GIVEAWAY: JOM BACA BUKU - NOVEL PERCUMA!!!
Klik Banner untuk join
Dah lama pulak rasa tak join GA.
Hari ni terasa nak join pulak.
Sebenarnya aritu dah nak join dah GA yang ni. Sebab CJN dulunya pon hantu novel jugak. Ehehehe. Tapi, sebab jalan cerita novel picisan ni sama jek. Macam tak berkembang pulak otak (habislah CJN kena banned lepas ni), jadi CJN dah tak jadi hantu novel dah. Tapi, skang ni macam banyak sangat novel menarik yang keluar kat kedai2 buku. Macam best pulak. Hehehe.
Back to GA. Hari tu dah nak join dah GA ni. Lepas tu gara2 internet slow bangaet, tak dapatlah CJN nak join. Sentap tau sebab lambat loading.
Buku Yang CJN pernah baca iaitu ORANG KETIGA
Pada CJN novel ni sangat menarik.
Ceritanya mengisahkan seorang peguam (CJN tak ingat nama dia sebab dah lama, jadi nama watak dia CJN bubuh ikut suka hati la ye. Tapi jalan cerita dia masih sama. Aci tak, tuan tanah? Huhuhu).
Peguam ni bernama Anis. Dia berkawan dengan seorang lelaki di firma guaman yang sama yang mana, lelaki ni jugak merangkap boifren dia. CJN namakan sebagai Azrul. Si Azrul ni dah berkahwin tapi belum ada anak. Anis ni tau, tapi dia tak kisah. Jadi, dia sanggup jadi pemuas nafsu si Azrul ni setiap malam. Setiap malam pulak, si Azrul ni menipu isterinya dengan alasan berjogging pada waktu malam. Sampailah satu hari, akhirnya kantoi. Maka, mereka berdua bermikah secara baik. Tapi, Isteri Si Azrul diceraikan. Si isteri ni dalam cerita ni cool je. Takde meroyan apa2. Dalam cerita ni. Dia tak tonjolkan sangat watak isteri Azrul. So, baru beberapa tahun berkahwin, Anis ni perasan yang Azrul selalu keluar malam dan berjogging. Sama macam dia buat kat isteri dia dulu!! So, Anis ni syak yang Azrul ada perempuan lain. Sebab apa syak? Sebab, alasannya berjogging. Tapi bila balik rumah, badan semerbak wangi bau perfume perempuan. Kau rasa?! Hiihihi.
Dalam masa yang sama, Anis & Azrul ni ada kawan baik bernama Nasrul. Nasrul ni, dioarang perhatikan sangat romantis dengan isterinya. Tapi, satu hari, Nasrul mati!! Tau sebab apa? Kena bunuh dengan isteri Nasrul tu sendiri!! Anis kaget, Kenapa jadi macam ni? Apa sebabnya? Bukan ke Nasrul ni romantis?? Rupanya bila disiasat, Nasrul sebenarnya kaki dera. Dia suka dera isteri dia waima kesalahan yang isteri dia buat tu sebesar kuman je. Dia punya dera macam salah besar je,
Haaaaa.... Menarik tak cerita dia? Menarik, kan? Kesudahan dia? Anis bercerai dengan Azrul. Isteri Nasrul didapati tidak bersalah. Dan Azrul kembali ke perangai lama dia.
Sekian dulu.
So, sape yang belum baca boleh beli buku ni. Cuma masalah dia, CJN dah tak tau mana nak cari novel ni. Hehehe.
Ok lah, Pada sesapa yang lom join tu marilah kita bersama2 memriahkan GA ni.
Good luck and all the best ya!!
💖💖💖
Wow.. menarik novelnya..
ReplyDeleteAll the best..
Good luck CJN. Sis pun skrg kalau beli novel tak beli dah yg cintan cintun tue. Dah tak boleh masuk. Kalau beli pun kisah cinta yang telah diolah kematangannya. Betul ke ayat tue? Haha.
ReplyDelete