikit. Ye dok? Kikiki.

2) Keselesaan
HSNI - Labour room dia selesalah jugak. Suami boleh masuk temankan dan ko boleh sembang dengan laki ko sampai terbersalin. Tapi, sebelum masuk LR tu, ko kena hadiri taklimat suami masuk ke kamar bersalin. Aku pernah buat entri tu sebelum. Ni link dia. So, sape2 yang tak pergi taklimat ni, suami dia takleh masuk ke LR ye. Dan taklimat ni hanya kat HSNI. Tempat lain tak taulah pulak. 
Ok, pastu lepas bersalin tu, kena masuk wad, kan? Alaaa.... Wad spital kerajaan apa expectation ko? Takkan macam hotel 3 bintang pulak kan? Haaaa.... Kebetulan pulak dapat kelas ketiga, ko paham2 je lah acaner rupa wad kerajaan. Tapi, HSNi ni, wad dia baru sikit. So, oklah sikit. Aku tak tau kalau kelas kedua dan pertama. So, jangan tanya. Wakakakaka.
CA - Malas nak cakaplah!!! Sangat selesa lah of kosss!!! Suami bole masuk masa bersalin. Kan ke best tu?! Duduk kat LR tu pun ko bole tido dengan tenangnya. Lepas tu, masuk wad lagi2lah selesa. Kebetulan aku dapat wad untuk 2 orang. tapi, sebab pesakit sebelah tu check out, aku ala2 sorang je dalam wad tu. Bilik air dah ada sekali dalam wad. Pastu, ubat gigi dan berus gigi pakai buang memang disediakan. Sebab apa aku kata pakai buang? Sebab, sekali je ko pakai. Pastu hancur. Hahaha. Baby pulak, dia tolong jagakan. Sebenarnya, baby boleh je tidur dengan kita, tapi ibu2 yang pertama kali dapat baby biasanya susu tak keluar lagi time2 ni. Jadi, baby akan menangis lapar. Tapi, jangan bimbang sebab nanti diorang akan bagi susu kat baby kita. It's ok, mommies!! Diorang sediakan bell untuk kita panggil diorang kalau baby lapar, nak mandi, berak kencing. Semua diorang uruskan. Sementara tu, kita rehatlah dulu. 

3) Kesakitan
HSNI - Masa bersalin kat HSNI, daku diberi peluang untuk rasa sakit. Dari A sampai Z. Maksudnya, dari rasa sakit nak bersalin, hampir bersalin, nak bersalin, masa bersalin dan lepas bersalin. Secara detailnya, takde ubat bius untuk kita lupakan sakit kita masa keadaan2 ni terjadi. Kecuali masa jahit tang koyakan tu je. Koyakan dalam tu, memang dia bius sebelum jahit. Tapi masa dia jahit kulit tu memang dia tak bius. Dia jahit kita hidup2 dan kita boleh rasa acaner jarum tu menusuk2 kulit kita masa tu. Yang sakit pon tang tu jahit kulit tu je lah. Yang lain2 tu sama jek.
CA - Sakit bersalin memang dah dari rumah. Tu, memang takleh elak. Tapi masa bersalin aku tak diberi peluang untuk merasa sakit. Mungkin diorang bius aku time tu. Sebab tetiba je diorang nak bersalinkan aku secara vakum. Dahlah vakum, tak sakit pulak tu!! Kalau vakum ni lagi banyak koyakan aku rasa sebab doktor jahit koyakan aku tu agak lama berbanding bersalin normal masa kat HSNI. Tapi, buat pengetahuan korang, masa bersalin kat CA ni, tak rasa sakit langsung!! Masa jahit pon tak sakit. Benang dia pon jenis yang tebal punya. Masa cuci darah je la yang aku merasa sakitnya. Tu pon sikit jek.

