Wednesday, January 11, 2017

Kenapa Kita Nikah?

Dicedok dari Abang Google

Bulan Disember yang lepas adalah Annivessarry CJN dengan husband yang ke-8. 

Alhamdulillah selepas menongkah arus yang kuat, amukan badai yang zalim dan menelan kata2 manusia masa awal pernikahan menjadikan pernikahan ni bertambah kuat.

Pejam celik, pejam celik. CJN tak sangka dah sebegitu lama CJN nikah. Aduhaiii!!! Rasa macam baru jek kejadian tu berlaku. Dan yang paling ketara sekali, betapa sekejapnya masa berlalu. Tak sangka CJN bole hidup bersama dengan sorang jek lelaki macam gini punya lama!! Hahaha.

Jangan salah sangka. CJN bukannya kaki lelaki. Huh!! Buruk pulak jadiknya bunyi kaki lelaki tu, kan? Hahaha. Tapi, CJN nak bagitahu yang CJN bercinta dengan ex-ex sumer tak pernah jejak 3 tahun. Like, seriuosly?!! Hahaha. I'm telling the truth!! (yang ex-ex tu pon tak sampai pon 3 orang!!! Hahaha)

Apa yang CJN dapat simpulkan sepanjang pernikahan ni, ialah sabar, tenang dan tolak ansur. Ini memang key word untuk perkahwinan. Takde salah satu, kerjanya asek berantakan je lahhh!! Kalau nak tambah lagi, saling mempercayai. Kalau yang ni takde pon payah jugak. Asek nak kena menelepon 24/7. Dah tak jadi keje gitu.

So, baru2 ni CJN terfikir satu soklan kat Mr. A. 

Kenapa dia nikahi CJN? Ramai lagi orang lain dalam Malaysia ni. Kenapa pilih CJN?

Soalan tu dijawab dengan beberapa jawapan.
Sebab, dah ditakdirkan.
Sebab, dia jatuh cinta dengan CJN.
Sebab, dia nak jaga CJN.

Tapi, jawapan paling tepat yang dia jawab ialah, dia nikahi CJN lillahi ta'ala.  Maksudnya, kerana Allah Ta'ala.

Betul ke?
 
Entahlah.

CJN pun tak tahu. Itu mungkin jawapan yang betul bagi CJN. Tapi, belum terbukti lagi. Kalau nak tau betul ke tak, kena tunggulah usia annivessarry ni 40 tahun ke, 50 tahun ke... Kalau masih sambut annivessary dengan orang yang sama, betul la tu gaknye. Hehehe.

Sebenarnya, bukan senang nak dapat jawapan "kerana Allah Ta'ala" tu.

Ramai niat orang nak kawen, sebab tengok kengkawan kawen, sebab takut bf/gf kena caras, takut long distance, takut esok tua takde orang jaga, dan macam2 la hal dunia yang saje2 kita ni cipta untuk menikah.

So, CJN harap Allah tetapkan iman kami berdua dalam mengharungi badai dalam rumahtangga. Panjang lagi laluan hidup kitorang untuk hadapi cabaran ni.

Semoga perkahwinan ni kekal hingga ke akhir hayat. Kalau boleh, sampai ke jannah.

Terima kasih Mr. A jadi suami CJN. Teruskanlah jadi seorang suami yang penyabar, bertanggungjawab, penyayang, rajin, dedikasi dan beriman. Semoga Allah lindungi dia dari kejahatan manusia. Doa CJN, semoga dia bahagia di dunia dan akhirat. Insyaallah.

Much love,
CJN💖💖💖

8 comments:

  1. Happy anniversary CJN. Smg berkekalan dan berbahagia selamanya.

    Ps: kita selalu akan bertemu dgn ramai org yg salah sblm jumpa org yg betul2 utk kita kan. :)

    ReplyDelete
  2. heppi 8th anniversary both of you!

    muga rumahtangga dibina sentiasa dipayungi rahmah dan berkat,Insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Husna. Semoga doa ini berbalik kepada awak juga. :)

      Delete
  3. Happy Anniversary! :) Semoga Kekal sampai akhir hayat, Amin.
    New Update: How My Senior Year?

    ReplyDelete