Wednesday, November 30, 2016

Sedapnya, Wondermilk!!!

Sebelum bersalinkan Ammar aritu, daku teringin nak makan cupcake dari Wondermilk ni. Terasa2 kat lidah akan kesedapan cupcake ni. Huhuhu. Try la korang klik kat gambar atas tu. Ada review dari seorang perempuan pasal Wondermilk ni. 
Pada aku, Wondermilk ni sangay sedap. Kita boleh makan cupcake instead of sandwich dia.
Amenda la yang aku merepek pasal Wondermilk ni kan? Sebenarnya, Wondermilk ni ialah sebuah restoran ala2 cafe. Makanan dia terdiri daripada cupcake dan western food. Tapi bukanlah makanan berat tu. Makanan ringan je. Nak tahu lebih lanjut pasal Wondermilk ni, korang klik la ni.
Gambar kat atas ni gambar aku amik dari blogger. Klik kat gambar then korang tahulah sape blogger tu. 

So, kat bawah ni adalah paras rupa cupcake yang menjadi poojaan hatiku bila pergi makan kat Wondermilk. Mak aiiiii.... Sedapnya lahai tengok paras rupa korang masing2. Bila nak balik Puchong ni!!!! 

Kiss Cheese

Cookies & Cream Dream

Foxy Red Velvet
Antara ketiga2nya di atas ni, aku paling suka Kiss Cheese tu. Yang ni memang cupcake wajib aku. Yang lagi dua ni pulak sunat muakad gitu kalau makan kat situ. Hehehe. Banyak lagi cupcake yang sedap kat sana. Kalau pergi sana konfem rambang mata. 

Satu lagi makanan yang aku suka kat situ ialah sandwich dia yang diberi nama Beef Rashes. Ughhhh!!!! Sedap gila!!! kenapakah kau buat entri makanan malam2 ni wahai, Juliana Nida? Hahaha. Sila stress sekarang. 😂😂😂.

Actually, tau pasal cafe ni beberapa tahun lepas. Anak ex bos aku kata ada satu kedai kek sedap. Katanya, owner kedai kek tu kawan dia. So, kitorang pon apa lagik!!! Terai la!! Haaaiiii.... Nasib baik baik sedap. Tak sia2 perjalanan kitorang dari Kelana Jaya ke Damansara Uptown tu. Jem tu kala2 siang. Kih3.

Kenapa aku promote? Tak... Aku tak promote. Aku cuma teringin nak makan. Sampai sekarang tak dapat makan lagi sebab kebizian Mr. A dan aku belum balik Puchong lagik. Waaaaaa😭😭😭. Kasihanilah aku seadanya!!!

Sekian dulu luahan perasaan hati aku harini. Hukhukhuk.

4 comments: