Wednesday, September 28, 2016
Makanan Anak Umur Setahun Ke Atas
Tuesday, September 27, 2016
Anak Demam Batuk Selsema
Sumber dari Google |
Monday, September 26, 2016
Hospital Pantai Batu Pahat
Saturday, September 24, 2016
Kebimbangan Terhadap Anak-Anak Ku Sayang
Saturday, September 10, 2016
Ubat Sembelit Untuk Kanak Kanak
Gambar diambil Dari Google |
Sumber gambar dari Mr. Google juga |
HB naik pada Minggu ke-33 - 2nd Preganancy
Gambar dari Mr Google |
Minggu ni dah jadi 33 minggu daku pregnant. Yang tak tahannya kena pergi klinik sampai 2 kali. Sekali jumpa nurse. Sekali jumpa dengan dokter. Masa buat appoinment aritu aku dah bagitau dah kat nurse yang selalu check aku. Minggu ke 33 ni nanti, aku kena jumpa dokter pada 8.9.16. Dia kata, takpe. Dia nak check aku dulu sebelum aku jumpa dokter. Aku pon ok kan jek laaa. Nak acaner. Macam2 mana pon kita kena jugaklah datang kan sebab dah nurse cakap macam tu.
So, aku datanglah pada 6.9.16 jam 11 pagi berjumpa dengan nurse tu. Mula2 macam biasalah pergi daftar apa semua. Sekali tu, time suruh amik urine, aku takleh buang air pulak. Punye lah stress. Adoyaiiiii!! Tak pernah umur pulak aku jadi macam tu. Dah aku kena beli air pulak kat klinik untuk cek urine. Lepas tu, nurse ni kata perg check HB dulu. Kendian baru amik urine. So, aku pon pergilah amik HB. Dan yang best sekali masa tu, HB naik pulakkkk... Alhamdulillah.
Jadi, nurse2 ni pun merisik2 dengan aku, apa yang aku buat untuk naikkan HB. Sebenarnya, aku cuma ikut apa yang nurse suruh aku buat je. Macam aku penah cite kat entri ni. Aku buat je apa yang nurse suruh. Cuma aku tambah dengan minum air pati delima dan makan 2 sudu pati delima pati setiap pagi dengan petang. Bukan 2 sudu sehari ye. 4 sudu sehari. Aku minum jenama Gulsan. Picer pati delima ni aku sertakan sekali kalau2 ada sesapa nak tahu acaner rupa dia.
Inilah pati delima tu. |
So, inilah pati delima yang aku minum setiap hari. Alhamdulillah, nampak perbezaan. Dari HB aku 9.6 terus jadi 11. Nurse2 ni siap ucap tahniah kat aku sebab berjaya naikkan HB. Hehehe. Siap ada yang bagi sajesen kat aku untuk makan buah delima, kismis dan kurma. Aku ok kan aje. Sebab kurma memang ada kat umah. Kismis dah habis tapi masa makan kismis aritu HB tak naik. Tu yang berenti sekejap makan kismis. Terus amalkan pati delima. Mungkin jugak sekali dengan aku amalkan makan zat besi yang klinik bagi tu. Makan 4 biji sehari macam minum pati delima jugak. Sekarang ni, mission aku ialah, nak kena stabilkan HB. Jangan bagi turun lagi dah. Harap2 berjaya!!! Chayokkkk!!!
Oklah, bila dah check darah dan amik tekanan darah semua. Aku sambung la nak pergi buat urne test. Tetibe mamat kat makmal tu, dah pergi rehat pulak. Takpelah. Nurse tu kata, takpe. Nanti tulis kat sini tak leh buang air. Cehhh!!! Hampehhh!!! Dah tentu2 mamat tu rehat awal. Aku jugak yang kena. Hampeh betul!!! Check up aku pun diteruskan dengan jumpa nurse untuk tengok kedudukan baby. Nurse yang aku jumpa pulak bukannya nurse yang selalu tu. Orang lain pulak dahhh!!! Tu dia tengok tarikh check up aku tu. Sepatutnya, aku jumpa nurse tu sekali je dengan tarikh aku jumpa dokter. Tak membazir waktu katanya. Ahhaaaa!!! Tau pon!!! Tapi katanya, aku kena datang jugak pada 8.9.16 tu untuk jumpa dokter.
Jadi, 8.9.16 tu, aku jumpa dokternya. Lembut je dokternya. Baik. Aku kena jugak check up macam biasa. Macam hari2 lain jugak. Cuma pada hari tu, aku tak yah amik darah lagi. Perghhh!!! Lega mak nakkk!!! Hahahaha.
