Tuesday, December 27, 2016

#MyTravelokaEscapade You need a Holiday lah!!!! - South Korea


Dari aritu lagi nak tulis dream holiday ni. Tapi sangat tak berkesempatan dek kerana busy yang teramat bersama anak2 ku yang comel. Sedar tak sedar dah nak abes dah contest ni. Korang penah dengar tak traveloka? CJN?? CJN tak pernah dengar. Pada CJN, bagus sangat dia buat contest macam ni sebab ramai orang share dan akhirnya tau wujudnya traveloka nih. Well done guyss!!! Oh ya, sebelum lupa tu, CJN nak share website dia iaitu www.traveloka.com.my. Nak save juga untuk diri sendiri untuk kegunaan pada masa akan datang. 
Hang ni p mana??? Haaaa.... Ceq nak p mana??? 
Kalau bole kita nak pergi South Korea. Korea?? #MyTravelokaEscapade is South Korea!!! Yess! Dan yess!! 
Aikkk!!! sejak bila jadi peminat Kpop plak ni?? Aduhai.... Bukan. Bukan peminat. Suka tengok Running Man je. Tu yang rasa tertarik nak Korea tu. Aduhai... Boleh ke impian ni jadi kenyataan? Hermmm.... Entahlah. Kalau traveloka pilih, bolehlah. Kalau tak, rezeki lain tahun la Cik Julie Nida oiiii!!! 
Nape nak ke South Korea? Ko bukan minat Kpop pon?!!
Sebab... South Korea ni banyak tempat menarik untuk kita lawati. Lagipon kalau boleh bercuti, CJN teringin nak bawak hero3 ku bersama. Nampak tak ada 3 hero tu? Hehehe. Anak berserta bapak namanya tu. Hehehe. Jadi, kalau boleh nak cari percutian mesra kanak2. Iaitu, mesra keluarga. Memang banyak lagi tempat menarik all over the world tapi, bak kata orang tu hati dah suka nak ke South Korea. Apa nak di kato eh..
Kalau dah kat South Korea tu ko nak buat apa? Nak pergi mana?
Yup!!! Bagus soalan ko, beb. Ada beberapa tempat yang CJN dah usha2 kalau dapat travel ke South Korea nih..
1. Everland Theme Park

Cik Julie Nida (CJN) teringin nak pergi Disneyland. Bukan untuk diri sendiri. Untuk anakanda2 ku sayang jek. Sebab sebelum ni dah penah ke USS dan rasa sangat seronok pergi kalau ada kanak2. Jadi, ni salah satu tempat yang CJN rasa seswai nak bawak kesayangan ku semua. Lagipun mengikut pembacaan CJN, dalam Everlamnd tu ada stroller. Yeyyy!!! Kan senang hati mak budak ni bawak hero2 ku itu.
Cantik kan? Inilah Everland!!!
CJN memang suka bab munge2 ni. Bestnye kalau dapat ke sana!!! Cantik kan? Saya suka! Saya suka!!!
2. Namsan Seoul Tower

Apalah ko nak buat kat sini CJN??? 
Haaa.... Sini antara tempat popular kat Korea tau. Di samping amik gambar, ada beberapa tempat CJN nak bawak kesayangan2 semua. Kalau tak salah, kat atas ni boleh amik gambar view yang sangat cantik. Haaaa!!! Syoknye kan? 
N Seoul Tower
Best ke tak best?? Mestilah best, kan? Pastu ada lagi. 
Lock Your Love Tree
Haaa....  CJN nak amik gambar kat sini bersama Mr. A, kat tengah2 tentu2lah my prince2 charming. Wafi dan Ammar. Hahaha. Adoi!!! Bestnyeee!! 
Kalau bawak bebudak sudah tentu kena ke sini naik kereta kabel. Cunnn!!! CJN memang konfem pergi tempat ni!! Sebenarnya, bukan ni je, ada beberapa lagi tempat menarik kat Namsan Park ni. Ni baru sebahagian jek. Kalau nak tau kita kenalah pergi sana, kan? Hohoho.
Destinasi seterusnya? Jom!!!
3. Pulau Jeju
Yess!! Pulau yang termasuk dalam 7 Wonders of the world!! Pulau ni terkenal dengan keindahan, kecantikan, kebudayaan dan keunikan dia. CJN memang suka keindahan semulajadi. Selain tu terdapat muzium kat sini. Muzium ni memang antara tempat yang CJN suka lawati. Hehehe. 
Fuhhh!!! Pulau Jeju ni cantik betul!!! Ini kalau dapat amik gambar, konfemla jadik profile picer CJN kat fb, blog, wassap, telegram. Hahaha. Tapi, Pulau Jeju ni seswai untuk orang2 yang nak honeymoon sebab public transport kat sini macam susah sikit. Walaupun macam tu, kita masih boleh sewa kereta atau pun naik bas.
CJN pilih naik kete sewa. Senang nak travel dengan bebudak ni. Nak benti kat mana2 pon senang. Jadi, tak banyaklah cekadaknya kalau berjalan dengan anak2anda ku sayang nanti. So, bolehlah kita tengok pantai, air terjun, gunung ganang, munge2. Hermmm.... Tak lengkap kalau ke Korea tak amik gambar dengan munge2 yek. Hehehe.
Pulau Jeju
Kalau sapa kata tak cantik, dia buta!!! Hahaha. Cantiknya Pulau Jeju. Insyaallah, kalau ada rezeki akan sampai juga daku dan family ke sini. Insyaallah..... Amiinn.
4, Pulau Nami
Sebenarnya, CJN sangat sukakan pulau. Selain terpencil, biasanya ianya ada pemandangan yang sangat cantik dan menenangkan jiwa. Dan kalau kat Korea, Pulau Nami memang masuk dalam list trip CJN. 
Kenapa Pulau Nami?
Jawapannya, Pulau Nami tempat pengambaran Winter Sonata. Winter Sonata ialah 1st citer Korea yang CJN suka tengok masa mude2 dulu. Hehehe. Jadi, ianya masuk jugak dalam list untuk trip CJN ke sini. Lagipun, ini antara pulau yang senang nak dapat public transport. Nak pusing2 pulau pon boleh naik mini train jek. Cukuplah tu, kan? Anak2 mesti suka. Di samping tak yah berjalan teruk2, boleh naik train. Tapi, kalau naik train, tentu2lah tak cover semua tempat kecuali kalau kita naik basikal dan jalan kaki. Kalau rajin jalan kaki, bolehlah sewa stroller jugak. Haaa... Sini pon ada stroller tau!!! Mak mana yang tak suka??? Mak suka nak!!! Kikiki.
Pulau Nami
Pulau Nami, dia musim sejuk ke, musim panas ke, musim luruh ke, musim bunga ke... Cantik tetap cantik. Ni baru betul natural beauty. Tak yah nak make up berbagai dah. Hehehe.