4) Layanan Dari Nurse

HSNI - Layanan diorang masa kat kaunter, sangat okey. Kat LR pon sangat baik. Tetiba, bila daku kata, daku takde GL, nurse tu terus layan aku macam sampah. Cessss!!! Terus nak bebel2 kat aku kenapa aku tak suruh Mr. A tolong cucikan pad masa dalam wad. WTH?!! Sebab aku malas nak layan, aku buat dek jek. Nurse yang macam ni besenya yang jenis2 makcik2. Yang dah 40 ke 50 taon aku rasa. Sebab mana2 yang nurse2 muda ni, diorang sangat baik melayankan orang. Yang aku peratikan lah. Aku pon pelik. Patutnya, dah jadi makcik2 nilah yang lagi ok kan perangai dia? Macam2 jek manusia nih.
CA - Masa kat kaunter memang sangat teruk. Kira worse ever lah!!! Tapi, masa dalam wad, semuanya ok sangat. Lembut je melayan aku dan baby. Kalau diorang dengar je baby nangis, terus datang ke katil aku tanpa aku tekan loceng kat tepi katil tu. Ahaks2. Rasa VIP sangat, kan? Kikikiki.

5) Makanan Dan Minuman
Kedua2nya, HSNI dan CA lebih kurang je makanan dan minuman diorang. Tak sedap ada, sedap pun ada. Takyahla ko terfikir kalau kat CA makanan lagi sedap. Memang idok le.

6) Kos

HSNI - Masa nak keluar tu, kita kena buat bayaran, kan? Kat HSNi ni aku kena cas sebanyak RM 44 hengget sahaja bersekali dengan cek echo (dikatakan jantung baby ada bukaan sikit). Tapi, dia cuma check echo sahaja. Yang lain2 diorang tak check lagi. So, itulah amaun kena bayara kat HSNI.
CA - Jumlah kos pada masa tu ialah RM5000++. Tak ingat amaun sebenar. Tapi belum sampai 6K lagi. Masa tu yang aku ingat pecahan dia ialah, untuk ibu RM 4000++. Dan untuk anak RM1000++. Part baby, diorang dah check siap2 dengan telinga, jantung dan jugak kumpulan darah. Siap bagitau kemunginan2 yang baby akan ada kuning. Diorang minta aku alert je.
Rasanya itu je lah yang kunun2nya detail sangat tu. Ekekekeke. Korang boleh nilaikan sendiri mana yang baik untuk korang. Aku dah merasa dua2 tempat ni. Pada aku, kalau ada duit, tak nak rasa sakit, bersalinlah dekat hospital swasta yang doktornya sangat pakar. Kalau ada duit, tapi tak kisah sangat pasal sakit, bolehlah bersalin kat kerajaan. Hospital kerajaan pun bukanlah teruk pon. Ok jek. Kalau uols ada GL lagilah best. Terpulanglah kat kita mana yang kita rasa sesuai dengan poket dan jiwa kita. 
Yang penting ialah baby dan ibu selamat dan sihat. Kepada ibu2 yang tengah sarat dan sedang baca entri ni (kalau sudi), pilihlah yang terbaik. Dua2 pon okey. 
Di harap anda2 semua senang bersalin dan semoga dipermudahkan semuanya. Insyaallah. Amiinn.

NOVEMBER BLOGLIST SEGMENT BY FATINA

Meh klik sini untuk juin
Sedang ai berblogwalking, ternampak satu pos from one of my blogger fren. So, daku pon klik dan tetiba teringin plak rasa diri ini untuk juin segmen ni. Tak pernah juin dan kali pertama juin. Pada daku yang setahun jagung berblog ni, this is a good oppurtunity untuk dapatkan ramai geng blogger. Insyaallah.

Mula2 sekali, daku nak tag rakan blog yang daku ternampak akan pos beliau berkenaan dengan segmen ni, iaitu, Wani Sukarno. dan selepas itu, daku nak tag rakan blogger ku iaitu, Rrai yang sudi memfollow daku. Thank you so much, dear. 

Okey, pada pandangan mata aku, blog Cik Fatin ni, lawa, kemas, clean dan simple. Blog yang tak pening nak cari ikon2 dia. I like!!!

