
Monday, December 29, 2014
Untukmu Sayang

Thursday, December 18, 2014
Botol Susu For My Dearie

![]() |
Cari dalam google je ni. |
In case mommies kat luar sana tengah cari jugak jenama ni. Yang ibu tahu pasal botol susu ni, dia anti kolik. Apa tu anti kolik. Anti kolik tu ialah, kalau tak salah ibu lah ye. Dia merupakan kembung perut. So, kalau beli botol susu macam ni myabe anak tak kena kolik. Nak tahu pasal colic lebih lanjut? Meh ibu terangkan sikit secara ringkas yang ibu pahamla ye.
Iaitu, keadaan baby menangis yang keterlaluan. Biasanya akan terjadi pada satu ke dua minggu kelahiran baby. Caner nak tahu baby kena colic? Bila dia nangis tak mau berenti (bukan macam Ahmad Albab ye ^_^), susah nak pujuk, muka jadi merah2, jari digenggam dan lutut dibengkokkan ke perut. Penyebabnye ialah, pengaliran udara yang terlalu banyak disedut oleh baby ketika sedang menyusu. Sebab itulah ibu beli botol susu anti-colic ni. (Sumber ni ibu ambik dari Blog Ni)
Ciri2 botol susu ni salah satunya, dia akan bertukar jadi kaler merah kalau susu yang ibu2 buat melebihi dari 37 darjah Celcius. So, bagus untuk keselamatan. Tak payah la ibu nak bubuh sikit kat tangan ibu. Haaaa.... Tapi jangan salah. Bukan tengok kat luar botol tu. Tengok kat dalam botol tu. Kan ada benda macam tiang kat tengah2 botol tu kan? Haaaa... Tengok kat situ tau. Kalau kaler dia biru, barulah baby selamat untuk minum susu tu. Insyaallah. Harap2 baby ibu suka botol ni. Ibu beli botol susu ni kat expo. Rasa lagi murah dari kat Tesco. (Sebenarnya kat Tesco pon ada botol susu ni. Mahal sikit je dari Expo baby).
Ada orang suka botol susu Avent. Ibu dah tanya kat budak Avent yang kat expo tu. Katanya, Avent takde botol anti-colic ni. Setakat yang ibu tahu lah. Tapi botol susu Avent ni ibu trasa lagi cantek plak dari TT ni... Hehehe.
Ini contoh yang ibu amik dari Blog Akak Ni. Dia ni penjual botol susu Philips Avent ni. Masa ibu tengok kat expo tu botol yang macam inilah. Sebijik. Tapi dia kaler2. Merahlah, birulah. So, boleh pulak kita pilih kaler. Cantek. Harga mahal sikit dari TT. Tapi ibu tak beli yang ni sebab ibu terberkenan dengan TT sebenarnya.
![]() |
Cr to Google. |
Just in case baby takde problem apa2, maybe ibu akan bagi botol susu biasa2 tu. Hek3. Teruk nau ibu baby ni eh??
Harap sayang ibu sihat dalam perut ibu.
Love you much much much
Wednesday, December 17, 2014
Saje Merepek Dengan Sayang Ibu

