Friday, February 6, 2015

It's 34 Weeks!!!



Sayang ibu, ari ni genap sayang ibu 34 minggu duduk dalam perut ibu!!! Yayyyyy!!! Ayang suka tak??
Ibu suka sangat! Ibu suka sayang ibu duduk dalam perut ibu, sekali sekala tendang perut ibu, kadang2 sedu, kadang2 pusing sikit. Ibu suka sangat. Yang pastinya, kalau sayang keluar dari perut ibu, ibu mesti rindu momen2 ni. 
Semalam hari check up baby dengan dokter. Dokter cek baby dah dalam keadaan normal which is kepala baby dah ada kat bawah. Selain tu, kaki sayang ada kat tepi perut ibu, sebelah, sebelah lagi baby letak depan muka. Sekali dengan tangan. Lepas tu, dokter tak boleh langsung tengok muka baby. Pemalu ke anak ibu ni...??? Kali ni dah 3 kali baby tak bagi ibu tengok muka baby. Tapi, ibu tak kisah sangat. Yang sangat2 pentingnye ialah, baby sihat. Berkembang sihat, comel. Sempurna. Itu dah cukup dah!!! Berat baby pon dah 2kg. Alhamdulillah.... Sihat anak ibu. Mula2 dokter kata baby macam kecik sangat, tapi bila dia check graf baby tu nampak normal so, dia pon kata baby ok. Sihat. Dokter bagitau jugak yang air ketuban ibu ok. Semua ok la nampak nya semalam. Alhamdulillah. Sujud syukur ibu.
Lagi dua minggu ibu kena check up lagi. Ibu harap masa tu baby bagi ibu tengok muka baby tau. Lepas tu, ibu harap baby dalam keadaan yang baik2 aje. Baby sayang, ibu harap dalam minggu2 terakhir ni, baby dah duduk dalam kedudukan yang betul. Semoga ibu dapat keluarkan baby dengan senang dan mudah. Semoga diberi kemudahan, Ya Allah... Amiiinnnn. Berdebar2 ibu menantikan kehadiran anak ibu ni. 
Dalam pada ibu hepi yang amat2 ni, ibu dapat tau sesuatu yang selama ni ibu tak sangka diceritakan oleh 'kawan' ibu tentang ibu. Rupa2nye 'kawan' ibu bercerita dengan semua orang yang ibu menikah dengan ayah baby masa ibu dah pregnant anak luar nikah dua bulan. Ibu sangat tersentap dengar citer tu, baby. Sedih kan....? Tak baiknye, diorang tuduh ibu sampai macam tu sekali. Sampai hati betul dia buat macam tu. Tapi takpela. Citer tu dah 6 tahun berlalu. Ibu baru tau sekarang. Walaupun sedih, ibu cuba jugak lupakan. Kerana, tak lama lagi ibu akan ada baby. Baby ibu yang hebat, kuat, tabah, comel dan paling penting sekali yang ibu dan ayah sayang. Satu hari nanti, apa yang difitnah tu akan patah balik kepada tuan punya badan. Ibu cuba maafkan walaupun susah. Aduhaiiii!!!! 
Sayang ibu. Kalaulah ibu takde suatu hari nanti, baby temankan ayah, okey? Ayah baby nampak je macam tabah orangnye. Tapi bila ibu takde, dia tak kuat. So, ibu nak baby sentiasa sokong ayah. Hahaha.
Macam2 la ibu ni. Macam lah baby dah lahir sampai nak wasiat berbagai2 ni.... Hihihihi. Cukuplah tu. Ibu nak kemas beg. Esok kita nak balik kampungggg!!! Baby tido lena tau dalam perut ibu ye. Love you much much much more!!!!

No comments:

Post a Comment