Tuesday, August 16, 2016

Wajah Kesayangan Hamba

Entri kali ni just nak share wajah anakandaku Wafi sejak lahir sampailah yang sekarang ni kian giat berjalan. Ada certain budak baya2 Wafi dah pandai berlari pon. Tapi apa nak dirisaukan. Budak2 ni lain2 cara perkembangannya. Pada aku, as long as Wafi sihat, semua benda2 lain yang tak berapa penting tu dah tak kisah sangat. Yang penting dia sihat dan berkembang seperti kanak2 normal yang sepatutnya. InsyaAllah, Aamiinnn....
Gambar atas bukan gambar Wafi ye. Heheheheeee.

Ini dia anakanda masa berumur sehari. 
Anakanda lahir pada 10.3.15 dengan berat 2.17kg sahaja. Ibu tak larat nak push. Huhuhuhu. 
Masa dalam hari ni, Wafi disahkan kena demam kuning. Masa ni jugak la Wafi n ibu berkampung kat hospital selama sehari. Kesian sangat dengan kurus macam tu, Wafi kena amik darah setiap 4 jam (kalau tak salah laaa). Dah keluar sepital kena jugak amik darah setiap hari sampai kunig turun. Nasib baik kuningnya turun tak lama keluar sepital. 
Syukur alhamdulillah.

Gambar yang ni umur sebulan.
Lepas je Wafi baik dari demam kuning, ibu terus pakaikan baju kuning. Kihkihkih. Tak taulah apa kaitan baju2 cadar2 selimut kaler kuning dengan demam kuning. Tapi ikutkan je laaa. Kang cakap derhaka pulak. So, masa umur sebulan ni Wafi dah pandai senyum. Dan... Ahha!!! Pandai tengok kamera kan? Hehehe. Wafi ada senyuman yang sangat sweet!! (Sukati akula anak aku!!! Hahaha.)
Wafi memang selalunya lengkap berstoking. Masalahnya, Wafi ni tak mau berbedung. Tu yang tidur suka terkejut2 tu. Orang kata laaaa.

Masa umur 2 Bulan
Masa ni dia dah terlebih2 pandai senyum bila diagah. Makcik dia suka agah dia sampai dia senyum segitu rupa. Wafi ni memang kuat senyum dan ketawa bila di agah. Comel bila dia senyum tu. Masa ni, berat naik mencanak2 macam apa tah. Tapi, macam daku kata, janji Wafi sihat, benda lain aku tak fikir sangat. Hehehe.

Umur 3 Bulan
Taraaaaa..... Dah debab dah budak kecik ni... Masa ni 1st time ajar masuk buai. Nampak dia macam tak selesa. Tapi masa tu saje je nak try dia masuk buai sebab bila berbuai tu lama sikit dia tido. Walaupun risau juga orang citer pasal keburukan tido berbuai ni. Tapi tawakkal je la. Nak buat macam mana. Siang je dia buai. Malam dia tido denga ibu.
Cuma, kadang2 dia nak jugak tido buai. Masa umur macam ni, dia kuat nangis dan meragam. Kadang2 dah tido bole nangis beria2. Umur2 gini, memang kena alert dengan semua benda di sekeliling dia. Waktu ni, aku selalu layurkan sirih dan letak kat bebird dia. Orang kata takut2 angin pasang.

Umur 4 Bulan
Nampak!!! Semakin sihat dan tembam ini budak! Masa ni susu badan takde campur2 pon. Masa ni berat dia dalam 6kg lebih. Masa ni jugak baru ibu dia tau, yang Wafi ni kalau kena gigit nyamuk mesti bengkak tempat yang kena gigit tu. Macam kena sengat binatang bisa. Risau tengokkan dia jadi macam tu. Nak diapakan tah. Ibu pon tau la Wafi... Huhuhuhu.
Masa ni jugak dia masih pakai stokin. Aku suka pakaikan dia stokin sebab nampak comel sangat. Time ni jugak kalau nak main2 dengan dia memang seronok sangat. Umur ni dia dah mula nak mengiring nak meniarap. 

Umur 5 Bulan. 
Haaa.... Tu diaaa... Dah pandai meniarap dah. Masa ni memang kena jaga2 sebab dia dah pandai duduk, meniarap dan bergerak2. Penah jatuh katil 3 kali. Hehehe. Maafkan ibu, Wafi.
Nampak masih pakai stoking kat kaki n tangan. Ibu rasa Wafi comel gilos kot pakai stoking. Gambar tu menunjukkan kemalasan dia yang teramat la tuh! Masa ni belum pandai merangkak lagi.

