Saturday, February 4, 2017

The Windmills Station (TWS)

Pernah dengar tak pasal tempat makan ni?
Mestilah pernah, kan?
Sebenarnya CJN dah lama rasa nak makan kat sini. Kalau tak salah, ada satu kat Damansara tempat CJN selalu lepak dengan kengkawan dolu2. Kitorang lepak kat mamak jek. Kikiki.
Tetibe nak dijadikan citer, TWS ni ada pulak dekat Batu Pahat. Kebetulan baru2 ni lepas shopping barang2 anakanda2, kitorang tak tau mana nak tuju. Keluar awal sangat. Shopping pulak supp sapp supp sappp!! Siappp!! Lagi pulak, shopping kat Wellward je. Maka, ada banyak pulak masa untuk diluangkan dengan Mr. A. Yelah, kitorang kira pjj la jugak sebab seminggu sekali baru dia boleh balik. Hehehe.
Mula2 tu, kitorang pergi Secret Receipt. Ehhh!!! Penohh pulokkk!! Alkisahnya, Chinese Year nokksss. Sape suh berjalan, kan...? Oklah, malas nak tunggu lelama kitorang pon nak patah balik ke Batu Pahat Mall. On the way ke BP Mall tu, ternampak board TWS dari jauh. So, Mr. A ajak CJN makan kat TWS. Nampak macam senonoh sikit, katanya.
So, pergilah ke TWS tanpa sengaja.
Order makan untuk dua orang je. Ada promo CNY. So, kitorang order menu promo tu 2 set. Sama pulak set makanan yang kitorang order tu.
Sup Cendawan & Teh O Ais Lemon
Tak sampai setengah jam dah sampai sup cendawan. Kitorang pon makan. Mr. A sambil2 makan, suapkan Wafi. Lepas tu sampai pulak air teh tu.
Set Promo Yang Diorder
Tengah syok2 layan sup cendawan dia yang berasap2 tu, sampailah main course kitorang iaitu seperti gambar di atas. CJN lupa pulak nak tengok nama apa menu ni.
Tapi memang best giler lah. Nampak tak apa ada dalam pinggan tu?? Ye!! Ada telur mata (separuh masak, okeeyyy. Ai is like sangat!!! Hehehe). Bukan setakat ada telur mata je, ada lamb chop, chicken chop, fish fillet, sosej, coselaw, salad dan french fries. Baked bean tu takde tau!! Sebab bukan amik set yang dalam gambar ni. So, makan la kitorang menu tersebut dan kenyang pulak tu. Gravvy dia pon sedap. Nak tau harga semua sekali termasuk air dengan sup? Cuma RM19-90 per set. 
Berbaloi, kan?
Pada CJN memanglah berbaloi sebab macam2 dok ada dalam tu. Wafi punya suka makan kat situ, sosej tu boleh makan dua  batang sekali hadap. Ok lah, lepas ni boleh makan kat sini lagikkk!!! Hihihi.
Tapi itu, harga promo... Kalau harga sebenar mungkin dalam RM30++. CJN agak je, sebab lepas keluar dari TWS tu nampak signboard makanan diorang kat tepi jalan. Menu yang CJN amik tu dalam RM30++. Boleh tahan la jugak.
Yang bestnya, dah tau dah la kat mana nak tuju kalau dah takde tempat sangat nak pergi. Hihihi. Cumanya, sediakan fulus je laaaa...
Okeylah. Nak tido sebelom anakanda2 bangun. Huhuhu. Nunite all!!
Salam sayang untuk semua!! 💖💖💖
P/S : Gambar2 di ambil dari incik Google. TQ!

1 comment: