Saturday, September 3, 2016

Ceritera Lampin Pakai Buang

From google
Tengok picer pon dah tau dah kan apa yang aku nak citer, kan? Picer kat atas diambil dari blog ni. Mintak picer ye tuan tanah. Harap tak marah. Huhuhuhu.

Alkisahnya, baru2 ni asek try pampers baru je untuk si Wafi. Kebetulan Wafi ni memang takde alahan apa2 kat lampin pakai buang kat pasaran sekarang. So, aku rasa, aku nak try kat Wafi pelbagai pampers untuk tengok keserasian. Sian dia jadik bahan ekperimen ibu. Hahaha. Yelah, nak tengok mana yang lagi okey untuk Wafi pakai.
Sumber Dari Pet Pet Malaysia
Yang pertama2nya Wafi guna Pet Pet sejak dari dia lahir lagi. Dari saiz dia NB lagi Wafi dah pakai Pet Pet ni. Sampai sekarang pon dia masih pakai Pet Pet bersaiz L. Pada aku affordable dan okey sangat. Sebab ada satu kedai kat Puchong tu jual Pet Pet ni dengan harga yang murah. Lebih murah dari Tesco. Kalau tak salah aku dalam lingkungan RM29-30 macam tu. Mr. A pon kata kat situ paling murah diorang tu jual Pet Pet. Tapi, sejak aku duduk rumah ni. Aku teringin nak try jenama lain jugak. Jadi aku google diapers mana yang orang kata okey. Sebabnya, sejak Wafi susu botol ni, pampers dia selalu penuh dan kerap kena tukar. Kalau dia poo poo tu dalam sehari dua kali dia poo poo. Kalau tak pun, sehari sekali. Kencing tu tak yah cakap lah. So, Pet Pet cepat penuh dan kena sentiasa tukar. Tapi setakat ni, belum pernah tembus lagi.
Sumber dari Blog Ni
So, percubaan pertama adalah Huggies Dry Comfort. Memang la compfort anak den pakai diapers ni. Tapi, macam aku kata tadi. Wafi sekarang kerap minum susu. Dua jam sekali minum susu. Jadi kencing dia sangat banyak. Kalau siang kena tukar sampai 3 kali. Walaupun harga Huggies agak mahal dalam lingkungan RM30-RM34, tapi pada akulah. Ni sebab aku tengok Wafi yang pakai. Anak orang lain aku tak tahu lah kan. Kena tukar kerap jugak macam Pet Pet. Sebab aku rasa Huggies ni nipis. Kalau penuh tu dia punya kembung tu. Hahahaha. Wafi nak berjalan pun tak boleh. Tapi, secara amnya Huggies ni ok2 je lah. Kalau nak banding ngan Pet Pet, lagilah dasat kembung Pet Pet tu. Nampak sangat penuhnya. Huggies ni better la sikit. Cuma, bila dah penuh, baju Wafi rasa sejuk2 gitu. Macam tembus je gayanya. Tapi, sebenarnya tak tembus pun. Cam tu lah, pengalaman Wafi pakai Huggies. Jadi, aku stop beli Huggies.

Sumber Dari Sini
Lepas tu, aku try jugak pants ni. Pants ni guna untuk berjalan2 jek. Diapex yang ni macam ok pulak aku tengok. Aku lupa harga sebab masa tu beli kat baby shop kat Senggarang. Masa tu tengah offer. Dapat yang trial punya dalam RM12. Dalam ada berapa keping jek. Tapi diapers ni buat berjalan jek. So, berapa kali la sangat Wafi pakai Diapex ni. Tapi, bila Wafi pakai ni nampak sangat selesa dan cantik pulak. Sebab dia pants kan. Jadi, perut Wafi nampak kurus. Hahaha. Sebab Wafi tu perut buncit sikit. Maklumlah, budak kerap minum susu. Orang katalaaaa. Cuma masalah kalau dia poo poo. Alamakkkk!!! Tak reti la daku nak buang najis kat pants tu. So, aku pon stop jugak beli Diapex yang pants. Akan datang maybe bole try beli yang biasa2 punya. Nak tengok caner plak sebab belum penah beli lagi. Tapi aku tengok anak sedara aku pakai. Macam senang tembus jek. Hermm.... Maybe dia pakai senget kot. Takpelah. Apa2 kang aku try. Kalau rajin boleh la tepek kat blog ni. Kalau rajin beli lah. Hehehehe.
Sumber dari Mamy Poko
So, last sekali aku try MamyPoko ni. Okey. Harga memang mahal lah!!! RM29-RM34 baru dapat 38 keping jek. Hahaha. Padan muka aku. Nak try sangat kan.... Tapi, masa ni beli masa offer jugak. Jadi, aku dapat RM 29.20 38 keping. Jadi, aku try. Memang lah berbeza pakai jenama MamyPoko yang boleh buat mami pokai ni. Memang dia tahan lama. Wafi pakai MamyPoko ni masa waktu malam dan masa tido jek. Sebelum pakai MamyPoko tu Wafi pakai Pet Pet lepas mandi waktu petang. Dalam pukul 10 malam ataupun sebelum tido Wafi kena tukar pampers dulu dari Pet Pet ke MamyPoko. So, MamyPoko ni pakai lama la sikit. Kiranya satu malam pakai MamyPoko ni, tapi bila bukak esok Wafi macam tak kencing gitu. Mungkin Wafi kencing sikit ke apa ke aku pun tak pasti. Biasanya, Wafi kencing banyak malam2 ni. Tu konpius sekejap bila pakai MamyPoko ni. Tak tau banyak ke tak dia kencing. Hahaha. Haru betul!!! Tapi aku rasa macam berbaloi bila MamyPoko ni kalau anak tak banyak poo poo lah. Kalau dia rajin poo poo memang pokai la mummy. 

Tu jek la percubaan2 yang aku dah buat setakat ni. Sebenarnya ada banyak jenama lagi kat pasaran yang aku nak try. Macam Whoopie, Drypers, Hey Baby, Babyku, Pampers, Tesco & etc.

Dalam senarai aku, mungkin lepas ni nak try Whoopie pulak. Lepas tu nak try Tesco pulak. Yang lain2 tu nanti akan dipertimbangkan. Kalau mummy2 perasan, Drypers ada banyak kat pasaran. Melambak2 kat kedai2 dan pasaraya. Macam mana diorang takut nak pakai Drypers, begitulah jugak dengan aku. Sebab aku ada like page Drypers kat fb. Banyak sangat komen tak best kat page dia. Jadi, sebab tu je lah yang membantutkan hasrat nak pakaikan Wafi dengan jenama Drypers ni. 

So, setakat ni je la entri kali ni. Oh, ya. Dan untuk future baby, aku dah belikan dia Pet Pet NB. Beli satu pek je la dulu. Baby kan cepat besar. Ehehehe. Takut kang dia cepat besar agak membazir pulak kang. 

Ok lah tu saje untuk kali ni. Semoga kita boleh pilih diapers yang terbaik untuk anak2 kita. Insyaallah. Wassalam.





2 comments:

  1. salam singgah dan salam kenal.... salam ukhwah
    follow sini.. tengok link dari blog bajuwarnacoklat .. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakam ukhwah. terima kasih follow blog yang tak sepertinya ni. kalau nak saya follow semula bagi link. sy akan follow anda. terima kasih. :))

      Delete