Friday, October 21, 2016

Bersalin Di Minggu ke-38 - Part 1


Syukur Alhamdulillah atas kesihatan yang diberikan. Akhirnya daku telah pun selamat melahirkan anak kedua di Hospital Sultanah Nora Ismail pada 11.10.16 jam 11.40 pagi. Baby comel is a boy dan yang penting sampai hari ni, hari ke-9 dia lahir ke dunia, dia belum ada nama. Haduhaaiiiii.... Sorry, sayang. Ibu betul2 tade idea nak bagi nama kat kamu. 

Ceritera bersalin kali kedua ni lain dari citer bersalin kali pertama ari tu. Jauh sangat bezanya. Lagi2 pulak kali ni bersalin kat sepital kerajaan. Jadi, dah tau lah citer sebenar2nya bila bersalin kat sini. Hehehe. Apa yang daku nak kata ialah, betul apa yang diorang citer selama ni. Benar2 terjadi kat aku dan aku rasa macam tak percaya yang aku akan tempuh benda ni. Betul orang kata. Perempuan ni kuat. Aku memang salute dengan wanita2 kat luar sana yang bersalin kat spital kerajaan. Korang memang terbaikkkkk!!! Aku bersalin kat sini sekali je cukuplah. Kalau nak bersalin lagi, aku nak bersalin kat sepital swasta jugak!!! Hahahaha. Mengada2 sangat, kan??

Oklah, jom citer pasal bersalin pulak.

Kisahnya, pada 11.10.16, Selasa jam 11 pagi. Aku kena pergi check up macam biasa. Rutin kat KKIA. Amik urine, cek HB, tekanan darah, timbang dan check baby. Semuanya, normal macam biasa. Tapi, masa check baby tu, diorang pelik dengan baby aku. Katanya, kecik sangat untuk kandungan 38 minggu. Aku pon cakap kat diorang sebelum ni memang dokter cakap kecik. Tapi, dia kata ok je. Takde masalah apa.

So, dari situ, diorang suruh aku rujuk ke dokter. Aku pon kenalah tunggu dokter yang bertugas sekejap. Bila dia check, memang betul baby aku kecik tak sepadan dengan kandungan. Dia pon check habis2an. Katanya jugak, air ketuban aku macam tak cukup. Dia bagitau aku, yang dia akan rujuk ke HSNI. Aku pon dalam kepala otak ni terfikir, aiseymennn... Teruk nau ke problem aku ni? Sampai rujuk ke pakar bagai ni? Adussss!!! Tensen kejap.

Dalam pukul 1 ptg tu, dokter bagitau aku yang aku kena masuk hospital sebab kandungan aku yang terlampau kecik dan air ketuban tak cukup. Aku pon dah start stress dah. Pastu dokter siap cakap lagi, kalau kat pakar nanti kata aku boleh balik, aku boleh balik. Tapi, kalau aku kena dok sepital, berkemungkinan aku akan kena induce. INDUCE???!!!! Matilah nakkk!!! Betul ke ni?! Aku kena induce? 