5. COEX Aquarium

Next destinasi CJN kalau dapat ke South Korea ialah COEX Aquarium. Yup!!! Ini tempat pelawat tengok pelbagai spesis ikan. Macam kat Aquaria KLCC tu, macam tu lah dia. Kat KLCC tu pon CJN dah pergi. Kalau ke Korea nanti tak pergi, rugilah!!! Nak tengok apa perbezaan antara keduanya. Menurut kata bloggers yang pernah sampai ke COEX Aquarium ni, stroller boleh disewa kat area sini. Mungkin sebab dia berdekatan dengan COEX Mall, jadi, kemudahan sewa stroller disediakan. 

Sebagai pengunjung yang membawa 2 orang kanak-kanak, CJN rasa sesuai sangat bawak anak2 ku ke sini. Boleh tengok pelbagai jenis ikan kat sini. Ok, anak2 sambil kita melancong kita belajar, Okey?? Hehehe.

COEX Aquarium
Antara view kat dalam COEX
Tu diaaaa..... Cantik sungguhhhhhhh!!!! Ruginya kalau tak singgah tengok tempat ni!! Macam2 ikan dok berenang tu, nampak?? Haishh!!! Excited sekejap mak budak ni dibuatnya!!

6. Namdaemun Market

So, sekarang ke mana kita?? Haaa... Kita pergi pasar pulak.

Apa ada kat sini, beb??? Pasar je kot???

Haaaa.... Sebab pasarlah kita pergi, beb!! It's shopping time!!! Pasar ni ialah pasar paling besar dan paling otai kat Korea ni. Macam2 dok ada dijual kat sini. So, di samping jalan2 kita nak cari cenderahati kat ahli keluarga, sedara mara. Haaa.... Sinilah tempatnya!!! 

Namdaemun Market
Haaaa.... Nampak tak kesibukannya yang tak terhingga. Bawak budak penat giler nih!!! Jadi, kena bawak stroller la tu gamaknya kalau nak ke sini. Difahamkan, pasar ni sangat sesak dan ramai manusia. Harga sangat murah kalau nak banding kat tempat lain. Kalau CJN dapat shopping kat sini, CJN akan beli cenderahati jek. Yelah, tak kan nak beli kedai pulak. Hehehe.

Rasanya, tu ajelah tempat yang CJN nak pergi. Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik kat South Korea terutama kat Seoul ni. Antaranya, Sungai Han, cafe cafe kat sekitar Seoul, Cheongae Stream, Lotte World Adventure Park, Gwacheon National Science Museum dan banyak lagi. Tapi, mungkin next trip la kot. Ehhh!!! Kehkehkeh.

Oh ya!!! Dan gambar2 yang CJN copy ni semua adalah dari google. Terima kasih incik google.

So, begitulah citer holiday CJN kalau berpeluang pergi ke sana. Yelah, CJN dah lama tak bercuti. Kalau dapat bercuti alangkah indahnya dunia ni!!

Terima kasih traveloka sebab anjurkan contest ni. Dan ye. Sekali lagi CJN nak bagitau. #MyTravelokaEscapade is South Korea. Yayyyy!!!

Itu saje coretan untuk kali ni. Sekian, tataaaaa!!!



1 comment:

  1. Tgk gmbr rasa nak mlompat ke sna trus, saaaaaangaatt cantik!!!!!

    All the best awak =D

    ReplyDelete