Masa jumpa dokter tu, dokter check la baby dalam perut yang semakin membesar dengan jayanya ni. Mula2 sekali dia kata, baby sihat ni. Lepas tu dia bagi aku tengok jantina baby. Walaupun dah tahu, siap nampak testis dengan penis dia lagik! Aku tengok jugak dan aku memang nampak plak tu. So, rasanya sahih lah anak aku lelaki. Lepas tu dia tengok kedudukan kepala baby. Yes!!! dia dah ada kat bawah. Uri pulak dah ada kat atas. Air ketuban normal. Tulang peha ok. Degup jantung ok, sihat. Abdomen pon ok. Pendek kata baby ni ok semuanya. Alhamdulillah. Aku suka sangat. Lepas tu dia bagi tau, berat baby dalam 2.17 nak ke 2.20kg. Ok lah tu. Syukurlah baby ni sihat.
Sekejap je jumpa dengan dokter. Lepas abes check up tu, diorang bagitau aku yang aku kena minum air gula sekali lagi sebab umur dah 35 ke atas dan ada sejarah diabetes dalam keluarga. Aku pon ok kan je laaaa... Ikut je la prosedur diorang. Harap2 tak sangkut dengan pulak dengan air gula nih. Hehehe.
Sebelum minum air gula, kenalah ingatkan diri untuk puasa. Kalau tak aku seram jugak kalau sangkut. Taknaklah aku minum air gula banyak2 kali. Letih!!! Tapi, kalau dah lapo, air gula tu rasa sedappp!!! Hahahah. Harap maap sebab ketaksenonohan perangai!! Kikikiki.
Next isu pulak untuk minum air gula. Harap2 tak sangkut. HB pulak naik lagik harap2nye. Amiiinnn. Sekian coretan kali ni. Sayang anak2 ibu n the daddy. Love you!!!
Friday, September 9, 2016
Edit Blog
Saturday, September 3, 2016
Ceritera Lampin Pakai Buang
From google |
Tengok picer pon dah tau dah kan apa yang aku nak citer, kan? Picer kat atas diambil dari blog ni. Mintak picer ye tuan tanah. Harap tak marah. Huhuhuhu.
Alkisahnya, baru2 ni asek try pampers baru je untuk si Wafi. Kebetulan Wafi ni memang takde alahan apa2 kat lampin pakai buang kat pasaran sekarang. So, aku rasa, aku nak try kat Wafi pelbagai pampers untuk tengok keserasian. Sian dia jadik bahan ekperimen ibu. Hahaha. Yelah, nak tengok mana yang lagi okey untuk Wafi pakai.
Sumber Dari Pet Pet Malaysia
|
Yang pertama2nya Wafi guna Pet Pet sejak dari dia lahir lagi. Dari saiz dia NB lagi Wafi dah pakai Pet Pet ni. Sampai sekarang pon dia masih pakai Pet Pet bersaiz L. Pada aku affordable dan okey sangat. Sebab ada satu kedai kat Puchong tu jual Pet Pet ni dengan harga yang murah. Lebih murah dari Tesco. Kalau tak salah aku dalam lingkungan RM29-30 macam tu. Mr. A pon kata kat situ paling murah diorang tu jual Pet Pet. Tapi, sejak aku duduk rumah ni. Aku teringin nak try jenama lain jugak. Jadi aku google diapers mana yang orang kata okey. Sebabnya, sejak Wafi susu botol ni, pampers dia selalu penuh dan kerap kena tukar. Kalau dia poo poo tu dalam sehari dua kali dia poo poo. Kalau tak pun, sehari sekali. Kencing tu tak yah cakap lah. So, Pet Pet cepat penuh dan kena sentiasa tukar. Tapi setakat ni, belum pernah tembus lagi.
Sumber dari Blog Ni |
So, percubaan pertama adalah Huggies Dry Comfort. Memang la compfort anak den pakai diapers ni. Tapi, macam aku kata tadi. Wafi sekarang kerap minum susu. Dua jam sekali minum susu. Jadi kencing dia sangat banyak. Kalau siang kena tukar sampai 3 kali. Walaupun harga Huggies agak mahal dalam lingkungan RM30-RM34, tapi pada akulah. Ni sebab aku tengok Wafi yang pakai. Anak orang lain aku tak tahu lah kan. Kena tukar kerap jugak macam Pet Pet. Sebab aku rasa Huggies ni nipis. Kalau penuh tu dia punya kembung tu. Hahahaha. Wafi nak berjalan pun tak boleh. Tapi, secara amnya Huggies ni ok2 je lah. Kalau nak banding ngan Pet Pet, lagilah dasat kembung Pet Pet tu. Nampak sangat penuhnya. Huggies ni better la sikit. Cuma, bila dah penuh, baju Wafi rasa sejuk2 gitu. Macam tembus je gayanya. Tapi, sebenarnya tak tembus pun. Cam tu lah, pengalaman Wafi pakai Huggies. Jadi, aku stop beli Huggies.
Sumber Dari Sini |
Lepas tu, aku try jugak pants ni. Pants ni guna untuk berjalan2 jek. Diapex yang ni macam ok pulak aku tengok. Aku lupa harga sebab masa tu beli kat baby shop kat Senggarang. Masa tu tengah offer. Dapat yang trial punya dalam RM12. Dalam ada berapa keping jek. Tapi diapers ni buat berjalan jek. So, berapa kali la sangat Wafi pakai Diapex ni. Tapi, bila Wafi pakai ni nampak sangat selesa dan cantik pulak. Sebab dia pants kan. Jadi, perut Wafi nampak kurus. Hahaha. Sebab Wafi tu perut buncit sikit. Maklumlah, budak kerap minum susu. Orang katalaaaa. Cuma masalah kalau dia poo poo. Alamakkkk!!! Tak reti la daku nak buang najis kat pants tu. So, aku pon stop jugak beli Diapex yang pants. Akan datang maybe bole try beli yang biasa2 punya. Nak tengok caner plak sebab belum penah beli lagi. Tapi aku tengok anak sedara aku pakai. Macam senang tembus jek. Hermm.... Maybe dia pakai senget kot. Takpelah. Apa2 kang aku try. Kalau rajin boleh la tepek kat blog ni. Kalau rajin beli lah. Hehehehe.
Sumber dari Mamy Poko |
So, last sekali aku try MamyPoko ni. Okey. Harga memang mahal lah!!! RM29-RM34 baru dapat 38 keping jek. Hahaha. Padan muka aku. Nak try sangat kan.... Tapi, masa ni beli masa offer jugak. Jadi, aku dapat RM 29.20 38 keping. Jadi, aku try. Memang lah berbeza pakai jenama MamyPoko yang boleh buat mami pokai ni. Memang dia tahan lama. Wafi pakai MamyPoko ni masa waktu malam dan masa tido jek. Sebelum pakai MamyPoko tu Wafi pakai Pet Pet lepas mandi waktu petang. Dalam pukul 10 malam ataupun sebelum tido Wafi kena tukar pampers dulu dari Pet Pet ke MamyPoko. So, MamyPoko ni pakai lama la sikit. Kiranya satu malam pakai MamyPoko ni, tapi bila bukak esok Wafi macam tak kencing gitu. Mungkin Wafi kencing sikit ke apa ke aku pun tak pasti. Biasanya, Wafi kencing banyak malam2 ni. Tu konpius sekejap bila pakai MamyPoko ni. Tak tau banyak ke tak dia kencing. Hahaha. Haru betul!!! Tapi aku rasa macam berbaloi bila MamyPoko ni kalau anak tak banyak poo poo lah. Kalau dia rajin poo poo memang pokai la mummy.
Tu jek la percubaan2 yang aku dah buat setakat ni. Sebenarnya ada banyak jenama lagi kat pasaran yang aku nak try. Macam Whoopie, Drypers, Hey Baby, Babyku, Pampers, Tesco & etc.
Dalam senarai aku, mungkin lepas ni nak try Whoopie pulak. Lepas tu nak try Tesco pulak. Yang lain2 tu nanti akan dipertimbangkan. Kalau mummy2 perasan, Drypers ada banyak kat pasaran. Melambak2 kat kedai2 dan pasaraya. Macam mana diorang takut nak pakai Drypers, begitulah jugak dengan aku. Sebab aku ada like page Drypers kat fb. Banyak sangat komen tak best kat page dia. Jadi, sebab tu je lah yang membantutkan hasrat nak pakaikan Wafi dengan jenama Drypers ni.
So, setakat ni je la entri kali ni. Oh, ya. Dan untuk future baby, aku dah belikan dia Pet Pet NB. Beli satu pek je la dulu. Baby kan cepat besar. Ehehehe. Takut kang dia cepat besar agak membazir pulak kang.
Ok lah tu saje untuk kali ni. Semoga kita boleh pilih diapers yang terbaik untuk anak2 kita. Insyaallah. Wassalam.