Balik rumah, aku bagitau kat mak ayah yang aku kena pegi HSNI. Hari ni jugak. Aku sebenarnya berat hati nak pergi sebab risaukan Wafi takde sape nak jaga karang. Sian plak mak ayah. Huhuhuhu. Pastu, mak ayah kan pose sempena 10 Muharram. Jadi, tak sampai hati lah jugak. Kang diorang pengsan masa jaga Wafi kang dah satu hal pulak... Aduhaiiii!! Aku pon kol Mr. A yang kebetulan hari tu out station ke Kuantan. Rasa macam berbelah bahagi hati aku masa tu. Mr. A kata, pergi je lah. Nanti dia terus balik kampung, katanya. Aduhai, sian suamiku. Kiranya kesian kat semua orang. Tak padan dengan diri sendiri yang macam2 masalah masa tu. Heh!!!
So, dalam pukul 3 petang lepas solat Zuhur dan makan2 sikit, aku bergegas ke sepital di temani mak dan ayah. Sampai sana aku terus ke Emergency. Prosedur je tuh. Pergi emergency dulu. Nanti dorang decide nak bawak ke mana. Lepas check aku sikit2 kat emergency tu, diorang transfer aku ke Dewan Bersalin. 
Tunggu punya tunggu dokter pakar, dari pukul 4 sampai pukul 5 petang barulah muncul dokter pakar tu. Bukan dokter pakar pon yang datang. Nurse baju biru tu. Staff Nurse la kot... Nanti aku cek balik. Keh3. Lepas aku dah disoal siasat oleh dokter2 pelatih dengan macam2 soklan dan 2 3 kali check, barulah SN tu datang check. Dia suh aku admit malam tu jugak. Aku memang dah bawak baju siap. Cuma aku tak ready lagi nak tinggalkan Wafi dengan atok n nenek dia. Nangis jap... Aku cakap kat SN tu yang aku akan datang esok pagi2 untuk admit ward. Mula2 dia setuju tapi dengan syarat, aku kena check baby dulu. Ok, aku setuju jek. Janji boleh balik. Nak ulit2 Wafi. Hahahaha.
So, dorang pasang alatan macam tali pinggang kat aku. Baring selama setengah jam untuk check jantung baby. Settle setengah jam, diorang amik graf kat mesin jantung baby tu. Ye. Gerakan jantung baby tak berapa cantik. SN tu paksa jugak aku tido hospital malam tu. 
"Tak boleh ke admit malam ni?" kata SN tu kat aku. Aku diam lama jugak nak bagi jawapan.
"Gerakan jantung baby tak berapa cantik ni. Takut apa2 jadi karang, susah.." Katanya. Aku tarik nafas panjang2.
"Saya ada pilihan tak?" aku tanya selamba.
Dia kata,"Kalau ikutkan memang takde."
"Kan? Saya pon fikir macam tu jugak. Dah kalau macam tu, saya admitlah..." aku jawab macam tu. Senyum lah Si SN tu sampai ke telinga.
Lepas dorang daftarkan aku, sediakan katil dan fail2 aku. Diorang bawak aku ke Wad 9. Giler ramai manusia yang nak bersalin rupenye. Tengah tunggu giliran masing2 la tu kat Wad 9. Aku pulak masuk2 wad je dah lapo. Lupa pulak yang aku belum makan lagi malam ni. Aku tengok jam dah pukul 7 dekat 8 malam. Aduhai... Patut la lapo. Tadi tengahari makan pukul 1.30. Hermmm.... Bagi wassap kat Mr. A. Lapoooo. Tolong belikan makanan. Mr. A pulak memang dah otw ke Batu Pahat. Dah sampai Yong Peng ke mana tah. Dia kata nanti dia singgah beli makanan. Aku pon duduk sekejap. Diorang suh salin baju pink. Aku pun pergi salin. Tengah2 balas wassap adik2 ipo dan kawan2 kat grup, nurse datang panggil aku. Dia nak check sekali lagi degupan jantung baby.

Aku pon terus ke bilik rawatan. Pasang lagi peralatan tali pinggang tu kat aku. Tetiba perut aku rasa macam sakit memulas2. Eh, eh... Macam tau2 je aku dah kat sepital. Perut ni tetiba jek memulas2 macam nak bersalin. Tapi, aku tak hiraukan sangat sebab aku ingatkan sakit nak terbuang air besor la kot gaknye... Hermmm. Pastu tengok kat graf, jantung baby memang tak cantik. Nurse tu tanya aku, dah makan ke? Aku jawab la belom. Lapo ni. Terus dia bagi aku muffin dengan air Milo suam2. Huh!!! Sedapnye air Milo tu masuk ke perut waktu2 lapo masa tu. Rasa macam bahagia gitu. Lepas beberapa ketika graf jantung baby jadi cantik sikit. Nurse tu kata maybe sebab aku belum makan. Tu yang graf jantung baby tak cantik. Tak lama lepas tu SN yang check aku petang tu, datang check sekali lagi.

Katanya graf jantung masih tak berapa cantik. Lepas tu dia kata nak check jalan. Aku pun pelik jugak. Aikkk!!! Nape nak kena check jalan pulak sedangkan aku belum rasa nak bersalin lagi? Due date pon lambat giler lagi kot ni??!! Tapi, aku pasrah je la sebab dah masuk wad tu, kira paksa rela la serah diri nak diapa2kan oleh sepital. Kehkehkeh.

Sekali SN tu check, jalan dah bukak 3 cm. Lerrr....!!! Dah bukak ke rupenya?! Nape tak rasa sakit macam nak bersalin macam yang lepas tu ye? Betul la orang kata. Bersalin anak nombor berapa2 pon, tanda2 bersalin dia, memang lain2. Lepas dia kata dah bukak 3 cm tu, dia kata nak pecahkan air ketuban sebab takut baby lemas dalam perut. Kalau baby dah berak dalam perut, maybe aku kena operate. Laaaa.... Operate pulak??!! Macam2 la hospital gomen ni. Saje je nak nakut2kan aku. Aishhhh!!!!

So, lepas pecahkan air ketuban, diorang suruh aku kemas barang2 baby sebab aku nak dibersalinkan malam ni jugak. Aku pon kemas2 amik yang penting2 je. Tetibe je sampai la Mr. A dengan muka yang sangat penat. Aku rasa semangat aku datang balik. Lega tengok Mr. A dapat sampai sebelum aku masuk LR. Dia bagi aku nasi dengan air Milo jugak. Sempat la aku cekik nasi goreng cina tu dalam 3 4 sudu. Air Milo tu sempat la aku teguk sampai habis. Hehehe. Haus beb!! Makan nasi tu sebab nak bagi ada tenaga nak push nanti.

Terpaksa bersambung sebab dah ngantuk. Akan ada part 2 ek. Hahaha. Panjang sangat entri kang, sape tah nak baca. Kuikuikui.

Oklah. To be continued....



No comments:

Post a Comment