My Little Sweetheart
Dulu sebelum pregnant, selalu jugak tertanya2 pada diri sendiri, macam mana agaknya bawak orang dalam perut ye? Rasa heran sebab mestilah berat, kan?
Turns out, it is a bless!!!!! Aduhai..... Orang yang pregnant je tahu rasa ni rupa2nye. Event asben kita pon takkan tahu perasaan ni. Dia cuma excited je la pasal pergerakan2 baby dalam perut ni. Tapi sebenar2nye, mommies la yang lebih2 ecxited kan...? Betul tak?
Perasaan yang tak terungkap dengan kata2. Rasa hepi, rasa sayang, rasa bahagia, rasa risau, bimbang. Macam2 perasaan ada dalam diri. Tetiba terkenang kalau ibu2 yang mengandung anak luar nikah. Kesian jugak kat diorang sebab terpaksa melalui hari2 kehamilan tu tanpa sesiapa dan suami. Aduhai.... Nauzubillah.... Minta dijauhkan Allah daripada musibah2 yang bukan2. Amiiinnn.... Harap2 ibu2 yang mengandung anak luar nikah tu bertaubat dan bela anak elok2. Anak ni anugerah terbesar dalam hidup kita. Jangan la apa2an dia. Kesianlah kat dia. Bila dia berada dalam rahim kita bermakna dia ada hak untuk hidup. Bukan suka2 Allah bagi anugerah terindah ni dekat kita. Mesti ada sebab dan hikmah yang sangat besar yang dia nak hadiahkan buat kita. Pedulikan je dengan mulut puaka manusia2 lain yang beranggapan diorang tu suci. Yang penting, kita tak perlu buat dosa lagi. Eh! Eh!... Melalut dah ibu nih!!! Bukan apa sayang ibu, kadang2 tengok orang perlakukan anak2 luar nikah benda2 yang tak patut tu kesian sangat. Ibu baby ni penyayang tau orangnye. Hehehe. Ibu penah terbaca orang pos kat fb pasal ibu2 mengandung ni. Katanya, ibu2 yang mengandung akan Allah jaga kandungannya sampailah dia bersalin. Itu kalau dia tu dah bernikah. Ada ke patut pos macam tu. Kalau macam tu, takdelah bayi luar nikah lahir kat dunia kalau Allah tak jaga. Apalah!!! Ibu tak puashati betul. Allah tu kan Maha Penyayang. Dia sayangkan semua hamba dia. Dia takkan nak pilih kasih macam manusia. Haaishhhhhh!!! Bukan ibu sokong ibu2 melahirkan anak tanpa nikah, bukan. Maksud ibu tu, Allah kan Maha Penyayang. Takkan dia nak pilih2 plak sayang kat sapa. Dan yang bayi tu pulak bersih dari dosa. Takkan Allah tak sayang orang2 yang takde dosa ni.
Hehehe. Sambung balik apa ibu nak merepek tadi.
Today is the 26th week of my pregnancy. Cepat betul masa berlalu. Macam tak sangka je nak jadi ibu. Ibu kepada anak yang dikandung. Alahai anak ibu. Ibu tak sabar nak jumpa dengan sayang ibu yang macam mana la agaknya rupa sayang ibu nih!!
Kalau tengok scan 3D ari tu rupa sayang ibu nih, macam ayah. Maklumlah, baby boy. Harap2nya betulla baby boy. Kalau yang keluar perempuan caner? Penah jugak ibu tanya soklan tu kat ayah baby. Ayah kata, takpe. Baby boleh je pakai semua barang2 tu. Lagipun, atas nasihat ayah baby, ibu dan ayah beli baju2 dan barang2 baby untuk dua2 jantina. So, sape2 pon yang keluar dari perut ibu nanti boleh je pakai.
Hari ni hujan pulak, sayang. Jadi, ibu tak leh nak tengok tv. Maklum laaaa... Ibu dah tak bekerja sejak ibu ngandungkan sayang. Ibu tengah pening nak siapkan bilik untuk sayang ibu. Sebenarnya bilik tu nanti bukan untuk sayang ibu tidur kat situ. Cuma nak letak barang2 je. Nanti sayang ibu tidur dengan ayah & ibu jugak. Mana boleh ibu nak berpisah dengan sayang ibu nanti nih. Kalau pisah pon, ibu atas katil, sayang ibu dalam cot je. Sebelah katil ibu je. Haaaaa.... Dekat je kan? Senang nanti ibu nak susukan sayang ibu nih.
Ibu sekarang ni pon sambil2 tu tengah cari nama anak ibu ni. Ibu sampai dah pening dah nak bagi nama apa. Kata ayah baby, tunggu ilham turun dari langit. Konfem keluar nama baby nanti. Hehehe. Macam2 la ayah baby ni tau. Ibu geram je tengok dia. Tapi betul jugak kan. Selagi sayang ibu ni tak keluar, selagi tu la pencarian utuk nama sayang ibu ni takkan berakhir. Macam2 nama dah dok terfikir. Tapi selagi baby tak keluar selagi tulah ibu terus mencari. Jangan ayah baby nanti tetiba nak namakan baby dengan nama Ilham Turun Dari Langit sudah lah!!!! Ibu sekeh kepala lutut dia. Hek3.
Oklah. Nanti kita sambung berblog lagi ye, sayang ibu.
Love you much much much.
