So, pada 11.10.2017 adalah tarikh Ammar genap setahun. Ammar ni siapa? Hehehe.
Ammar ialah anak CJN yang nombor dua.
Yup!!! Ini picer dia. Dah pandai macam2.
Pergi klinik baru ni kena injek pon, relax jek dia. Nurse kata, ada certain budak kena injek setahun, boleh demam. Tapi Ammar. Tak demam pon. Relax2 je dia. Asyik keje nak tido je lah.
Umur setahun, Ammar dah pandai buat apa?
Oleh kerana setiap anak ni, lain2 perkembangannya, CJN nak bagi beberapa fakta tentang Ammar yang dah genap setahun. Dulu masa Wafi, CJN buat karangan sepanjang 1000 patah perkataan untuk cerita pasal perkembangan dia. Hahahahaaa... Ye ke 1000 patah perkataan, CJN? tak yah nak membongak ye. Hehehe. Lebih kuranglah derrrr.... Hahaha.
Okey, takyah lari jauh nau. Jom usha perkembangan budak umur setahun secara umum.
1. Dah pandai duduk, merangkak, berdiri sendiri. Ada certain budak dah jalan taw. Tapi, Ammar belum lagik. Dia baru memapah2 sepanjang dinding.
2. Dah pandai pegang barang dan campak barang yang dia pegang tu. Kadang boleh masuk mulut ye. Hati2 bagi mainan kat dia, okey. Ammar macam tu lah.
3. Pandai main cak baaaa. Ewah2.... Comel sangat kan? Ammar dengan pampers pon boleh main cak baaa... Hihihi.
4. Pandai sebut mama, tata, dede, nene. Ada yang lagi advance sebab dah pandai sebut cicak. Hahaha, Ammar belom lagi. Paling kuat perkataan yang dia sebut pon ayah. Hermmm.
5. Dah boleh babai orang. Haaa.... Betul kan? Cer try kat anak korang. Mesti dah pandai.
6. Dah pandai melawan abang dia balik. Kalau abang dia pukul, dia lawan balik. Hermmm.... Tak sempat ku ajar. dah pandai siap2 melawan abangnya. Bukan tu je. Dah pandai berebut menan lagi tuh!!! Haaa... Hebat hebat.
7. Gigi dah tumbuh 6 batang. Siap dah nak rosak pulak. Stress CJN. Walhal, CJN gosok gigi mereka setiap kali mandi. Caner nak buat tah ni.
8. Dah pandai cakap kat hp. Maksudnya dia dah tau kegunaan telefon. Kalau ayahnya telefon dah pandai jawab. "Aaaa.... Aaaaa..." Kihkihkih.
9. Dia dah pandai jugak naik atas benda beroda. Nanti CJN upload gambar dia. Dah pandai naik. Pastu tolak ke depan ke belakang. Comel sungguh budak2 ni buat macam tu...
Inilah mainannya. Dia dah pandai naik sendiri dah tu. Masuk walker sekejap je. Lepastu semak perut tak nak naik dah. Lagi suka main benda beroda yang ni dari masuk walker. Ammar, Ammar. Ok je lah. Asalkan awak tak buat perangai cukuplah.
10. Ammar ni budak yang tak banyak sangat kelakunya. Cuma masalahnya, dia tak suka kena tinggal. Suka orang dukung. Mana larat hoiiii!!! Pastu tak nak ikut ayah dia pulak tu. Adehhhh!!! Letihhh!! 😉😉😉
11. Ammar ni kiranya, dah boleh main sendiri. Tu pon bila dia tak perasan yang dia kena tinggal. Main sorang2. Explore rumah. Main bawah meja. Tinggi meja makan tu pon dah sama dengan dia. Tumbesaran Ammar ni kira sejajar dengan perkembangan kanak2 normal. Alhamdulillah....
12. Dah pandai memanjat benda2 yang rendah. Berdiri atau duduk atas tempat yang dia panjat tu. Huuuiiiii!!! Bahaya taw. Kena alert dah waktu ni.
Rasanya tu je la kot yang boleh dikupas serba sedikit. Maybe ada jugak yang lain2 tapi CJN tak perasan. Atau tak teringat masa tengah update blog ni.
So, kesimpulannya. Happy Birthday, Ammar Amnan. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada agama ye Ammar. Ibu sayang awak berdua, soooooooo much that word cant describe!!!
😍😍😍😍
Sekian, tu saje.