Ok, sesapa yang belum join, mehla join eh. 

Much love!!! Tataaa...

Sunday, November 13, 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway By Jari Manis & Scdha Sein Travel


Jom join!!!
Since mood asek nak join GA je, maka inilah hasil joinan aku this week. Huhuhuhu.

Yang rajin2 suka join GA ni, mehla join skali. Nah daku bagi syarat2 penyertaan dia terus kat sini (Copy & Paste). Hehehe.

SYARAT - SYARAT PENYERTAAN :

1. WAJIB FOLLOW blog Jari Manis : Travel List  dan Scdha Sein Photo And Travel . 

2. BUAT dan PUBLISH satu entri bertajuk 'Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel'.

3. TAMPAL BANNER penyertaan dan backlink kepada entri INI sahaja.

4. TAG sekurang-kurangnya seorang rakan blogger atau lebih.

5. JANGAN LUPA tinggalkan tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen entri INI sahaja.

6. Nota Penting : Pastikan follow syarat 1-5. Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, penglibatan TERBATAL.

INGAT!!!! Tempoh penyertaan dari "07 November 2016 hingga 07 Disember 2016 sahaja".

Pemilihan pemenang akan dibuat melalui random number service Random.org. 

Rakan blogger yang daku nak TAG ialah RRAI. Itu saje. 

Sekian terima kasih.

Friday, November 11, 2016

Mega Giveaway By Blogger's Family 2016


Haaaa.... Nampak!!! Join GA lagi. Hehehe.

Okey kali ni, meh la uols join GA ni. Adiah memang sempoi abes. Ramai yang seponser GA yang ni. Kalau ada rezeki kita2, tak ke mana ye dak???

Dia ada beberapa syarat. Kena follow beberapa blog dan insta. Meh korang jenguk blog ni. Semua syarat peraturan dia dah list out. Due date lambat lagik nih. Cepat join jommm!!!!

Awak, Wani SukarnoGK dan Iza Samad. Jomlah join sekali GA ni. Maaf ye ganggu uols dengan tag2 nama dalam blog kita. Kita follow blog awak2 semua. Hehehe.

Kalau rajin follow la insta kita sekali ye. My IG : juliananida

Itu saje. Tataaaa.

GIVEAWAY PENGHARGAAN SA-VIORS



Ehem, ehem. Sejak dah pandai main backlink2 ni, asek try join giveaway je.. Ahak2. Mana ku belajar backlink2 tu? Ha.... Dari entri si Rrai la, sapa lagik. Nah ku bagi link dia. So, sape2 yang baru2 blaja, bleh la tengok at situ. 

Daku pon baru belajar, dan masih terus belajar untuk improvekan ilmu berblog daku. 

Eh, ke lain pulak pergi dia. Meh korang kita join GA yang terlatest ni. Dah nak tamat dah ni. Esok a.k.a 12.11.16 pukul 11malam GA ni tamat. 

Jom! Jom! 

Meh, usha2 gak blog daku. Kalau rajin, leh la follow. nanti ai follow you. Okey? Tataaaa.

My Blog : Present Is Gift
Email : presentisgift11@gmail.com

Wednesday, November 9, 2016

Giveaway contact lens 2016



Assalamualaikum and hi semua. Igshop @laraa.lens by naziramohamad ada buat giveaway! Giveaway yang sister-sister suka pakai sekarang ni, korea soft lens and nampak natural. 2 PASANG CONTACT LENS UNTUK DIPAKAI TANPA DIBELI. Mudah je syarat-syarat dia:

1. Follow ig @laraa.lens
2. Follow blog & tw @naziramohamad
3. Copy entri ini dan gambar giveaway dan post tittle yang sama.
4. Like and comment '<3' di ig @laraa.lens
5. Siap dah! (Kacang je)

GOODLUCK GAIS!!! Ini serious giveaway daripada naziramohamad ya. Mana tahu rezeki awak menang 2 pasang ;)