My Love. My Life. My World |
Entri kali ni agak syahdu kisahnya. Bukanlah syahdu sangat tapi, sebagai ibu yang baru nak belajar parenting ni, semangat dan tunjuk ajar dari orang di sekeliling sangat CJN hargai. CJN tak kisah sangat kalau ada yang bagitahu CJN cara2 nak atasi anak kembung. Cara nak hindari anak demam. Macam mana nak bagi baby tak menangis waktu malam. Dan macam2 lagi petua tunjuk ajar yang CJN boleh praktikkan untuk anak2.
Tapi, CJN paling pantang kalau orang compare anak dia dengan anak orang lain. Compare tu kalau baik takpe jugak. Yang ni, compare anak dia dengan anak orang. Pastu bagitau kat semua manusia kat mukabumi ni, anak dia lagi bagus dari orang yang dia compare tadi. WT..??!!!
Baiklah. Biar CJN terus terang je.
Wafi ni baru umur 1 tahun 10 bulan. Perangai budak setahun tu, cuba korang bayangkan macam mana rupa dia. Betapalah Wafi ni sangat aktf dan nakal. Semua benda dia nak buat. Semua orang dia buli. Semua orang kena dengar cakap dia.
Ke, cuma anak CJN je macam tu ek?
Datanglah mak sedara Wafi, 'Cik A' ni. Dia pon anak dua orang jugak. Dua2 pompuan. Yang sulung baru jejak 4 tahun dan sorang lagi sebaya Wafi. Sama je perangai dengan Wafi. Nakal. Suka buli. Kena ikut cakap dia. Yelah, paham2 lah budak umur setahun uolsss!!!
CJN ni tak kisah sangat kalau dia nak marah Wafi. Tapi, janganlah asyik nak marah Wafi je!! 😡😡😡 Macamlah anak dia perfect sangat. Setiap kali Wafi kena marah dengan dia, CJN peratikan je apa yang Wafi buat. Kengkadang takde kaitan dengan dia pon. 😓😓😓
Yang paling takleh tahan tu, dia banding2kan anak sulung dia yang 4 tahun tu dengan perangai Wafi yang umur 1 tahun tu!!! Laaaa.... Mana sama wei anak ko dengan anak aku!!! Marah sungguh CJN dengan dia. Takleh terima betul!! Anak dari mak yang sama pon, lain perangainya. Inikan pulak anak orang lain!!! Dah lah tu, nak bandingkan budak umur setahun tu, dengan budak umur 4 tahun. Jauh beza beb!!! Jauh sangattttt!!!
So, CJN simpulkan bahawa dia mungkin tak suka Wafi kot... Yelah, Wafi kuat meragam sejak kecik. Demam sikit je, menangis abes satu rumah takleh tido. Kena gigit nyamuk pon mengamuk sampai semua orang takleh tido. Kembung pon, abes satu rumah kena sibuk cari dedaun sirih ka, kain suam2 untuk tuam kat dia.
Itu andaian CJN je la. Sebab, dari dulu lagi memang dia suka comparekan Wafi dengan anak2 dia. Anak2 dia ok. Yang dua orang tu. Dia compare dengan Wafi sorang. Ko rase??!!! Dia kata, anak dia bijak, pandai, suka belajar, cantik, tak kacau orang, tak nakal. Wafi ni pulak pada dia, susah jaga, kuat mengamuk, nakal, manja terlebih, pastu Wafi lambat berkembang, lambat jalan, tak pandai macam anak dia, tak secomel anak dia, tak murah rezeki macam anak dia, semualah yang yang tak berapa baik tu ada kat Wafi.
CJN sedih sangat bila orang compare macam tu. Yelah, dia kan mak sedara Wafi. Kita sama2 ada anak umur sebaya. Kalau Wafi nakal tu, bagitahulah macam mana cara nak bagi Wafi tu tak jadi nakal. Bagitaulah cara nak bagi Wafi jadi baik macam aak dia. Semua orang kat umah ni tak tau CJN nangis kalau ada orang marah Wafi beria2 macam Wafi bunuh orang. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Sebenarnya, Wafi pon selalu kena marah dengan CJN. Bukan marah teruk2lah. Marah untuk ajar dia jadi budak baik je. Wafi ni, bukan je dah start kena marah dengan CJN. Semua orang dah start pandai marah dekat dia. Silap CJN la kot marah dia depan orang ramai. Jadi, maknanya CJN bagi chance kat orang lain untuk marah dia. Plus dia terlalu nakal agaknya.
Rasanya, CJN kena ubah sikap. CJN tak nak marah Wafi depan orang lagi. CJN tau caner rasanya. Sebab, anak2 kecik ni lagi cepat terasa dan lebih sensitif keadaannya. Marah anak depan orang ni membuatkan anak2 hilang self konfiden, jadi tambah nakal, dan tak dengar kata. Sorry, Wafi, Kengkadang tu, perangai Wafi melangkaui kesabaran ibu... Maka ibu, bertabahlah!!!
Sekian je terasa hati untuk kali ni. Agak panjang luahan hati arini.
Wasalam. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
No comments:
Post a Comment