Banyak benda nak pos. Dari pergi klinik, kena injek, beli baju, demam, raya, najis baby semuanyalahhh!!! Tapi kena buat satu2. Jangan tamak. Kikiki.
Sekarang baby pun dah berusia 6 bulan. Wallaahhh!!! Cepat nau masa berlalu...
Nama little khalifah ibu Amirul Wafi. Ibu cuma cari nama ni dekat Google jer.
Amirul tu kalau tak salah ibu pemimpin/ketua/panglima
Wafi tu setia/sempurna
Sebenarnya, tak plan nak letak nama ni. Tapi sebab suka sangat dengan nama Wafi, so jadila nama anak ibu Wafi. Amirul tu sebab nak kan huruf A kat mula2 nama. Jadi, sama dengan ayah dia. Hehehehe.
Belum pun Wafi setahun ibu dah berangan nak mengandung lagi. Adehhhh!!! Sangat seronok masa mengandung. Kalau bole nak ngaaaaannnndungggggg je.... Hahaha. Jenuh!!! Tapi ibu dah plan dah. Kalau peknen lagi, ibu nak anak gegel plak. Sepasang... Ibu siap dah sediakan nama okeyyyy.... Hahaha. Sangat melampau ibu ni kan, Wafi? Tapi, ibu rasa belum masanya nak peknen lagi. Tunggulah umur Wafi 1 ke 2 tahun.
Masuk umur 6 bulan ni kakak nurse ada bagitau kat ibu yang Wafi dah bole makan. Samada bubur, ayam, puri. Ibu ingat nak buat semuanya untuk Wafi. Tetiba je ibu baru teringat yang blender kat rumah dah rosak.
Tetiba Atok Wafi kata beli Cerelac perisa beras tu pon okey. Jadi, ibu dengan semangat waja dan platinumnya ibu pun beli laaaa.... So, ibu try bagi Wafi makan Cerelac beras. Wafi makan dengan banyaknya. Seronok sangat ibu.
|
Inilah Cerelac pertama Wafi yang ibu bagi. Gambar dari Profesor Google. Hehe. |
Oleh kerana terlebih teruja, ibu bagitau Ayah Wafi yang Ibu nak try buat puri. Moral of the story ialah nak mintak Ayah Wafi belikan blander. Tetiba Ayah Wafi kata, "Kita belikan dia makanan baby yang dah siap je la. Nanti kita boleh tahu apa yang dia suka dan tak suka.." Ibu patah hati sikit. Tapi takplea. Try la jugak. Ibu tambah makanan Wafi dengan Biskut Milna perasa pisang, puri buah2an perasa pisang dengan epal
|
Dua hari lepas bagi Cerelac beras, ibu bagi Wafi makan heinz yang ini. Wafi makan sikit je. Lepas tu tak nak makan dah. Esoknye, ibu try sekali lagi pun Wafi tak nak. Ibu pulak ngok ngek jugak. Hade ke patut bagi Wafi makan lepas dua hari. Rupa2 nye lepas Google2 ibu dapat tahu,kena bagi masa 4 hari kalau nak tukar perasa baru. Alahai... Ibu, ibu. Eksaited sangat nih!!! So, oleh kerana yang dalam botol ni tahan 48 jam je, ibu terpaksa la buang macam tu je... Alahai... Membazir betul.. (Gambar dari Google lagi)
|
Lepas bagi Heinz yang banana tu Wafi tak makan, ibu try bagi yang ini pulak. Perasa Epal. Sekarang bajet2 anak ala2 omputih la kunun!!! Kui3. Sekali tu baru satu kali suap (tu pun x penuh sudu), Wafi buat muka. Eeeeyeeekkkk. Hahaha. Hamikkkk!!! Ibu pun ketawa tengok muka dia. Alahai, jawapan dia tak makan jugak la yang ini. Adessss... Rugi lagi sekali. Satu botol dalam RM5. Kalau dua botol buang bukan ke dah RM10. Huhuhu. (Gambar dari Google) |
|
|
Ibu try bagi Wafi biskut Milna ni dengan air suam je. Tapi Wafi tak nak makan. Ada sekali ibu bagi Wafi makan, muntah pulak... Sedih. Dah lepas tu kena bagi Wafi makan Milna ni dengan susu campur Cerelac beras. Baru nak makan. (Gambar pon dari Google) |
Lepas dah tak nak perasa sayuran tu, ibu try bagi yang ini pulak. Alhamdulillah... Wafi makan banyak macam biasa. Legalah sikit ibu ni pun. Jadi ibu stick dengan yang ni selama 4 hari. (Gambar dari Google jugekkk)
|
Lepas tu ibu try la kunun, nak bagi yang ini. Ibu rasa sikit. Kalau ikut ibu, rasanya tu macam sama dengan beras. Jdi ibu try bagi Wafi makan yang ini. Tengok2 Wafi pon macam x berapa suka pulak yang ini. Adehhh!!! Fenin plak dah. |
Jadi, gitu lah kisah ibu bagi Wafi makan. Nampak gaya Wafi suka happy baby punya produk. Tapi ibu tetap bagi Cerelac jugak. Hihihihi. Makanlah ye anakku. Semoga membesar dengan sihat dan cergas. Macam mana macam mana pun, Wafi adalah keutamaan ibu sekarang ni.
Dah banyak sangat rasanya nih. Meh la kita tido Wafi oiii!! (Padahal dia dah tido pun kat sebelah sambil ibu dia sibuk menaip). Hehe.
Nite2 sayang ibu. Love you even more!!!
No comments:
Post a Comment