Monday, November 14, 2016

Hospital Kerajaan VS Hospital Swasta

Ok lah, back to bisnes. Ehehehe. Asek join GA jek sampai lupa dah tujuan asal berblogging. Tak baik tau!!
Sebenarnya dah lama nak update pasal tajuk ni. Sebelum2 ni penah citer jugak tapi tak sedetail ni. Kali ni, aku akan buat pos pasal tajuk ni dengan lebih detail lagi. Sebab sebelum2 ni citer pasal bersalin kat hospital swasta. Lepas tu, demam kuning, masuk hospital kerajaan. So, situasi citer dia tak sama.
Gambar di atas tak berkaitan dengan pos. Cuma, nak bagitau yang sorang tu lahir kat spital swasta, dan yang sorang lagi tu spital kerjaan. Kikiki. Aku tak kata semua spital kerajaan dan swasta macam ni. Aku akan spesifikkan spital mana yang aku bersalin aritu. Okeh!!!
Hospital kerajaan tempat aku bersalin anak kedua adalah Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat (HSNI). Spital swasta pulak ialah, Colombia Asia, Puschong (CA). Ajommm kita terjah!!!
1) Kecekapan

i. Kat Kaunter
HSNI - Sangat cekap dan pantas. Walaupun banyak soalan2 dari dokter2 pelatih, tapi masih berperikemanusiaan lagi sebab nurse kat situ tolong daftar untuk aku. Masa tu, mak dan ayah puasa. So, diorang tolong daftarkan. Terima kasih, nurse. 
CA - Walaupon berbayar, tahap kemanusiaan dia memang agak kureng. Ko bayangkanlah ko duduk kat kaunter tu dekat sejam baru dilayan. Kalau diingat2 tu geramlah jugak. Tapi sebab kesabaran sangat tinggi masa tu, so tak amik port sangat.

ii. Doktor dan Nurse

HSNI - sangat cekap. Masa daku bersalin tu, tak yah ada doktor pon. Kita berbidankan nurse je, beb!! Nurse tu pon cekap sangat!! Dari mula sampai habis dia buat sorang2. Akak salute budak tu. Cakap sangat berbahasa dan takde tinggi2 suara pun. Tapi, kat dalam wad karang kita kena buat sendiri semua benda. Cuma, baby je dia yang bersihkan. Yang lain2 tu pandai2 ko la ye. Ko nak basuh pad ke, ko nak mandi ke, lantak ko leee....
CA - sangat cekap. Tapi, kita bersalin dengan doktor. Doktor ni pulak memang doktor pakar. Sape2 yang teringin nak bersalin kat CA ni, daku sajeskan Doktor Raja Juhaidah. Sangat expert dan banyak pengalaman. Sangat cool walaupun cara cakap dia macam kerek sikit. Tapi, aku suka doktor ni. Cekap sangat!!! Nurse pun sangat okey. Melayan kita macam tuan puteri gitu. Dari A sampai Z dia buat untuk kita. Tukar pad pun dia yang buat. Hehehe. Adehhh!!! Pastu, baby kita pon dia tolong jagakan. Almaklumlah, masa ni lah na cas lebih sikit. Ye dok? Kikiki.

2) Keselesaan
HSNI - Labour room dia selesalah jugak. Suami boleh masuk temankan dan ko boleh sembang dengan laki ko sampai terbersalin. Tapi, sebelum masuk LR tu, ko kena hadiri taklimat suami masuk ke kamar bersalin. Aku pernah buat entri tu sebelum. Ni link dia. So, sape2 yang tak pergi taklimat ni, suami dia takleh masuk ke LR ye. Dan taklimat ni hanya kat HSNI. Tempat lain tak taulah pulak. 
Ok, pastu lepas bersalin tu, kena masuk wad, kan? Alaaa.... Wad spital kerajaan apa expectation ko? Takkan macam hotel 3 bintang pulak kan? Haaaa.... Kebetulan pulak dapat kelas ketiga, ko paham2 je lah acaner rupa wad kerajaan. Tapi, HSNi ni, wad dia baru sikit. So, oklah sikit. Aku tak tau kalau kelas kedua dan pertama. So, jangan tanya. Wakakakaka.
CA - Malas nak cakaplah!!! Sangat selesa lah of kosss!!! Suami bole masuk masa bersalin. Kan ke best tu?! Duduk kat LR tu pun ko bole tido dengan tenangnya. Lepas tu, masuk wad lagi2lah selesa. Kebetulan aku dapat wad untuk 2 orang. tapi, sebab pesakit sebelah tu check out, aku ala2 sorang je dalam wad tu. Bilik air dah ada sekali dalam wad. Pastu, ubat gigi dan berus gigi pakai buang memang disediakan. Sebab apa aku kata pakai buang? Sebab, sekali je ko pakai. Pastu hancur. Hahaha. Baby pulak, dia tolong jagakan. Sebenarnya, baby boleh je tidur dengan kita, tapi ibu2 yang pertama kali dapat baby biasanya susu tak keluar lagi time2 ni. Jadi, baby akan menangis lapar. Tapi, jangan bimbang sebab nanti diorang akan bagi susu kat baby kita. It's ok, mommies!! Diorang sediakan bell untuk kita panggil diorang kalau baby lapar, nak mandi, berak kencing. Semua diorang uruskan. Sementara tu, kita rehatlah dulu. 

