Monday, September 26, 2016

Hospital Pantai Batu Pahat

So, last week lepas check up kat KKIA Senggarang, maka aku teruskan perjalanan ke Batu Pahat. Selalu kalau pergi Batu Pahat, kitorang g BP Mall jek. Hari ni, sekaligus pergi. BP Mall dengan Hospital Pantai sekaligus.

Masa check up kat KKIA Senggarang, semuanya berjalan lancar seperti biasa. HB kan dah naik masa last check up. So, aritu xde amik darah. Minggu lepas tu pulak dah minum air gula yang "lazat" tu untuk kali kedua sebab aku ada sejarah keluarga diabetes kan.... Redho je la heh!! 

Result untuk minum air gula tu mungkin keluar minggu ni. Paling lambat pon minggu depan rasanya. Dalam 5 Oct nanti check up lagi. Katanya, aku kena jumpa dokter lagi. Tak tau la pulak kali buat apa pulak...

Eh.... Melalut pulak dah... Citer pasal Hospital Pantai tadi. Malam sebelum pergi tu, adik ipar aku masuk Pantai BP ni lah. Jadinya, aku ingat nak p melawat sekali. Sambil2 tu nak book bersalin kat situ. Kemungkinan besar aku nak bersalin kat situ. Tak tahulah berapa kos nya. Kata adik ipar aku dalam RM1.5k je. So, aku rasa macam ok la kot. Within budget gitu bak kata mat salleh. 

So, pergi kat kaunter tu aku tanya dengan receptionist yang ramai tu. Diorang kata dokter yang aku nak tu memang ramai orang book. Kalau nak book dia, kena book sekarang. Diorang suruh aku terus pergi klinik dia kat bilik 11. Pergi je kat situ, dia punye assistant tengah sibuk. Memang aritu pergi pon ramai jugak orang tengah tunggu turn.

So, aku bagi je la no IC sebab sebelum ni dah penah check up kat sini sebelum ni. Tapi aku dapat dengan dokter lelaki. Baik sangat dokter lelaki tu. Nama Sufian Hadi. Nasib baik la lelaki. Kalau tak, nak jugak aku suh dia je yang sambut baby aku. Keh keh keh.

Dah lepas cek IC nama aku pon terpampang kat skrin. Diorang tanya aku dah ada appointment tak dengan Dr. Lau ni (pompuan, cina). Aku cakap tak pernah lagi. So, diorang buat terus bagi aku kad appoinment. 30 September nanti aku kena jumpa Dr. Lau dulu. Kendian baru boleh decide nak bersalin kat mana.

Mesti ada yang tertanya2, kenapa aku buat keputusan bersalin kat sini? Takde sebab. Aku cuma berharap dapat perkhidmatan yang terbaik kat sini. Aku harap dapat nurse yang ok dan dokter yang ok jugak. Itu je. Aku memang seram nak bersalin kat hospital gomen lepas dengar ipar2 aku bercerita. Dalam ramai2 yang bersalin kat Hospital Sultanah Nora Ismail tu, ada la sorang dua yang kata bersalin kat HSNI tu ok. Ikut nasib la agaknya. 

Aku harap yang terbaik untuk anakandaku sayang. Aku harap layanan diorang sama macam kat Colombia Asia. Harap sangat nih!! Kata orang, sama je bersalin kat mana2. Sakit tetap sama. Tu sudah semestinya... Cuma kalau bole biarlah nurse yang layan tu penuh berhemah. Kita sakit, nak dengar pulak dia membebel. Nak dengar diorang menyakitkan hati lagi. Lagilah aku ni takde GL. Tak tau lah caner layanan nya. 

Semoga lah, aku buat keputusan yang bijak dan betul. Semoga Allah bantu aku. 

2 comments:

  1. Semoga semuanya berjalan lancar & selamat melahirkan anak.. doa banyak2 diberi ketenangan ok ;)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  2. Tahniah sis... kongsi pengalaman. Betul ke cuma 1.5k kalau normal?

    ReplyDelete