Thursday, October 5, 2017

1 Year-To-Be

Gambar Hasil Carian Abang Google
Alhamdulillah.... Ammar Amnan hampir setahun. Belum setahun lagi. Ada lagi 5 hari dia genap setahun. Tak tahulah kenapa. Hati ni rasa berdebar2 pulak dia nak ke setahun. Hahaha...
Aduhai.... Kenapa ye...? Dari hari tu lagi rasa berdebar. Macam nak bersalin gamaknye dia punya debaran tu. Mungkim inilah yang dikatakan Debaran Cinta tu ye....? Hehe.
Mungkin sebab dia nak kena injek? Atau mungkin nak tengok apakah dia berkembang sebagaimana yang sepatutnya? Ataupon, ataupon, ataupon.... Arghhhhh!!! Tah apa tah agaknya yang menyebabkan debaran yang tah apa2 ni agaknya.
Ibu pon tak paham!!! 😂😂😂
Apa2pon, Ammar Amnan bakal meningkat usia. Setahun dia dah hidup bersama ayah, ibu dan abang. Memang ibu akui, Ammar banyak bersama nenek. Mandi, tidur, makan. Sebab, ibu kena melayan karenah abang yang dah pandai macam2 yang macam2 ragamnya.
Jadi, adik macam terabai sikit. Sorry, Ammar. Pastu, Ammar pulak more independent dari abang. So, mungkin ibu take it for granted dengan perangai awak yang satu tu. 
Sebenarnya, macam mana pon perangai awak berdua, awak berdua tetap kesayangan ibu. Sampai bila2 pon. Sampai bila2, sampai ibu takde dalam dunia. Sampai ibu tutup mata kelak. 
Terima kasih Allah sebab memberikan ibu nikmat yang sangat banyak. Sangat sangat banyak. Tak ternilai dengan harta kekayaan dunia ni. Sememangnya, ibu rasa tak layak untuk rasa sebahagia ini. Tapi, Allah bagi nikmat kebahagiaan tu jugak kepada ibu. Ibu rasa sangat bersyukur. Syukur Alhamdulillah.
Semoga awak berdua membesar dengan jayanya. Jadi anak yang soleh dan berguna kepada agama Allah. Insyaallah. Aamiin.
Itu saje coretan dan nukilan hati untuk hari ni. Ammar pon dah mula nak menaip sekali ni. Terpaksalah ibu tutup lappy ni. 
Wasalam.

3 comments:

  1. selalunya yang kedua jadi independent sebab parents focus yang sulung.

    ReplyDelete
  2. hi, mrs pip dtg melawat...
    selamat hari jadi Ammar ...
    selamat berkenalan ...
    mrs pip pun stay at home mom, dah resign kerja juga selepas ada anak :))
    mommy power!

    ReplyDelete