3) Kesakitan
HSNI - Masa bersalin kat HSNI, daku diberi peluang untuk rasa sakit. Dari A sampai Z. Maksudnya, dari rasa sakit nak bersalin, hampir bersalin, nak bersalin, masa bersalin dan lepas bersalin. Secara detailnya, takde ubat bius untuk kita lupakan sakit kita masa keadaan2 ni terjadi. Kecuali masa jahit tang koyakan tu je. Koyakan dalam tu, memang dia bius sebelum jahit. Tapi masa dia jahit kulit tu memang dia tak bius. Dia jahit kita hidup2 dan kita boleh rasa acaner jarum tu menusuk2 kulit kita masa tu. Yang sakit pon tang tu jahit kulit tu je lah. Yang lain2 tu sama jek.
CA - Sakit bersalin memang dah dari rumah. Tu, memang takleh elak. Tapi masa bersalin aku tak diberi peluang untuk merasa sakit. Mungkin diorang bius aku time tu. Sebab tetiba je diorang nak bersalinkan aku secara vakum. Dahlah vakum, tak sakit pulak tu!! Kalau vakum ni lagi banyak koyakan aku rasa sebab doktor jahit koyakan aku tu agak lama berbanding bersalin normal masa kat HSNI. Tapi, buat pengetahuan korang, masa bersalin kat CA ni, tak rasa sakit langsung!! Masa jahit pon tak sakit. Benang dia pon jenis yang tebal punya. Masa cuci darah je la yang aku merasa sakitnya. Tu pon sikit jek.

4) Layanan Dari Nurse

HSNI - Layanan diorang masa kat kaunter, sangat okey. Kat LR pon sangat baik. Tetiba, bila daku kata, daku takde GL, nurse tu terus layan aku macam sampah. Cessss!!! Terus nak bebel2 kat aku kenapa aku tak suruh Mr. A tolong cucikan pad masa dalam wad. WTH?!! Sebab aku malas nak layan, aku buat dek jek. Nurse yang macam ni besenya yang jenis2 makcik2. Yang dah 40 ke 50 taon aku rasa. Sebab mana2 yang nurse2 muda ni, diorang sangat baik melayankan orang. Yang aku peratikan lah. Aku pon pelik. Patutnya, dah jadi makcik2 nilah yang lagi ok kan perangai dia? Macam2 jek manusia nih.
CA - Masa kat kaunter memang sangat teruk. Kira worse ever lah!!! Tapi, masa dalam wad, semuanya ok sangat. Lembut je melayan aku dan baby. Kalau diorang dengar je baby nangis, terus datang ke katil aku tanpa aku tekan loceng kat tepi katil tu. Ahaks2. Rasa VIP sangat, kan? Kikikiki.

5) Makanan Dan Minuman
Kedua2nya, HSNI dan CA lebih kurang je makanan dan minuman diorang. Tak sedap ada, sedap pun ada. Takyahla ko terfikir kalau kat CA makanan lagi sedap. Memang idok le.

6) Kos

HSNI - Masa nak keluar tu, kita kena buat bayaran, kan? Kat HSNi ni aku kena cas sebanyak RM 44 hengget sahaja bersekali dengan cek echo (dikatakan jantung baby ada bukaan sikit). Tapi, dia cuma check echo sahaja. Yang lain2 diorang tak check lagi. So, itulah amaun kena bayara kat HSNI.
CA - Jumlah kos pada masa tu ialah RM5000++. Tak ingat amaun sebenar. Tapi belum sampai 6K lagi. Masa tu yang aku ingat pecahan dia ialah, untuk ibu RM 4000++. Dan untuk anak RM1000++. Part baby, diorang dah check siap2 dengan telinga, jantung dan jugak kumpulan darah. Siap bagitau kemunginan2 yang baby akan ada kuning. Diorang minta aku alert je.
Rasanya itu je lah yang kunun2nya detail sangat tu. Ekekekeke. Korang boleh nilaikan sendiri mana yang baik untuk korang. Aku dah merasa dua2 tempat ni. Pada aku, kalau ada duit, tak nak rasa sakit, bersalinlah dekat hospital swasta yang doktornya sangat pakar. Kalau ada duit, tapi tak kisah sangat pasal sakit, bolehlah bersalin kat kerajaan. Hospital kerajaan pun bukanlah teruk pon. Ok jek. Kalau uols ada GL lagilah best. Terpulanglah kat kita mana yang kita rasa sesuai dengan poket dan jiwa kita. 
Yang penting ialah baby dan ibu selamat dan sihat. Kepada ibu2 yang tengah sarat dan sedang baca entri ni (kalau sudi), pilihlah yang terbaik. Dua2 pon okey. 
Di harap anda2 semua senang bersalin dan semoga dipermudahkan semuanya. Insyaallah. Amiinn.

2 comments:

  1. singgah baca..akak beranak kat Gh sekali, Kat separa Gov sekali..no 3 ni inshaAllah kat private kot sbb memang kerja kat private spital

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik. meh la share kat private spital mana? leh usha arga. hihihihi.

      Delete