Saturday, August 27, 2016

HB Rendah Pada Minggu Ke-31 - 2nd Pregnancy

Pada hari Selasa 23.08.16, daku pergi check up untuk minggu ke 31. Maksudnya sekarang, daku dah start nak kena pergi klinik 2 minggu sekali. Maklumlah, dah trimester ke-3. Cepat je masa berlalu, kan sayang ibu? 
Ibu belum prepare apa2 lagi untuk anakanda yang sorang ni. Sorry, sayang... Ibu rasa ibu nak guna baju2 abang Wafi kamu. Rasanya, masih banyak lagi sangat okey. Baju Wafi pon pakai sekejap2 jek. Kecuali untuk baju2 yang umur 9 bulan ke atas. Yang lain2 tu rasanya masih elok lagi. Yang paling sadis tu, baju2 tu semua ada kat Puchong. Yang ibu ni, dah pun ada kat kampung. Alahai, sila sentap.
Cuma, barang baby untuk barut dan bedung ibu dah settlekan sebab masa abang Wafi aritu, Cik Suhai bagi pinjam barang Arissa. Bila ibu siasat rupanya mak dia buat benda2 ni. So, ibu terus je la minta dia tolong buatkan untuk baby. Lagipun barang abang Wafi yg ibu belikan tu macam tak berapa selesa masa Wafi pakai aritu.
Eh, laaaa..... Lari dari topik...! Citer pasal pergi klinik kelmarin. Setelah diperiksa, ibu punya hb rendah lah pulak. Ibu stress betul bila dengar nurse kata macam tu. Sebelum ni hb dah rendah. Kelmarin pergi tu, hb makin turun la pulak. Adoyaiiii.... Stress ibu dibuatnya.
So, nak dijadikan citernya. Ibu kena lah amik iron tablet 4 kali sehari. Eeeeeuuuwwww.... iron tablet tu rasa besi plak tu. Hahaha. Bertabahlah, ibu!!!! 
So, ibu pon makan ikut sukatan yang nurse bagi. Mula2 aritu kena sekali sehari. Pastu up 2 kali sehari. Sekarang up 4 biji sehari. Aduyai!!!! Nasib baiklah iron tablet tu kecik2 jek. Makanya, bole lah jugak ditelan 4 biji dalamasa sehari tu. Hukhukhuk.
Jadi, ibu pon tanya dekat grup rakan sewanita yang kebetulan dalam tu ada nurse. Maka, keluarlah segala macam petua untuk ibu. Juga, segala macam ubat atas suggestion nurse bertauliah dalam grup wassap tu. Antara cadangan2 diorang;
1) Obimin & obimin plus - obimin, untuk ibu2 yang mengandung kurang dari 7 bulan. Obimin plus untuk ibu2 mengandung 8 bulan ke atas. 
2) Makan sayur bayam, hati lembu, hati ayam, kerang, jambu batu (takyah bubuh asam ye).
3) Makan pati delima.
3) Makan ikan.
4) Teruskan makan iron tablet yang nurse bagi ikut sukatan. Jangan skip barang sekali pon.
Ibu ni  kalau bole nak try buat semua. Cuma, makan hati lembu ayam tu jek yang takleh nak handle. Ibu bukan jenis makan hati ni. Huhuhuhu. Ibu try makan pati delima dulu buat masa sekarang. Obimin plus tu nanti dulu lah sebab rasa macam banyak je bahan kimia dalam badan untuk peknen kali ni. Hahaha. Tah ye tah tidak!!!
Sekarang ni yang ibu perasan, bila makan iron tablet ni, najis tukar kaler. Sori kalau ada yang geli. Tapi itulah hakikatnya. Dia tukar jadi hitam tu yang tak tahan tu. Memang geli yang amat. Mula2 ibu memang pelik. Apasal jadi cenggini ek? Lalu, ibu pon baca kat kotak iron tablet tu. Memang dia ada sebut pasal perubahan kaler kepada najis kita. Masalahnya, kenapa hitam? Jadi, ibu pun google. Rupa2nya, bila kita makan iron table ni, lebihan serapan dari iron tablet ni akan keluar melalui najis. Itu menandakan tablet yang dimakan tu berfungsi. So, najis akan bertukar kaler. Benda ni normal untuk orang2 yang makan iron tablet. Fuhhhh!!! Okey, fine. Ibu terima dengan hati yang terbuka luas. Jadi, tak perlu risau.
So, tinggal nak amalkan cara pemakanan iron tablet pulak. Nurse kata, cara pengambilan iron tablet ni ialah;
1) Sejam sebelum makan. Maknanya perut kena kosong. Ok. Done.
2) 2 jam selepas makan. Maknanya, masa makanan tengah proses dah boleh makan. Ok. Done.
3) Selepas makan tablet ni, bole minum air oren untuk mempertingkatkan kuasa serapan zat besi dalam badan. Ok. Done.
4) JANGAN minum susu, kopi, teh dan coklat selepas makan tablet tu sebab ia akan terserap dalam minuman ni. Kalau nak minum, lepas 30 minit ke sejam baru bole minum. Ok. Done.
5) Banyakkan makan bayam, hati2 lembu dan ayam. Undone!!! Hehehe. Yang ni payah sikit nak buat sebab takde sapa nak tolong masakkan benda2 ni. Kalau masak kang sape je la yang nak makan selain daku!!! Waaa....!!!
6) JANGAN skip makan iron tablet. Ok. Done.
Itulah lebih kurang nurse kat KKIA tu bagi nasihat. Herm.... Kenalah ikut. Semuanya untuk baby yang tersayang ni. 
Harap2 lepas ni okey dan terus okey tanpa sebarang masalah. Moga2 la Allah makbulkan doa ibu ek, sayang2 ibu. Harapannya, semoga sayang ibu ni sihat dan sejahtera. Lahirlah sayang ibu dengan sempurna, mudah dan tak bermasalah. 
Sayang kalian sangat2. Tak terkata gitu sayangnya ibu pada kamu berdua. Wassalam.

No comments:

Post a Comment