Umur 6 Bulan. 
Yezzaaaa!!!1 Masa ni dia dah pandai meniarap dah! Nampak tak dumuk2 ibu ni!!! Hahahaha. Comel sangat masa ni. Dia dah pandai meniarap dengan jayanya. Takyah nak suruh dia golek2 dah. Dia nak meniarap je, terus dia meniarap. Kikikiki.
Umur 6 bulan ni ibu dah start stopkan pemakaian stoking n sarung tangan. Masa ni jugak dia dah pandai ngoceh orang kata. Alaaa.... Macam bersembang gitu laaa. Guna bahasa Jerman dia tu lah. Dia je yang paham bahasa dia tu. Hehehe. Rasa masa ni jugak dia dah start nak tumbuh gigi. 

Umur 7 Bulan
Tengok tu!!! Ecewahhhhh!!! Termenung konon!!! Umur 7 bulan dia dah start tumbuh gigi bawah. Sekaligus dengan gigi atas. Tapi tumbuh sikit2 gitu. Nampak lah tunggul putih tu kat gusi dia. Masa ni dah expert duduk, meniarap. Merangkak masih takleh lagi. Tapi dia dah start angkat2 punggung untuk merangkak.
Wafi memang lambat sikit duduk, meniarap dan merangkak. Tapi, aku tak kisah. Yang penting jangan skip satu step pon. Okehh!!!

Umur 8 Bulan
Taraaaaa!!! 8 bulan dan dah pandai duduk sendiri. Masa ni lah yang Wafi start nak merangkak tu. Memang kalau nak dibandingkan dengan orang lain, Wafi agak lambat sikit perkembangan dia. Tapi, tak kisah la sebab kalau ikut umur macam ni memang sedang2 elok gitu dari segi pencapaian dia. Ni bukan aku la yang cakap. Tapi aku banyak google dan tanya nurse. 
Perkembangan budak2 semuanya lain2. Mak bapak yang sama pun, tetap jugak lain2 perkembangan dia. So, tak perlulah nak risau.
Penting sekali!!! Jangan samakan anak kita dengan anak orang. Kalau kita buat macam tu, kita yang pening. Kalau tak pening, kita riak sorang2. Hehehehehe. 

Umur 9 Bulan
Ahah!!! Masa ni dah terer sesangat merangkak. Kali ni dia dah start meniti2 almari tv kat ruang tamu pulak. Bukan main giat berusaha nak bangun berdiri. Tapi masih tak kuat lagi plus tak berani gaknye nak bangun sendiri.
Yang pasti kalau merangkak tu dah laju sangat dah. Baru pandang kejap, seminit lagi  dah hilang ke dapur. Hahaha. 
Kena jaga2 je masa ni. Berat dia pon naik jadi 9.5kg masa ni. Memang kusssss semangat nak mendukungnya. Ayah ngan ibu pulak jenis baka kurus. Bila dukung tu.... Paham2 je lah lenguh macam mana. Kikiki. Ayah dia siap suruh dia diet lagi. Hishhh!!! Bukan2 jek Mr. A ni. Hehehe.

Umur 10 Bulan
Masa ni berat dia 10.5 kg. Tapi pada masa ni, ibu buat keputusan untuk bekerja. Start dari hari 1st ibu kerja, Wafi asik demam batuk selsema tak berenti. Ibu syak TASKA dia tak berapa jaga kebersihan ataupun ada virus pada mainan dia. Tak tau lah betul ke tak. Ataupun mungkin antibodi Wafi tak kuat nak lawan virus kat TASKA tu. Masa ni ibu ada sikit kekesalan bila start kerja. Sebab Wafi asik tak sihat, siap turun berat badan pulak lagi. Huwaaa!!!!!

Umur 11 Bulan
Waktu ni dia dah pandai berdiri. Tapi masih seram2 gitu nak jalan. Masa ni jugak lah berat badan dia turun jadi 8.5kg. Huhuhuhu. Sedih yang amat masa ni. Padahal, dia kategori budak kecik yang kuat makan tak kira lah kat TASKA ataupun kat umah. Sedih sangat ibu. Masa berat dia jejak 10kg tu nurse siap cakap lagi dia nak menghampiri obes. Tetibe turun pulak. Sedihnyeeeee la hai ibu masa ni. Allah je la yang tau betapa sedihnya ibu kala ni. Tapi, satu je. Bila tengok dia senyum, ketawa, bergurau dengan ibu, hati yang sedih dan gundah gulana ni terus je terubat. Gitulah ubat ibu2 macam aku ni. Kihkihkih.

Umur 12 bulan a.k.a 1 Tahun
Jeng jeng jeng!!! Masa ni dah pandai menapak 5 6 tapak dah masa ni. Tak tahu kenapa dia masih takut2 nak menapak. Picer ni pon ibu capture masa kat opis ayah Wafi. Masa ni dia dah pandai berebut hp dengan ibu. Hmmm!!! Gitu!!! Pastu dia memang dah pandai jalan dah. Tapi dia masih seram2 gitu. Tak tahu apa sebab dia masih takut2 nak berjalan. 
Bulan Mac nilah umur dia setahun. Alhamdulillah ibu dah buatkan aqiqah kat Wafi. Syukurrr.
Oh, picer ni jugak picer yang mana rambut panjang dia digunting oleh ayahnya. Mahap ye, bukan gunting sendiri. Pergi kedai gunting rambut ye. Hehehe. Nampakla encem skeeettttt!!!

