Thursday, January 5, 2017

Masalah Ruam Lampin Pada Bayi


Bayi yang berumur kurang dari sebulan biasanya mengalami ruam lampin pada celah bedah diorang. Begitu jugak Ammar. Tak berkecuali. Cuma kadar ruam dia agak teruk berbanding Wafi. Ruam Ammar kalau korang tengok mesti ngeri. Sebabnya, sampai ada nanah besar dan kecik.
Bila CJN bawak pergi klinik, nurse suggestkan untuk berjumpa dengan dokter. Maklumlah, dokter kan lagi tau ubat apa nak bagi kat kanak2. Ni bukan je kanak2, malahan ini baby. Kulit baby memang sangat sensitif.
Sebelum tu, CJN nak bagitau yang masa kelahiran Wafi, ruam lampin tetap ada. Tapi, CJN gunakan Sudo Cream untuk buat ubat. Pakai beberapa kali je, dah berkesan kat Wafi. Kebetulan pulak Sudo Cream yang CJN dapat tu dari pada Colombia Asia. Maka bendanya free la. Tu pon try and error jugak. Bila tengok seswai CJN teruskan pemakaian cream tu kat Wafi.
Jadi, masa Ammar kena ruam lampin aritu, CJN gunakan cream yang sama. Malangnya, ubat tu tak seswai dengan Ammar. Ruam Ammar semakin teruk berbiji2. Kesiannya, Allah je lah yang tahu. 
Dah jadi macam tu, CJN memandai2 bagi baby oil kat bahagian ruam tadi tu. Yelah, kalau dia takleh pakai cream, maknanya dia seswai pakai minyak la kot. Lagipun, bila pakai baby oil tu, kadar najis dia melekat kat punggung sangat rendah. So, senang cuci. Bila senang cuci, ruam lampin tu takde la bertambah banyak ataupun merebak.
Tapi, beberapa hari kemudian, ruam dia surut sikit jek dari yang sebelum ni. Yang nanah2 tu still ada tak nak pulak dia hilang. Jadi, bila CJN pergi klinik, CJN tanya dengan nurse. Nurse tengok pon ala2 seram gitu. Terus dia suggest untuk jumpa dengan dokter.
Bila CJN bawak Ammar jumpa dokter, dia kata ruam ni perkara biasa. Walaupun ruam Ammar nampak macam teruk, tapi sebenarnya dia akan baik secara semulajadi. Tapi, secara semulajadinya tu lamalah nak baiknya. So, CJN tanya dokter. Tak nak bagi ubat ke kat ruam yang teruk ni? Dokter tu macam hesitate jugak nak bagi. Tapi mungkin dia tengok muka CJN macam beria nakkan ubat, dia pon bagitau CJN yang dia akan bagi ubat.
Hasilnya, CJN dapatlah ubat yang boleh dikatakan seswai dengan Ammar. Ubat tu bernama UPHASTATIN. Gambar CJN bagi sekali untuk rujukan kalian.
Gambar ni je yang ada kat google

Hasil daripada tu, ruam lampin Ammar semakin berkurang dan cantik pulak kulit kat bahagian itewww. Lega CJN nengok kejadian yang semakin pulih tu. Takdelah risau sangat. Ammar pulak jenis yang sakit ke, tak sakit ke, diam aje. Bila di agah2 tetap teruskan senyuman. Hai.... Ammar, Ammar. Ibu ni risaukan awak tau... 😅😅😅
Alhamdulillah. Sekarang kulit punggung dah cantik menawan kalbu. 😁😁😁
Terima kasih dokter sebab bagi ubat yang seswai pada Ammar. 
So, kepada ibu2 yang mengalami nasib yang sama, bolehlah try ubatan2 seperti digambar ye. Tapi, kena tengok kesesuaian kulit anak jugak. Paling senang, jumpa je lah dokter. Agak 2 3 hari tak baik, pergi je jumpa dokter lagikkk. 😂😂😂
Itu je lah nak share untuk kali ni.
Sekian. 💖💖
*P/S : Semua gambar di ambil dari Mr. Google.

5 comments:

  1. Boleh jadi rujukan nie. Dulu time anak sy kena ruam, pakai kan sudo cream tue jugak. Alhamdulillah serasi. Dpt pun free dr hospital. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Sudo cream ni memang bagus. Tapi tulah. Tak serasi pulak kat anak yang 2nd. Hehehe. Bleh je jadikan rujukan. Sharing is caring :)

      Delete
  2. Susah hati kalau anak kena ruam.. Kengkadang senang hilang.. kengkadang kemai susah nak hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.susah hati sangat. risau sebab diorang belum pandai cakap mana yang sakit, apa yang sakit...

      Delete
    2. biasa gak guna pureen tu utk anak.. tapi sekarang pakai herbal blend organik

      Delete