Umur 13 Bulan
Aishhhh!!! Lupa pulak nak kabo yang masa dan ketika ni, gigi dia dah tumbuh kat bawah n atas. Atas tu 4 batang, bawah tu 4 batang. Bukan main senyum nampak gigi lagi tu kennnn....!!
Dia masih belum pandai jalan. Tapi meniti2 setiap sudut rumah. Yang ni dia bangun dan berdiri kat koridor rumah. Sebelum keluar tu, dia merangkak dulu, tu sampai koridor tu. Sampai koridor paut2 apa yang ada melangkah sikit2. Boleh la berdiri tegap macam tu. Hakikatnya, berjalan tetap masih seram2 lagi. Ibu masih tak tahu kenapa. Mungkin dia gayat agaknya. Sebab ayah n ibu dia gayat. Hahahaha. Kena mengena ke tak??? 


Umur 14 Bulan
Okey, masa ni ibu dah berenti kerja. Dengan keadaan mabuk2 sebab pregnant, ibu balik kampung bawak Wafi sekali. Masa ni memang tak larat sangat nak jaga Wafi sorang. So, balik kampung kunun minta tolong orang yang kat kampung tolong2 sekali tengok2kan Wafi. Bila sampai kampung, ramai yang encourage dia untuk jalan. Dia pun seronok agaknya bila dah start berjalan tu. Pastu makan pun semakin meriah gitu. Tengoklah tu, makan biskut Marie okey. Hahahaha. Biskut Farley's tu tak mau pulak dia makan. Sentap ibu! Tapi, takpela. Janji dia nak makan benda2 berkhasiat n kenyang ok la. Asalkan sihat ibu dah happy dahh!!!


Umur 15 Bulan
Masa ni bulan puasa yang mana ibu tersangatlah mabuknya ketika ini. Tak tertanggung dengan kata2. Asyik tido je kejenye. Terpaksalah Wafi menumpang kasih atuk n neneknya serta Cik Ijat dia dan jugak CIk Fatin dia. Kesiannya la haiiii.... Maafkan ibu Wafi. Ibu betul2 tak larat waktu ni. Dan pada masa ni jugaklah Wafi ditakdirkan demam sampai kena masuk wad. Sedih sangat masa ni. Ibu dah penah citer dah kat entri sebelom ni. 
Tu berat dia tak naik walaupun makan dengan banyaknye. Tapi yang bestnya, dia dah mula nak berjalan. Nampak tu kasut biru tu. Haaaa.... Tu kasut raya sebenarnya. Tapi pakai je la dulu. Nak tengok comel ke tak dia pakai. Hahahaha. 

Umur 16 Bulan
Waktu picer diambil ialah raya ke2. Sangatlah comel masa ni. Berat dia naik betul2. Terus jadi 10 kg!! Ok lah tu! Ibu happy tengok dia naik. Makan pun lalu. Dah pandai berjalan. Dah pandai sebut "Allahuakbar". Dia suka tengok azan. Jadi, dia suka la sebut "Allahuakbar" tu. Ekceli, sebutan dia bukanlah betul. Masih lah dengan pelat2 dia. Tapi memang dia dah pandai meniru orang azan (dengan cara dia/kanak2 sebaya dia). Sambil2 tu tangan letak telinga. Aduhai.... Comel tau! Pastu, dah pandai pura2 cakap kat tipon. Tapi, kalau ayah kol, tak nak pulak dia bercakap. Lucu betul dia ni!! Seronok tengok gelagat dia yang makin hari makin cerdik. Budak2 biasalah tu kan.... Cepat belajar.

Rasanya, itu jelah picer yang ada dalam simpanan ibu. Setakat bulan Julai sahaja. Yang bulan Ogos ni belum sempat upload dalam laptop lagi. Dalam hp memanglah melambak2. Tak tersave dah sampai. Hahahaha. 
Lepas ni maybe ibu akan upload video Wafi pulak kot. Yang sedihnya, video dia tiru gaya azan tu takde pulak. Kalau ada bole jugak upload sekali. 
Lain hari lah citer pasal Wafi lagik. Yang ni pon dah banyak dah. Perkembangan pun dah semakin banyak dah. Pastu citer pasal baby baru ni pulak. Lain entri pulak lah citer pasal baby ek.
Setakat ni jelah gambar2 Wafi tersayang ni. Harap2 anak2 ibu sihat sejahtera bahagia dunia akhirat hendaknya. Semoga dijauhkan dari perkara2 buruk yang orang boleh buat kat mereka hendaknya. Dan jauhkanlah mereka dari melakukan perkara tak baik... Aamiiinnnnn. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mendengar akan doa hamba2Nya.

Wasalam











No comments:

Post a Comment